Semasa

Peminjam suara Detektif C0nan derita kans3r, suami rayu d0a orang ramai

WATAK animasi Detektif Conan memang cukup diminati di seluruh negara namun tiada siapa menyangka peminjam suaranya, Zairani Sarbini kini sedang bertarung dengan penyakit barah servik yang didiagnos, baru-baru ini.

Menurut suaminya, Shamsul Cairel, 48, Zairani kini ditahan di wad Hospital Shah Alam dan masih dalam pemerhatian doktor berikutan komplikasi barah itu yang sudah merebak ke otak sehingga menyukarkan dia untuk berkomunikasi.

“Keadaan isteri ketika ini masih dalam pemerhatian rapi doktor, keadaannya juga masih tidak begitu stabil. Sel barahnya sudah merebak ke organ lain termasuk otak. Kali terakhir saya jumpa isteri, dia masih boleh bertindak balas dan faham dengan apa yang saya cakap.

“Cuma apabila sel barah merebak ke otak, ia menjejaskan kemampuan isteri untuk berkomunikasi. Ia antara cabaran doktor yang merawat kerana isteri tidak mampu meluahkan kesakitan dialami.

“Doktor terpaksa bergantung kepada ujian dan pemeriksaan untuk tahu keadaannya,” katanya.

Tambah Shamsul, lebih mencabar, sukar untuknya melawat Zairani akibat situasi pandemik yang tidak mengizinkan.

Katanya, prosedur lawatan pesakit luar yang lebih ketat menyukarkannya untuk sentiasa berada di sisi Zairani.

“Ketika ini, isteri ditemani kakak ipar. Dia ditempatkan di wad sementara iaitu wad wanita bersalin kerana tiada katil yang kosong.

“Kami sekeluarga masih menanti perkembangan seterusnya berkaitan rawatan kerana keadaan isteri tidak mengizinkan,” katanya.

Menurut Shamsul, kesihatan Zairani mula terjejas selepas mengalami pendarahan untuk satu tempoh lama disusuli gejala lain seperti vertigo yang menyebabkannya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Shamsul, dia berkongsi perkembangan Zairani dengan harapan individu yang mengenalinya termasuk peminat yang mengikuti perkembangan ubah suaranya dalam animasi Detektif Conan selain Shizuka dan Sakura mendoakan wanita berkenaan diberi kekuatan melawan penyakit barahnya itu.

“Saya dan keluarga juga banyak terima sokongan terutama daripada rakan, termasuk Pusat Tahfiz Darul Ulum yang menjadi tempat isteri mengajar anak-anak tahfiz pada hujung minggu dalam membantu meningkatkan kemahiran komunikasi.

“Saya mohon orang ramai mendoakan isteri supaya sembuh seterusnya melakukan rutin yang disukai seperti mana ketika dia sihat. Dia suka membuat persembahan teater dan meminjamkan suara untuk pelbagai karakter,” katanya.

Sumber : w0wberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *