Hiburan

“Tak Boleh Bawak Bincang Dia Punya Masam” Reacti0n Sp0ntan Gelagat Ank Jamal Abdillah

Kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani itu tentu sekali pelengkap kebahagiaan keluarga Jamal Abdillah dan isteri Datin Zai Izzati.

El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.

Terbaharu di laman instagram Datin Zai Izzati,terdapat video comel Zack yang telah diberi buah masam sehinggakan Zack membuat mimik muka yang sangat menghiburkan.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN:

Sumber:Instagram Zai Izzati

‘Anak untuk saya tebus kesalahan lalu’

Shah Alam: “Ini sesuatu yang Allah bagi untuk tebus kesalahan saya yang dulu.”

Demikian kata penyanyi, Datuk Jamal Abdillah mengenai kehadiran cahaya mata keempatnya, El Issac Yamani yang dilahirkan pada 11 November tahun lalu.

Pada usia 62 tahun, Jamal yang juga suami kepada Datin Zai Izzati Khiruddin itu juga mengakui kehadiran putera bongsu mereka itu juga benar-benar mencabar tenaganya.

“Anak pertama (hasil perkahwinan dengan Zai) kini berusia setahun dua bulan, manakala anak kedua ini dah nak masuk dua bulan.

Kehadiran cahaya mata memang meletihkan. Bukan saja saya, orang rumah (isteri) pun letih juga,” katanya

Namun, Jamal bersyukur kerana masih dikurniakan anak walaupun sudah menginjak usia.

“Anak adalah anugerah dan ia datang bersama tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai ibu bapa itu adalah besar.

Bukan saja untuk membesarkan mereka, tetapi juga untuk mendidik dan menyekolahkan mereka,” katanya.

Terbaru, Jamal melakukan persediaan untuk lagu Belenggu Rindu, duet bersama Wany Hasrita di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, dia juga membuat persediaan dan berharap agar PKP tidak dilanjutkan dalam tempoh lebih panjang memandangkan

Konsert Datuk Jamal Abdillah 4 Dekad 2021 dijadualkan berlangsung pada Ogos depan selepas ditunda hampir setahun.- mymetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *