Hiburan

Duit Tinggal R M250, AC Mizal Hanya Makan Tisu Dgn Kuah Roti Canai Org, lstri Tak Tahu

Sebelum ini, Pengacara Datuk AC Mizal terkenang kembali zaman remaja apabila memuat naik sekeping foto perkahwinannya bersama isteri Datin Emylia Rosnaida.

Menerusi laman sosial Instagram, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“Tengok gambar ni teringat zaman remaja dulu-dulu,” tulis AC ringkas di ruangan kapsyen.

Pada majlis persandingan yang diadakan di Ipoh Perak pada tahun 2002 itu, AC dan Emylia masing-masing mengenakan busana berwarna putih dan aksesori sebagai pelengkap gaya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai pengikut yang teruja dengan penampilan kacak AC.

Ia sinonim dengan watak Inspektor Mazlan dalam sebuah drama kepolisan Gerak Khas.

“Teringat muka Datuk sama dengan Inspektor Mazlan,” komen seorang wargamaya.

“Ini yang dalam cerita Gerak Khas tu kan?” tanya seorang wargamaya.

“Nak tanya AC warna lipstick tu color apa ye?” usik seorang wargamaya.

“Alhamdulillah susah senang bersama. Perjalanan yang penuh cerita.

Semoga Allah murahkan rezeki Datuk dan Datin. Ini memang legend,” doa seorang wargamaya.

“Zaman kegemilangan ni, Datuk AC kurus dan kacak,” puji seorang wargamaya lagi.

Duit Tinggal RM250

                

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsikan kisah kesusahannya satu ketika dahulu.

Ia ketika dia dan isteri, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka.

AC berkata ketika itu merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni dan banyak cerita mengenainya diperkatakan.

Katanya lagi, duit di dalam bank hanya ada RM250 sahaja.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah.

Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam akaun ada RM250 sahaja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat sasya jatuh, dimana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

Kongsinya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya secara pembedahan kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.

Sedangkan duit hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja.

“Ketika itu waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam.

Bulan itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekaligus.

“Tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja.

Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun banyak tak dapat lagi.

“Tak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari.

Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh berikan saya pinjam duit,” katanya.

AC turut berkongsikan ada ketika dia pernah makan tisu bersama kuah roti canai orang namun perkara itu tidak diketahui oleh isterinya.

“Ketika isteri mengandung, saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah roti canai orang.

Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah.

Saya sudah lalui macam-macam,” katanya.

Dalam pada tu, AC mengakui kehadiran anak-anaknya banyak membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga.

“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang dia lebih bukakan rezeki.

Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *