Hiburan

Larang Ayda Jebat Buat Kerja Rumah, Nabil Buat Semua Tugas lstri Termasuk Perkara ini

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir kelihatan sangat bahagia tambahan lagi usia perkahwinan mereka hampir mencecah 3 bulan.

Baru-baru ini, pemilik nama Nur Suhada Jebat itu ada memuat naik satu ‘posting’ berkenaan suaminya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir menerusi Instagram.

“Muka berbulu, tapi tangan alahai lemah gemalai! Awak ni comel la wuvv!!!! @nabilmahir,

“Kita berdua ada persamaan tapi banyak perbezaan.

Dia berhati wanita, lembut, sopan dan buat semua kerja isteri.

Haha! Basuh pinggan, kemas rumah, buang sampah, masak dan semua.

“Saya.. Eh, bukan saya tak nak buat, dia yang tak bagi. Hahahahaha!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berkenaan, Ayda memuji suaminya yang disifatkan memiliki hati yang lembut dan tingkah laku sopan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun tersebut turut mendedahkan selama ini Nabil yang membuat kerja rumah dan melarang dirinya untuk melakukannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ayda memuji kecomelan kedua-dua pasangan suami isteri terbabit.

Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *