Hiburan

‘Omg tahniah!!’ Disangka Hamil, Yuna Terus Padam Gambar Di IG

Disebabkan satu gambar k.ecoh jadinya. Ramai yang sangka Yuna hamil sebab nampak bahagian perutnya yang sedikit berisi.

Disebabkan tak nak ramai lagi salah faham, Yina kata dia masih belum ada rezeki menimang anak dan meminta peminat terus mendoakannya.

Foto: IG

“Saya terpaksa muat naik lagi sekali gambar ini disebabkan komen-komen salah faham anda.

“Saya tidak hamil, itu hanya lunch tummy (baru lepas makan), terus doakan saya, terima kasih,” tulisnya di Instagram.

 

 

Penyanyi ini juga meminta agar netizen lebih sensitif dan tidak mening.galkan komen yang boleh menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

Yuna kata komen bergitu hanya akan mengg.ores hati seseorang yang sedang berusaha untuk hamil.

“Saya harap anda mungkin boleh elak daripada meninggalkan komen seperti ‘omg tahniah!!’ tanpa mendapat sebarang kepastian daripada gambar yang dimuat naik oleh seseorang itu.

 

“Komen itu mungkin kedengaran sensitif untuk mereka yang sedang mencuba (untuk mendapatkan anak), mereka yang masih merancang atau mana-mana pihak yang belum lagi bersedia untuk menimang cahaya mata.”

Yuna berkahwin dengan Adam Sinclair pada 26 Januari 2018 di Bentong, Pahang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : kisahbena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *