Hiburan

Vide0 : Dah la tengah live Slamber Tokram Panggil Datin ‘Jah’.Lepas Tu Kata Datin Alyah Tak Lawa!

Orang kata, bila kita sering bergurau senda, Insya-Allah rumah tangga akan bahagia. Apatah lagi apabila dua-dua sibuk dengan kerjaya tetapi cuba meluangkan masa antara satu sama lain.

Melalui instagram Datin Alyah,beliau telah berkongsi satu video menarik perhatian netizen.

Semalam Alyah telah membuat satu video live di dapur,apa yang telah menjadi perhatian bila Tok Ram datang menjeguk Alyah didapur.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Tokram yang cuba kacau Alyah yang sedang live.

Comel pulak admin tengoknya..kuat menyakat tokram ni

VIDEO:

Klik untuk link videonya

KOMEN NETIZEN:

Sumber : Instagram Alyah Abu Hasan / dnqpw

Ramli MS cari pelapis baharu umur 13 hingga 18 tahun

Panggung Tok Ram akan menjadi menjadi platform kepada Datuk Ramli MS menawarkan ilmu generasi baharu yang mahu membina kerjaya dalam dunia hiburan.

KUALA LUMPUR: Selama hampir lima dekad, seniman Datuk Ramli MS berkarya dan sepanjang tempoh berkenaan sudah terlalu banyak hal yang mengecewakan beliau terlihat di depan mata.

Kekecewaan yang sukar disembunyikan pemuzik tersohor itu ialah sikap sebilangan besar anak seni yang tidak memiliki jati diri sendiri.

Tegas Ramli, tatacara atau protokol sebagai anak seni tidak pernah diberi perhatian yang serius, sehingga ada kalanya, pendatang-pendatang baharu ‘melanggar’ peradaban yang dituntut dalam dunia hiburan.

“Sekarang, ramai artis yang ‘langgar’ saja benda-benda ini (seperti) jati diri dan tatasusila. Saya sudah lihat perkara ini selama berdekad-dekad dan ia nampaknya mula menjadi sesuatu yang normal.

“Kalau dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, disiplin mereka lebih padu terutamanya dari segi pengurusan masa. Inisiatif ini adalah untuk masa depan industri kita,” luah pengkritik tetap program Gegar Vaganza terbitan Astro itu lagi.

Didesak oleh hasrat berkongsi ilmu serta mendidik generasi baharu mencetuskan idea kepada Ramli untuk mencari pelapis yang akan mewarisi kegemilangan industri hiburan tanah air.

Dalam masa sama, karyawan berjiwa besar itu enggan pengalaman 47 tahun dalam dunia hiburan tidak diwarisi atau disalurkan kepada golongan yang benar-benar mahu mendalami ilmu.

Justeru, Panggung Tok Ram akan menjadi platform yang ditawarkan beliau kepada generasi baharu yang mahu membina kerjaya dalam dunia hiburan.

“Saya nak mencari bakat baru dan akan membina jati diri individu itu menjadi anak seni yang berkaliber. Dengan pengalaman saya selama 47 tahun di dalam industri, saya akan bantu menggilap apa yang ada dalam diri mereka.

“Selain bakat dan teknikal yang boleh diajar, jati diri dan tatasusila juga penting dalam diri seseorang anak seni,” katanya sambil menjelaskan inisiatif itu diambil bagi mencipta masa depan yang lebih baik buat anak-anak seni tanah air terutamanya barisan pelapis.

Bekerjasama dengan jenama susu terkemuka Farm Fresh, Panggung Tok Ram akan mencungkil dan menggilap bakat muda seawal usia 13 hingga 18 tahun, sekali gus akan diasuh dengan pelbagai ilmu bukan sahaja seni, bahkan mengenai sikap serta disiplin sebagai anak seni.

Berbeza dengan program-program realiti yang pernah diterbitkan sebelum ini, Panggung Tok Ram merupakan sebuah penerbitan yang akan berlangsung selama dua tahun.

“Ia adalah program berterusan dan minimum, akan memakan masa selama dua tahun. Dalam tempoh itu, kita akan dapat lihat dan kenal pasti sikap peserta dan cabang seni mana yang lebih sesuai untuknya,” kata beliau lagi.

Mana-mana rakyat Malaysia yang berminat boleh menyertai Panggung Tok Ram dengan mengirim rakaman video serta maklumat peribadi ke nombor telefon 013-6268839.

Sumber : astr0awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *