Hiburan

exBF Sajat, C0ach Yin Selamat Bernikah, Tapi Apa yg Sajaat Lakukan Skg Sgt Mengejvtkan

Bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat, iaitu Coach Yin selamat mendirikan rumah tangga.

Ini dengan wanita pilihan hatinya dalam sebuah majlis berlangsung di Kota Bahru, semalam.

Menerusi laman Instagram, jurulatih kesihatan itu berkongsi semula posting daripada isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin.

Dia memaparkan mereka berdua diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Tampil dengan busana sedondon berwarna putih, siapa sangka kisah mereka yang mula tular sejak tahun lalu akhirnya selamat bergelar suami isteri.

Posting tersebut dihujani komen netizen dimana rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina.

Selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Selain itu, ada juga segelintir individu bersyukur apabila lelaki berusia 28 tahun itu sempat ‘kembali ke pangkal jalan’.

Dan menamatkan zaman bujang dengan wanita tulen.

Terdahulu pada 2018, Coach Yin dan Sajat menjadi perhatian netizen apabila sering menimbulkan pelbagai kontroversi.

Dan gimik dalam menjalani hubungan songsang sepanjang tempoh berkenaan.

Namun, Apa yg Sajat Lakukan Sekarang?

Sajat sekarang dikatakan masih lagi menyorok.

Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dikenakan waran tangkap.

Ini kerana tidak hadir sebutan semula kes di mahkamah berhubung isu menghina Islam.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, usaha untuk mengesan Nur Sajat sedang giat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Setakat ini, kami belum menahan usahawan kosmetik itu.

Polis akan bekerjasama dengan JAIS dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Difahamkan Nur Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, setakat ini JAIS tidak dapat mengesan usahawan kosmetik itu di Selangor.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin dengan keupayaan polis mengesan Nur Sajat dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIS untuk dibawa ke Mahkamah Syariah.

“Polis mungkin berjaya mengesan Nur Sajat di luar Selangor dan kalau di negeri ini, penguat kuasa JAIS tiada masalah untuk menangkap bagi melaksanakan perintah mahkamah,”

Katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.Mohd Shahzihan berkata, bidang kuasa JAIS untuk melaksanakan waran tangkap daripada mahkamah syariah terhad di negeri Selangor sahaja.

“Apabila Nur Sajat cuba melarikan diri dari negeri (Selangor), kita meminta bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah dengan mengesan beliau di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, tindakan JAIS untuk melaksanakan waran tangkapan itu perlu dilaporkan kepada Mahkamah Syariah.

Sebuah portal berita berita melaporkan, polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian Nur Sajat.

Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee@Shaii.

Sumber: Instagram Coach Yin , @yeentishrin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *