Dunia

Lepas R0naldo, Giliran L0catelli ‘maIukan’ penaja Eur0 2020. Ini yang dia sebut masa tepi botol air tersebut

ROME: Coca-Cola terus menerima tamparan hebat apabila Manuel Locatelli menjadi pemain terbaharu yang ‘menghina’ mereka sepanjang kempen Euro 2020 berlangsung.

Beberapa hari selepas Cristiano Ronaldo mencetus kontroversi apabila mengalihkan botol minuman Coke, semalam bintang muda Itali itu meniru tindakan penyerang Portugal tersebut dalam sidang akhbar.

Locatelli yang cemerlang meledak dua gol ketika membantu Itali membenam Switzerland 3-0 awal pagi tadi segera mencari botol air mineral untuk diletak di tengah meja dan mengenepikan minuman Coca-Cola.

Air Minuman

Sambil meniru gaya Ronaldo, pemain tengah berusia 23 tahun itu berkata ‘Aqua atau ‘Acqua’ yang bermaksud air minuman! dalam bahasa Itali.

Locatelli menjadi pemain ketiga yang bertindak ‘menyinggung’ penaja dengan mengenepikan botol air mereka yang diletak di atas meja dalam sidang akhbar.

Situasi sama berlaku dalam sidang akhbar melibatkan Paul Pogba. Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol bir Heineken.

Tindakan Ronaldo, yang amat mementingkan penjagaan kesihatan telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Pogba alih minuman keras penaja

MUNICH: Paul Pogba menjadi pemain terbaharu menimbulkan rasa tidak senang penaja Euro 2020 apabila mengalihkan botol bir Heineken yang diletakkan di depannya ketika menghadiri sidang akhbar semalam.

Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol berkenaan ketika dibawa memasuk ke bilik akhbar selepas muncul pemain terbaik perlawanan yang menyaksikan pasukannya menewaskan Jerman 1-0.

Perkara tersebut berlaku hanya sehari selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola yang berada di depannya ketika menghadiri sidang akhbar sebelum pertemuan menentang Hungary.

Tindakan Ronaldo, 36, yang amat mementingkan kesihatan, malah menjerit ‘aqua!’ atau minum air! menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian sehingga AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Akibat insiden tersebut, harga saham Coca-Cola jatuh daripada AS$56.10 (RM231.08) kepada AS$55.22 (RM227.45 sen), malah perbuatannya dianggap menghina penaja.

Bagi Pogba pula, memandangkan pengambilan alkohol adalah haram dan dilarang di dalam Islam, dia mungkin mengalihkan botol minuman tersebut dengan niat enggan menyokong penaja.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : kecohape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *