Chef Ammar hilang sabar lepas kena marah dengan pelanggan, sampai pihak poIis trpaksa terlibat

Dalam bulan Ramadan tahun ini nama Chef Ammar adalah antara yang paling disebut oleh netizen.

Beliau menjual nasi arab di Bazar Ramadan Seksyen 13 atau lebih dikenali dengan Bazaar Stadium Shah Alam mendapat sambutan yang amat tinggi.

Walaupun gerai hanya dibuka pada pukul 3 petang, pelanggan sudah mula beratur dari pukul 1 tengah hari.

Mereka sanggup datang awal kerana tidak mahu beratur lama kerana ada yang perlu beratur sehingga berejam lamanya untuk dapat beli makanan dari gerai Chef Ammar.

Pekerja Chef Ammar Kena Marah, Polis Pun Datang

Tular di media sosial dimana kelihatan Chef Ammar sedang bercakap dengan beberapa orang anggota polis.

Menurut pemilik video tersebut yang bernama mohdarizan kejadian itu berlaku kerana ada salah seorang pelanggan yang naik angin dengan pekerja Chef Ammar.

Kerana dia tidak puas hati kenapa wanita mengandung diberi keutamaan dan tidak perlu beratur pekerja Chef Ammar ini dimarah teruk sehingga menangis.

Disebabkan itu Chef Ammar terpaksa tampil mempertahan pekerjanya. Perkara tersebut sehingga ada pihak polis terpaksa datang untuk mendengar penjelasan dari Chef Ammar.

Video:

Dibawah adalah komen komen dari netizen:

Sumber Video: Tiktok @mohdarizan

MINGGU lalu, Cef Ammar yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank menjadi mangsa kecaman netizen kerana dikatakan menjual makanan dengan harga ‘Tel Aviv’.

Isu berkenaan reda seketika selepas Cef Ammar memberi penjelasan bahawa harga makanannya setanding dengan bahan yang digunakan, selain majoriti pelanggannya juga mengakui akan keenakan serta kualiti air tangan cef kelahiran Palestin itu.

Namun, nama Cef Ammar kembali hangat diperkatakan selepas tular satu video memaparkan seorang pelanggan menegur cef berkenaan ketika sedang beratur panjang.

“Pakcik hilang sabar bila q kena potong je…”

Terbaru, tular satu video menunjukkan seorang pak cik yang hilang sabar ketika barisannya dipotong orang lain, sewaktu beratur untuk mendapatkan nasi arab viral.

Mengamuk dan marah pada individu yang tidak sensitif tersebut, dapat dilihat pak cik berbaju biru itu menjerit dan melampiaskan marah kerana bengang telah beratur lama, namun tiba-tiba di’sailang’ orang lain.

“Bukan beratur tu isunya…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan pakcik tersebut yang nyata marah kerana tiba-tiba dipotong barisan walhal telah lama beratur selama berjam-jam.

“Kalau beratur panjang memang tak beli…”

Dalam pada itu, ramai juga yang mencadangkan agar tukang masak terkenal itu mewujudkan sistem nombor bagi mengelakkan hal sebegini berlaku lagi.

Pelanggan beratur panjang pula bikin p4nas

Pelanggan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati lantaran tidak sempat membeli nasi Arab kerana kehabisan, sedangkan sudah beratur terlalu lama.

“Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga,” demikian kata pelanggan berkenaan.

Sehubungan itu, Cef Ammar sekali lagi tampil memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.

Menurut Cef Ammar, demi berlaku adil kepada semua pelanggannya, setiap individu dihadkan untuk membeli maksimum empat set sahaja bermula Rabu (hari ini)

Nasi Arab air tangan Cef Ammar yang menjadi ‘buruan’ ramai setiap kali Ramadan.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Cef Ammar mempertaruhkan resipi nasi Arab turun temurun keluarganya dari Palestin.

Menurut Cef Ammar, pihaknya akan memasang banner di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelanggan mengenai ketetapan baharu itu.

Cef Ammar menambah, dia menyedari ramai memberi pelbagai cadangan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.

“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.

Kami cuba berlaku adil, maka pelanggan juga harus adil sesama mereka. Makanan ini bukan untuk sesetengah orang, tapi kami buat untuk semua.

“Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.

“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula… semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak,” terang Cef Ammar panjang lebar.

Bukan itu sahaja, menurut cef ini lagi, pihaknya juga menyediakan lorong ekspres (express lane) khusus untuk golongan ibu hamil dan warga emas, selain menyediakan dua kaunter juruwang agar urusan jual beli lebih pantas dan mudah.

“Sudah empat tahun kami buat express lane. Tapi ada yang ambil kesempatan. Kami cuba berlaku adil, tapi pelanggan juga kena sama-sama bekerjasama.

Sumber : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *