Semasa

“Semua ada proses, bukan cincai!” Sedih dikcam jual makanan harga ‘Yahvdi’, Chef Ammar perjeIas situasi

Ramadan tahun, nama Cef Ammar meniti di bibir penggemar makanan. Semuanya kerana kelazatan juadah Nasi Arab air tangan cef selebriti ini sehingga menjadi viral di media sosial. Sampai pelanggan sanggup beratur panjang di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 semata-mata mahu menjamu menu istimewa tersebut.

Dengar khabar, gerai belum buka pun dah ramai yang berbaris. Luar biasa penangan Cef Ammar!

Baru-baru ini tular di Tlk tok mengenai harga makanan yang mahal namun dengan portion yang sangat sedikit, tidak setanding harganya.. “Jangan ajar saya macam mana nak meniaga…”

Susulan tularnya hal tersebut, Chef Ammar merupakan salah seorang empunya perniagaan yang terkesan dan tampil menjelaskan mengenai harga mahal makanan yang dijual bagi menjawab kecaman netizen.

Ujar Chef Ammar, beliau menegaskan bahawa cara-cara penyediaan yang dijalankan semasa memasak sangat sukar di samping bahan-bahan tinggi kualiti yang digunakan untuk memasak.

“Ini semua perlu proses..” Dalam pada itu, Chef Ammar turut menunjukkan segala bukti bahan-bahan kualiti tinggi yang digunakan dalam penyediaan makanan jualannya bagi meyakinkan netlzen bahawa harga mahal yang digembar-gemburkan setanding dengan bahan mentah.

“Apa susah, mahal jgn beli…” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen setuju dengan penjelasan dari Chef Ammar berhubung isu tersebut di samping menyarankan pada orang ramai yang tidak puas hati, untuk tidak membeli dan hanya masak sendiri di rumah.

“mahal tapi nampk sangat puas hati quality Dan sedap…bahan mentah pun mahal…skg.. sabar shed….”

“ye betol ni semua memang Mahal no wonderla…”

“sabaq chef.jgn koyak.nnti chef jual harga kampong”

“tante lala pernah berkata (klau mahal jagn beli setangg ini untuk orng yg mampu saja )”

“korg terase mahal masak lah sendiri…guna bahan2 beli sendiri..pastu pikir sendiri ..pikir2 lah…bende bukan murah..janji sedap berkualiti.”

“jangan koyak chef. biasa la Tu. bersih je dapurnye”

“Memang nasi arab dia style mahal, tak mampu jangan beli…”

“Cuba Habiskan Tapi…” – Ulas Nasi Arab Chef Ammar Tak Sedap, Netizen Back Up Tak Adil Banding Dengan Nasi Briyani

Luahan hati seorang pengguna Facebook mengenai rasa masakan nasi arab cef terkenal iaitu Chef Ammar mendapat perhatian netizen.

Coretan panjang yang tular di media sosial semalam menceritakan tentang pengalamannya menikmati nasi arab itu ternyata mengundang rasa kurang selesa netizen.

Menurut pengguna Facebook tersebut, makanan yang dibelinya itu tidak menepati jangkaan dan dilabel sebagai kurang enak.

“Aku yakin kalau ampa p makan dekat 10 kedai nasi arab/briyani mamak ka briyani gam Johor ka, 9-9 kedai tu mesti lagi sedap dari ni. Aku bukan nak hina rezeki, aku cuba sedaya upaya untuk habiskan tapi tak berdaya. Setiap suapan aku jadi semakin marah.

“Aku bagi review semua tak berbayar so aku akan cerita apa yang aku rasa. In fact kedai nasi briyani gam kat Bangi aku dok makan pon jauh lagi sedap dari ini.

“Nak kata nasi sedap pun tak, kambing sedap pun tak, lepas tu yang tu kuah ka sup ka ayaq kambing ka minyak ka aku pun tak tahu,” kongsinya.

Pucuk dicita ulam mendatang

Dan seperti benda-benda lain yang tular di internet, perbezaan pendapat ini sememangnya diraikan netizen-netizen dan mereka tidak menunggu masa yang lama untuk memberikan respon terhadap perkara itu.

Meninggalkan komen di hantaran yang dibuat di page Jelajah Nasi Arab Chef Ammar itu, ada beberapa netizen yang berpendapat lelaki tersebut terkeliru antara nasi arab dan nasi beriani.

Justeru itu netizen berpendapat ianya adalah tidak adil untuk beliau membandingkan antara dua jenis nasi tersebut kerana ia sememangnya berbeza.

Walaupun mempunyai rupa yang lebih kurang sama dan bahan penyediaan kedua-dua juadah tersebut juga memang sudah berbeza apatah lagi rasanya.

Bukan saja dikatakan tidak tahu membezakan nasi arab dengan nasi beriani, malah netizen juga berpendapat kerana beliau sudah terbiasa dengan masakan dari Pulau Pinang atau seperti dikatakan sesetengah netizen mempunyai tekak Penang.

Disebabkan itu beliau dikatakan mempunyai sedikit kesukaran untuk menerima citarasa nasi arab yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia di bazar-bazar ramadhan dan restoran Chef Ammar itu sebelum ini.

Ulasan itu bukan sahaja menerima pelbagai reaksi, malah penulis hantaran di Facebook Jelajah Nasi Arab Chef Ammar , Abdullah Aiman yang difahamkan menjual kepada lelaki tersebut turut meluahkan rasa terkilan dengan perkara itu.

Malah, lelaki tersebut menurutnya sepatutnya berhubung dengan pihak mereka sekiranya mempunyai sebarang aduan mengenai produk yang dijual pihak mereka daripada membuat perkongsian di Facebook.

“Semalam sewaktu saudara datang di kedai ambil makanan, kami mengalu-alukan dengan senyuman dan doa syukur.

“Saudara ada nombor telefon saya pun untuk saudara adu rasa tak sedap dan sebagainya.

“Tetapi saudara pilih untuk kongsi kepada semua orang dan ajak mereka untuk tidak beli makanan yang kami jual hanya kerana saudara tidak suka rasanya,” jelasnya.

“Nak bandingkan nasi arab dan nasi briyani memang tak adil lah. Sebab rempah dan ramuan tidak sama. Melainkan nak bezakan nasi Arab A dengan nasi Arab B. Baru Adil dalam perbandingan. Ibarat banding kereta kancil dan kereta BMW. Memang tak sama,” tulis Mohamad Shahrul

“Pertama kali makan nasik arab ke ni. Nasik arab pun ada banyak jenis. Nak penuh rempah ambik la Maqlubah tu,” cadang Najmi Zabidi.

Disclaimer: Status tular ini ditulis oleh seorang pemuda yang menyatakan pandangannya terhadap nasi arab Chef Ammar. Selain itu, pemuda itu juga merasakan harga yang dibayar juga tidak setimpal dengan rasa masakan yang dinikmatinya.

Terdahulu, Chef Ammar sememangnya terkenal dengan masakan Timur Tengah yang sangat lazat. Antara hidangan popularnya adalah Nasi Mandi Ayam dan Nasi Mandi Lamb Shank.

“Saya Memang Asal 100% Orang Palestin,” CEF AMMAR Terharu Sokongan Rakyat Malaysia!

Terdahulu nama Cef Ammar atau nama sebenarnya Ammar Al Ali sekali lagi menarik perhatian ramai. Hangat dengan isu Palestin kebelakangan ini, personaliti televisyen yang pernah popular menerusi program masakan ‘Masak Dari Hati, Masak With Iman’ berkenaan tampil menzahirkan rasa sebak dan terharu atas sokongan rakyat Malaysia terhadap situasi yang menimpa tanah air kelahirannya.

Berkongsi perasaan itu di aplikasi TikTok, Cef Ammar tanpa berselindung mendedahkan latar belakang keluarga yang berketurunan Palestin. Ujarnya, “Saya memang asal orang Palestin. Great-grandfather orang

Palestin, my great-grandfather orang Palestin. My grandfather saya orang Palestin. My father dan ibu saya orang Palestin. Aunty, uncle, cousin semua orang Palestin.

Saya memang asal 100 peratus orang Palestin. Rakyat Malaysia… saya sayang awak. Thank you very much for supporting us, supporting Al-Aqsa, supporting Palestin. Your voice is good enough for me. I really love you with all my heart. May Allah bless you all Malaysian.”

Tambah Cef Ammar lagi, Malaysia ibarat rumah kedua baginya dan dia sudah menetap di negara ini lebih daripada 25 tahun.

Memetik kenyataan Cef Ammar dalam Utusan kira-kira lapan tahun lalu, dia merupakan suami kepada seorang wanita tempatan kelahiran Pulau Pinang yang dikenalinya sejak tahun 1996 bernama Zuraini Abu Kassim. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan Cef Ammar sudah pun mempunyai cucu.

Cukup bersahaja memasak dalam portion yang besar, Cef Ammar juga disifatkan seorang suami yang penyayang dan mengingati setiap tarikh penting seperti hari perkahwinan dan sebagainya. Untung isteri!

Sepanjang lebih dua dekad di negara ini, Cef Ammar mempunyai studio masakan di Subang Jaya. Antara menu Cef Ammar yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Shank Mandy Bersama Telur Saffron dan Ayam

Ros Kabsah. Difahamkan, pada Ramadan lepas dia menyediakan sekitar 600 hingga 700 pek setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Jadi anda dah rasa belum air tangan Chef Ammar? Jika belum boleh dapatkan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13. Korang rasakan sendiri sama ada sedap ke tidak

Sumber : Redaksl ,Instagram Chef Ammar Al Ali, nona, astro gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *