Keluarga

Wanita ni Bukan Main Seronok Dapat Kawen Dgn Laki Gaji 8 Ribu, Namun Kantoi Suaminya Buat Sesuatu di Belakangnya

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Ramadan 2019 kali ini, adalah Ramadan pertama buat saya dan suami tercinta.

Namun, di ambang Ramadan, saya dan suami diuji dengan prbalahan demi prbalahan yang membuatkan saya tak senang duduk.

I need to spill!

Oh by the way, usia perkahwinan kami baru je 5 bulan. Aah, memang baru sangat lagi.

Time bercinta bagai nak rak.. bila dah kahwin baru tahu langit tinggi rendah..

Drama tv3 petang petang yang membongak je lpas kahwin duduk rumah cantik cantik boleh deco rumah.

Hampeh je saya rasa.. Ok tapi itu bukan main point saya..

Tujuan saya tulis dapat dikongsikan bersama korang apa yang saya rasa sama tak apa yang korang rasa..

Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan saya pula baru je bekerja di sebuah kafe.

Walaupun umur kami berbeza 6 tahun, saya sangat senang dengan personaliti suami saya yang sangat tenang,penyabar dan matang orangnya.

Keluarga dia pula memang menerima saya dengan penuh kasih sayang yang membuatkan saya rasa kadang-kala mak mertua saya ni sayang saya lebih dari mak saya sendiri.

Saya sendiri bersyukur sangat sangat dapat mak mertua macam tu.

Saya selalu takut nak kawin sebab takut dapat keluarga mertua yang jahat jahat selalu dalam tv tu (lulz).

Ni semua sebab banyak sangat layan drama Melayu yang tunjukkan karekter mak mertua jahat jahat

dan suka membawang tak pasal-pasal saya jadi cuak sendiri.

Pendek cerita, semuanya memang nampak indah. Jap, perkahwinan saya masih lagi indah ok?

Cuma beberapa perkara yang berlaku ni saya rasa saya nak luahkan, kot-kot ada yang mengalami perasaan yang sama macam

apa yang saya rasa ataupun nak ambil pengajaran dari kisah saya .

Sebelum kahwin, saya dah sedia maklum yang suami saya ni memang ada masalah kewangan walaupun dia bergaji RM8k sebulan.

Dulu, dia pernah tersilap langkah apply loan untuk buat bisnes emas tapi ada masalah and orang atasan bawak lari duit.

Dengan hati nak capat kaya, disamping pelaburan emas yang mereka buat tu.

Tapi terkandas di separuh jalan. Saya tak salahkan dia.. sekurang kurang suami saya berusaha.. tapi bukan dengan cara ini.

Selain tu, dia pernah ambil kad kredit and dah banyak belanja macam-macam dulu.

Dan kesannya sekarang nak kena bayar semula semua yang pernah dibelanjakan dulu.

Nak kata sampai kena kejar ceti mintak hutang tu idokler, Cuma boleh kata kitorang ni cukup-cukup makan je.

Bila gaji, terpaksa bayar hutang-hutang, bil air, bil api, bil astro dan macam-macam lagi.

Belum lagi tolak duit kereta. Saya faham dan saya sedia nak hidup bersama dengan suami saya .

Kebiasaannya, suami saya akan ketepikan rm300 untuk beli barangan dapur.

Yang lain-lain, dia ketepikan untuk duit minyak pergi kerja etc.

Nasib baik rumah dah habis bayar since saya duduk rumah mak ayah mertua saya lepas dorang pindah balik ke kampung.

Bila nak dekat hujung bulan tu sesak sangat-sangat. Terpaksa korek-korek mana yang ada.

Saya selalu senyap-senyap ambil tengok fon suami saya.

Sebak sangat sangat bila tengok kadang-kadang dia whatsapp ibu dia, adik-beradik ke, kawan-kawan ke untuk pinjam duit.

Just to make the end meets.

Terkadang, bila saya duduk sorang-sorang mengenang nasib, mesti saya terbayangkan semua angan-angan yang selalu saya impikan sebelum saya kahwin.

Nak duduk rumah baru, deco rumah sendiri, deco bilik sendiri, deco ruang tamu sendiri, langsir pilih sendiri… haih macam-macam lagi lah.

Tapi bila tengok keperitan sang suami cari rezeki nak bayar itu ini, nak sediakan tempat tinggal, makan minum yang secukupnya saya terus jadi kesian.

Sampaikan nafkah untuk saya sendiri sebagai isteri pun saya tak sampai hati nak mintak walaupun saya berhak.

Bila hati saya terdetik yang saya sepatutnya tuntut hak saya , saya cepat-cepat padamkan sebab saya tak nak suami saya berdosa sebab tak bagi nafkah zahir pada saya.

Sememangnya ni semua bukan mudah.

Saya mengaku, keinginan dan kehendak saya teruji.

Mana taknya, masa saya masih lagi dibawah tanggungjawab ayah saya ,apa je yang saya nak inshaAllah saya pasti akan dapat… even ayah saya bukannya orang kaya.

Masa diploma pun, ayah saya mampu tanggung pengajian saya tanpa amik PTPTN.

Secara mudahnya, hidup saya sangat senang dan tak pernah rasa susah.

Bila terasa susah tu, saya asyik teringatkan ayah.

Saya takut sangat saya tercompare antara suami dan ayah saya. Yang paling sebak sekali, hari tu saya balik kampung sorang tanpa suami saya sebab nak pergi mengundi.

Masa otw ayah nak hantar ke terminal bas tu tiba-tiba ayah tanya

“How’s marriage life?”

Automatik, mata saya dah bergenang air mata.

Mungkin sebelum ni kalau orang lain tanya, saya akan jawab “Best!” dan senyum tanpa paksaan.

Tapi dengan ayah, saya rasa saya tak dapat sembunyikan lagi.

Saya cakap “Married life is fun…and tough” and being an ayah…biasalah, dia bagi nasihat pasal perkahwinan apa semua.

Saya chill lagi. Entah macam mana, tiba-tiba meleleh lak air mata saya ni…

So, terlepas jugaklaa cerita yang saya pendam selama ni dari siapa-siapa.

Ayah sangat memahami, dia suruh saya teruskan jadi isteri yang understanding, yang faham beban sang suami.

Saya ada luahkan kat ayah, yang kadang kadang suami saya rasa down bila dia tak dapat provide apa yang saya nak.

Tak dapat bagi kemewahan pada saya macam yang ayah saya bagi dulu.

Ayah saya pun pesan, kalau ayah ada belikan apa-apa barang untuk saya, better jangan cerita pada dia kalau benda tu boleh buat dia down.

Bila nak sampai hujung bulan tu, ada jugak beberapa kali saya tebalkan muka pinjam duit dekat ayah.

Then masa tu, ayah cakap “Duit tu ayah bagi, bukan pinjam. Tak payah bayar balik.”

Allahuuu, lagi macam air terjun air mata saya masa tu. Saya tanya ayah, mak ada cakap pape ke.

Ayah kata mak tak tau apa-apa. Mak tak dapat tangkap bila saya jawab soalan mak

“Kucing yang lain semua mana?” “Ermm..terpaksa buang kat pasar.

Kitorang sendiri tak cukup makan, lagi nak bela kucing” Ayah noticed it Ayah pesan pada saya supaya banyak-banyak bersabar

Jangan tinggal solat and jangan kecikkan hati suami saya. InshaAllah ayah

So bila orang tanya, “How’s married life treating you?” This is marriage to me. My version of story.

Saya masih lagi bertatih nak uruskan rumahtangga dan nak bantu suami saya ringankan beban dia.

Bila kami duk brbalah tadi, saya cuba nak reflect diri saya, nak turunkan ego saya yang sememangnya tinggi ni.

Jujur cakap, rasa nak memberontak, rasa nak marah, nak maki, semua ada.

Tapi saya dalam proses nak lawan semua tu untuk jadi yang lebih baik.

Hal anak pulak, dah ramai yang bertanya. Siapa yang taknak anak kan?

Saya pun tak sabar nak dapat anak, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kehidupan yang financially challenged ni, saya serahkan semua pada Allah.

Saya percaya, kalau dh smpai masanya Dia berikan saya zuriat,

masa tu adalah masa yang terbaik. Dan saya waktu tu saya dah bersedia untuk fasa seterusnya.

Saya harap para pembaca yang sedang membaca ni doakan lah yang baik-baik untuk kami.

Semoga urusan korang semua pun dipermudahkan. InshaAllah aminnn!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *