Hiburan

“Jangan Sampai Saya Buka Semua Cerita, Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti” Sheila Rusly

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly meluahkan rasa berang apabila namanya tidak semena-mena dikaitkan dengan pelakon Janna Nick gara-gara hubungan mereka yang menjadi retak semenjak awal tahun 2019 yang lalu.

Gara-gara program hiburan kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana maka ramai netizen ingin melihat pula Janna dan Sheila Rusly dibawa bersemuka dalam program tersebut.

Sheila Rusly yang dihubungi media telah memberi sedikit dua kata mengenai permintaan netizen untuk membawa kedua-duanya bertemu empat mata.

Ujar pelakon drama Kapten Zana ini, dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna Nick namun tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi.

Malah ketika ditanyakan adakah Janna ada menghubunginya untuk menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Call? Mana ada dia berani. Cukup sampai sini.” ujarnya ringkas.

Dia juga kedengaran ralat dan tidak mahu menjawab persoalan mengenai punca hubungannya dengan Janna musnah.

Sehubungan dengan tindakan beberapa individu yang ‘memetik’ namanya dengan Janna, Sheila dilihat berang apabila mereka itu mengaitkan namanya tanpa sebab.

“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitnah.”

Dia juga menafikan dakwaan seorang pengguna twitter yang mengatakan punca sebenar mereka berdua bermasam muka adalah kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon drama Marry Me Senorita itu.

“Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke. Jom la kalau berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” tulis Sheila dalam sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Artikel Sebelum ini

“Kami Mahukan Sis Sheila Rusly Dan Janna Nick Dalam Melodi Raya..” Peminat

Tampil dengan tema ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ untuk tayangan sempena Syawal tahun ini, program hiburan terkenal Melodi nampaknya ternyata mencuri perhatian penonton apabila telah ‘menghubungkan silaturrahim’ antara Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Namun, ada juga yang mengecam pendekatan Melodi kerana merasakan tindakan pengacara rancangan tersebut iaitu Janna Nick dan Awal Ashaari seolah-olah tidak sensitif apabila melontarkan soalan kepada Intan Liana.

Hasil tinjauan mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar daripada mulut Janna Nick ketika sesi curahan hati antara Izreen dan Intan itu.

Antara soalan yang didakwa tidak sensitif itu termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum’ kepada Intan Liana.

Disebabkan oleh hal itu, warga maya mula mempersoalkan mengapakah Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu..”

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya..” tulis seorang lagi pengguna media sosial di laman Twitter

Terdahulu, Sheila Rusly dan Janna memang diketahui mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sekaligus menjadikan penyanyi lagu Mungkin Saja itu pilihan utama untuk menjadi pelakon utama dalam setiap drama terbitan JS Pictures.

Namun, sekitar awal tahun 2019, kedua-duanya dilihat semakin renggang di atas sebab yang tidak diketahui sehingga kini.

 

Kemelut itu bermula apabila Sheila telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menyindir Janna namun telah dinafikan penerbit drama terkenal itu.

Jelas Sheila, apa yang terjadi antara dirinya dan Janna terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum kerana turut melibatkan ahli keluarganya.

Sumber : beautifulnara / trendingkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *