Watie bersongket peraga emas, ada yang komen Shuib ‘menang besar’

Penampilan tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah yang mengenakan busana tradisional songket mencuri tumpuan netizen di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun @watietqtizi, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut memperagakan koleksi barangan kemas daripada sebuah jenama kedai emas dipercayai bagi tujuan promosi.

@watietqtizi ???? #watiehanifiah #syuibwatie #fyp #masukfyp #foryou #foryoupage ♬ Ketipang Payung – Dayang Nurfaizah

Walau bagaimanapun, terdapat dalam kalangan warganet meluahkan rasa kurang senang sebaik melihat penampilan wanita berusia 35 tahun itu disebabkan gaya tudung yang singkat sehingga terdedah bahagian dadanya.

Selain memetik nama Shuib berhubung penampilan tersebut, segelintir netizen juga memberi pendapat bahawa Watie sepatutnya melabuhkan tudungnya supaya tampil lebih cantik serta sedap mata memandang.

 

Sebelum ini, Watie dan Shuib dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dan mengadakan majlis persandingan pada 23 Jun depan.

Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *