Ada pula yang pertikaikan gaya pelakon Puteri Sarah Liyana ketika ini. Katanya wanita yang baru bercerai hidup dengan suami tak boleh keluar rumah jika keadaan tak terdesak.
Ini semua selepas Puteri Sarah kelihatan amat gembira kongsi gambar bersama rakan-rakan selebriti. Susulan itu, Datuk Yusof Haslam tampil pertahankan menantu kesayangannya kerana merasakan tiada masalah untuk Sarah keluar cari rezeki.
Yusof Haslam juga berkata, wajar untuk Sarah tampil cantik dan bergaya biarpun dirinya masih dalam tempoh iddah kerana perlu mencari rezeki.
Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam iddah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab.
Dalam pada itu, Sarah turut membalas persoalan itu dengan menyatakan dia tiada masalah untuk keluar sekiranya memberitahu bekas suami.
Boleh keluar rumah dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh iddah. Keluar rumah kalau terdesak itu bila suami mati. Harus berkabung di rumah. – Jawab Sarah.
Sumber : xtra / ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.