Connect with us

Dunia

Wanita Minta Cerai, Rimas Suami Terlalu Penyayang. Ini Jawapan Dari Mahkamah Untuk Si Isteri

Published

on

Hanya kerana suaminya terlalu menyayanginya dan tidak pernah bertengkar, seorang wanita di Uttar Pradesh, India menuntut perceraian di mahkamah selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan The Week, wanita itu berkata dia berasa muak dan tidak boleh menerima apabila suaminya meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta.

Kata wanita itu, dia berasa rimas dalam persekitaran tersebut kerana suaminya tidak pernah memarahinya selain tidak pernah berasa kecewa meskipun beberapa kali melakukan kesilapan.

“Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga.

“Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya… saya pelik,” katanya.

Selain itu, wanita berkenaan memberitahu, dia tidak mahu meneruskan kehidupan rumah tangga itu kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan semua cadangannya.

Sementara itu, mahkamah bagaimanapun menolak permohonan itu dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melulu.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan mengajukan pula permohonan cerai di panchayat, namun sekali lagi usahanya itu gagal.

Mahkamah dalam pada itu meminta pasangan berkenaan menyelesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka.

Sumber : str0awani

Artikel lain

Sakit abang. Isteri genggam kuat tangan suami. Habis baju basah lencun. Suami tak boleh nak tahan akhirnya ini tindakan suami untuk buat isteri tenang.

Kepada Admin sekiranya tulisan saya ini dipilih untuk disiarkan.

Pertama sekali benarlah di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa terluang sehingga menjebakkan saya membaca luahan perasaan para penulis di sini.

Saya amat terkesan dengan bingkisan hati oleh para wanita yang dikecewakan. Antaranya adalah dari penama pena ‘Kawan Balqis’.

Ini kerana saya berasa dekat dengan penulisan penulis kerana saya pernah berada di tempat ‘Apis’. Dicinta dengan bersungguh-sungguh oleh seorang wanita. Diperjuangkan cinta oleh seorang wanita yang cukup kuat jiwanya.

Saya seoarang pelaut yang dikenali juga sebagai Offshore. Saban minggu berada di Laut China Selatan sejak 10 tahun yang lepas. Saya pernah punyai kekasih sehebat ‘Balqis’,

saya pernah punyai kesetiaan seikhlas Balqis, saya pernah rasai kasih sayang setulus Balqis. Kekasih yang selama ini setia, sayang dan menunggu kepulangan saya sepanjang saya di lautan luas.

10 tahun lalu, talian di atas kapal tidaklah semudah sekarang. Dapat berhubung dengan yang tersayang 5 minit pun cukup lah.

Begitulah setianya kekasih saya yang saya kenalkan sebagai Ira. Ira menunggu saya menghubunginya saban hari. Setiap kali saya menghubunginya suaranya menyambut dengan gembira.

Pelbagai cerita Ira sampaikan kepada saya walaupun salam tempoh 5 minit itu.

Dengan adanya kekasih seperti Ira saya merasakan hidup saya sempurna. Mengenali Ira hanya sebentar namun cukup membahagiakan saya.

Peribadinya yang lembut, peramah, berbudi bahasa, cantik rupa paras ah.. cukup sempurna di mata saya. Saya tak perlu masa yang lama untuk mengambil keputusan melamar Ira. Saya mesti memiliki dia, mesti.

Selepas 6 bulan berkenalan, tak pernah sehari pun Ira tidak membuat saya jatuh cinta dengan sikapnya.

Menanti saya dan hanya mebgkhabarkan perkara yang gembira sahaja. Sama seperti perwatakan ‘B’ yang digambarkan oleh penulis.

Sehinggalah satu hari saya dapat tahu berlakunya kejadian yang tak diingini di tempat kerja Ira. Atas alasan tidak mahu membebankan saya,

Ira cuma mengatakan benda tu benda kecil jee dan dia tidak terlukaa. Hakikatnya, Ira hampir kehilangan kaki!

Kejadian itu membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan kami. Setelah berbincang,

keluarga saya menghantar rombongan merisik dan diikuti pertunangan kami. Hanya disaksikan kedua keluarga. Majlis kecil yang cukup meriah.

Saya masih terbayang anggunnya Ira ketika majlis itu. Senyumnya cukup manis, ayu wajahnya mententeramkan hati saya, lembut tutur katanya sentiasa menenangkan jiwa saya.

Kehadiran Ira cukup menyempurnakan hidup saya. Saya terus bekerja mengumpul duit untuk menghalalkan Ira. Perancangan rapi untuk kehidupan selepas kahwin itu perlu.

Ira membentangkan kira-kira untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin kami. Saya bersetuju dengan perbentangan Ira. Perbentangannya cukup jelas. Allah…. Bagaimanalah saya tidak jatuh cinta dengan wanita ini?

Setiap hari saya percaya dia bakal suri hidup saya yang akan menyempurnakan hidup saya yang kelam ini. Wataknya yang ceria kadang kala buatkan saya tersenyum sendiri.

Gurauannya bersahaja tapi apabila terkenang saya tertawa kecil walaupun di tengah laut dilambung ombak. Wanita itu benar-benar menarik hati saya. Saya mahukan dia!

Setelah 6 bulan mengumpul duit kahwin, akhirnya tibalah hari yang dinantikan. Hari saya melafazkan ijab dan kabul menandakan Ira sah menjadi milik saya.

Setelah selesai kedua-dua majlis kami berpindah ke kediaman yang telah saya siapkan untuk keluarga kecil kami. Ira adalah orang yang paling gembira apabila melangkah ke kediaman kami. Tidak sabar untuk mendeko katanya.

Kehidupan kami normal seperti pasangan lain. Setelah menjadi suami isteri, Ira menunjukkan sisinya yang lain.

Manjanya sentiasa menjadikan saya serba salah untuk naik ke laut. Setiap kali sampainya saya dipanggil bekerja, air matanya turun bagaikan saya nak pergi membayakan nyawa sendiri.

Namun, dalam pada itu saya bahagia. Punyai isteri yang menyayangi saya setulusnya. Setiap kali itulah saya memujuk agar dia bersabar.

Perjalanan hidup saya bersama Ira amat bahagia. Ira isteri yang sempurna di mata saya.

Namun, kami diuji. 3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Ira sentiasa meminta maaf setiap kali membuat ujian kehamilan dan ternyata negatif.

Saya memujuknya, Allah tidak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dikurniakan zuriat. Kita bersabar dan berusaha lagi. Ira akur.

Menjelang ulang tahun kami yang ke 4. Hadiah teristimewa dari Ira, isteri saya yang tersayang. “Abang, Ira mengandung”.

Alhamdulillah syukur tak terkira. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah untuk berjumpa Ira! Tempoh 2 hari sebelum sampai ke darat amat lama dirasakan.

Sepanjang tempoh kehamilan, Ira tidak mengalami alahan teruk. Cuma baby suka minta makanan menjelang tengah malam. Menggelabah saya.

Mana kan tidak, jika tak dapat, muncunglah wajah kesayangan saya itu. Saya mengambil cuti tanpa gaji setahun selepas mengetahui Ira sedang membawa zuriat saya.

Saya mahukan yang terbaik untuk suri hidup saya. Segala makanan yang Ira hajatkan pasti saya penuhi. Alhamdulillah menjelang bulan ke 4, doktor sahkan Ira membawa bukan seorang tetapi 2 orang zuriat kami.

Allah syukur tak terhingga. Mengalir air mata kami apabila doktor maklumkan kami bakal menimang cahaya mata kembar.

Ira sangat teruja kerana memang dia suka kan kanak-kanak. Bulan demi bulan saya lihat Ira semakin penat membawa zuriat saya tetapi dia tetap ceria.

Dia tetap ingin memasak untuk saya biarpun dihalang. Ira cukup sempurna sebagai isteri saya, bidadari saya, ibu bagi anak-anak saya.

Kami menjalani hidup seperti biasa dan terasa berbunga menanti kehadiran permata hati kami. Ira sudah mula membuat persediaan barang-barang bayi. Risau nanti tak sempat sedia semua katanya.

Saya lihat Ira cukup teruja untuk menyambut kehadiran permata hati kami. Memilih baju 2 pasang setiap satu. Senyumnya yang saya masih terbayang sehingga kini. Senyuman yang cukup membahagia dan mententeramkan hati saya.

Menjelang hari kelahiran buah hati kami, Ira nampak gelisah. Dia kerap menyuarakan kerisauannya. “Abang, kalau Ira tak ada nanti, abang kahwin lain tak?”.

Saya ketawa. Saya tanyakan, “Sayang nak ke mana?”. Mukanya bertukar serius. “Mana lah tau, sayang tak sempat besarkan anak-anak kita.” Jelas kerisauan di wajah ibu kepada anak-anakku.

Saya jawab tenang, “Sayang jangan fikir bukan-bukan sebab sayang dah janji nak bagi abang sedozen anak dan kita akan besarkan diorang sama-sama”.

Walaupun agak gusar di hati saya. Ira memandang mata saya dengan penuh cinta. Digenggam tangan saya dengan rasa sayang.

“Abang, Sayang tak tahu berapa lama Allah pinjamkan abang untuk sayang, tapi sayang harap abang bahagia selama sayang jadi isteri abang.

Sayang mohon ampun dan maaf dari abang kalau sepanjang tempoh jadi isteri abang, ada yang tak sempurna”.

Terlalu kerap Ira memohon maaf sebegini menjelang tarikh kelahiran anak-anak kami.

3 September 2014. Tarikh keramat yang saya tidak akan sama sekali lupakan. Tarikh Ira mengadu sakit. Saya terus membawa Ira ke hospital.

Semasa menunggu, Ira menggenggam kuat lengan saya. Kuat sekali. Genggaman yang tidak akan pernah saya lupakan. Bibirnya dibasahkan dengan alunan zikir dan doa Nabi Yunus.

Wayar berselirat di atas dadanya. Wayar untuk monitor bayi kami. Sesekali digenggam kembali tangan, lengan dan baju saya. Allahhuakbar hebat sekali kuasa Allah. Ira sedang menahan kontraksi.

“Sakit abang.” Saya hanya mampu memujuk Ira untuk sabar, mengajak Ira sama sama terus mengalunkan zikir dan doa. Ira lembut mengikut sambil menahan sakit.

Sepanjang di dalam bilik itu tak putus Ira memohon ampun maaf, menitip pesan supaya saya menjaga zuriat kami sekiranya dia tewas. Hati di dada bagaikan nak pecah mendengar kata-kata itu.

Saya katakan pada Ira, “Hanya sayang yang layak jadi ibu untuk anak-anak abang. Kita akan besarkan anak-anak kita seperti yang kita impikan”.

Saya kucup lembut dahi wanita dambaan hati saya sejak dulu dan selamanya. Nurse datang untuk check laluan. Kata nurse, sekejap lagi Ira akan ditolak ke LR. Saya mengangguk. Saya diberi kelengkapan untuk masuk bersama-sama.

Suasana yang tak akan pernah saya lupakan. Ira menggenggam kuat tangan saya untuk push bayi kami. Nurse dan doktor tak putus memberi kata semangat. Saya di sisi Ira juga tak putus mengingatkan Ira pada Allah, memberi kata semangat.

Tepat jam 9.45 malam 3 September 2014. Bayi pertama selamat dilahirkan. Tiba-tiba keadaan menjadi agak tegang. Doktor memaklumkan bayi kedua sudah berpusing dan berada dalam keadaan songsang. Ira perlu dioperation! Allahhuakbar. Ira terus dibawa ke bilik operation.

Keadaan berlaku terlalu pantas. Saya sempat melihat Ira yang nampak sangat letih. Saya berjanji saya akan tunggu di luar sehingga semuanya selesai.

Pemandangan terakhir saya lihat Ira ditolak laju, nurse2 berlari menahan lif, doktor2 bergegas keluar menaiki lif dan semuanya berlaku sangat cepat.

Jam 11 malam, permata kami yang kedua selamat dilahirkan. Alhamdulillah perkhabaran gembira buat saya. Tak sabar rasanya ingin mengucapkan terima kasih pada Ira yang berjuang habis-habisan untuk melahirkan keturunanku. Rindu yang teramat pada Ira walaupun baru sekejap dia dibawa pergi.

Ayat pertama doktor, “Tahniah bayi awak selamat. Baby girl jugak ye”. Dan diikuti, “Maafkan saya encik, saya tak mampu selamatkan isteri encik”.

Gelap. Itu yang saya rasakan. Terduduk dan tiada kata yang mampu saya ucapkan.

Keluarga saya yang mendengar berita itu turut terkejut. Mak menarik tangan saya untuk bangun. Dipeluknya jasad saya yang bagaikan telah hilang rohnya.

Lembik. Abah turut sama memeluk saya untuk memberi kekuatan. Sungguh, saya lemah. Kehilangan Ira disaat ini?

Saya masuk untuk melihat bayi kami. Saya menjalankan tanggungjawab pertama sebagai bapa, azan dan iqamat di telinga kedua-dua bayi kami.

Saya peluk erat kedua-duanya saat mengalunkan azan dan iqamat. Amanah yang perlu saya jaga.

Amanda Zahirah dan Aisya Zahirah saya letakkan nama mengikut pilihan ibunya. Kehilangan Ira menggelapkan duniaku.

Usai selesai segala urusan, saya mulai rasa sunyi dan rindu yang tak pernah saya rasakan. Saya mahukan Ira.

Satu persatu kenangan bersama Ira muncul dalam kepala saya. Jika tipis iman, boleh jadi tidak waras merindu pada yang tiada.

Tapi saya perlu kuat itu yang kerap dipesan mak, ibu, abah, ayah. Saya perlu kuat untuk dua permata tinggalan Ira.

Alhamdulillah 3 September 2019 genaplah 6 tahun permata hati kami. Wajah mereka tak tumpah seperti ibunya. Lembut tutur kata sangat mengikut ibunya.

Saya bersyukur kerana mak ayah saya dan mertua sentiasa ada membantu saya menjaga anak-anak saya. Tak pernah sekali pun Ira saya lupakan.

Setiap kali cuti saya akan bawa anak-anak ke persemadian ibunya, sesekali saya akan bermalam di rumah mertua, di bilik Ira untuk melepaskan rindu. Ya, saya sendiri.

Tiada yang layak mengganti Ira. Hati ini tidak berkeinginan untuk mencari ganti. Di usia ini biarlah saya terus membesarkan anak-anak dan menambah amal ibadah sebelum bertemu pencipta.

Tujuan cerita ini dikongsi cukuplah untuk menjadi bacaan kalian. Hargailah insan yang menyayangi dan mencintai kita dengan tulus ikhlas.

Ini kerana, untuk menyayangi seseorang mungkin mudah tetapi untuk mendapatkan seseorang yang benar-benar menyayangi kita dengan tulus amat susah.

Penceritaan “Kawan Balqis” sangat membawa saya ke zaman saya masih bersama Ira. Insan yang sanggup menunggu saya pulang ke darat tanpa selingkuh,

yang sabar menanti saya pulang dengan penuh rasa sayang, yang tetap memahami kerja saya walau pelbagai diracun pelbagai orang, yang menjalani hidup dengan tabah walau pelbagai dugaan datang bertandang.

Saya mengambil masa untuk menulis nukilan ini kerana saya bukanlah penulis yang baik. Semoga penceritaan ini sampai ke hati tuan/puan.

Menyayangi dan mencintai orang adalah mudah. Mendapatkan kasih sayang dan cinta dengan tulus dari orang yang kita cintai itu amatlah payah. Hargailah insan yang menyayangi kita sebelum sayang dan cintanya menjadi hambar kerana perlakuan kita.

Sebagai manusia, kita tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada sekiranya kita sentiasa mencari yang terbaik.

Anologi mudahnya, sekiranya kita berada dalam satu taman bunga untuk mencari bunga yang terbaik pastinya kita akan keluar dengan tangan kosong.

Sekiranya sudi, ambillah pesan ni terutamanya watak ‘Apis’ dalam cerita ‘Kawan Balqis’, carilah dan hargailah seseorang yang cukup di hati kita. Cukup untuk membahagiakan, cukup untuk menenangkan,

cukup untuk mengisi hati kita. Selepas dapat, sentiasa lah bersyukur kerana Allah hantarkan dia untuk kita sedangkan ramai lagi orang lebih baik dari kita untuk dia. Sentiasa bersyukur.

Kenangan adalah perkara yang pahit untuk dikenang bagi seseorang yang pernah memberi kita rasa manis semasa kewujudannya dan kita memilih untuk mengabaikan usaha dia membahagiakan kita. Kita takkan dapat mengulangi kenangang itu bahkan mendapatkan kenangan yang sama semula.

Percayalah, rindu pada seseorang yang memberi kenangan manis pada kehidupan kita akan datang secara tiba-tiba terutama sekiranya kita melihat atau mendengar perkara yang berkaitan dengannya.

Doa saya untuk Cik Puan Balqis khasnya dan para pembaca secara umumnya semoga hati kamu semua sentiasa dibalut bahagia dan kekecewaan kamu ada kini akan dibawa pergi luput ke langit ke tujuh.

Teruslah memandang kehadapan meneruskan hidupmu yang masih panjang sehingga bahagia milikmu. Asalamualaikum dan terima kasih meluangkan masa membaca cerita yang panjang ini.

Saya juga menyusun sepuluh jari sekiranya penulisan saya ini melukakan hati mana-mana pihak.

Sumber : Abah Zahirah / IIUMC

Dunia

Suka Sangat Pakai Tudung, Gadis N0n MusIim Ini Sedang Blajar llmu Agama lsIam

Published

on

By

Malaysia semem4ngnya sangat un1k dengan pelbagai b4ngsa, k4um, agama dan juga ad4t.

Jadi tidak ha1ran jika Melayu bersahabat baik dengan Cina, atau dengan India.

Hijab atau tudung sememangnya sangat sin0nim dengan masy4rakat beragama Islam.

Namun, pemak4ian tudung sebagai fesyen kini kian mendapat tempat dalam kal4ngan bukan muslim.

Seperti gadis bernama Lynn dari Sarawak ini yang sudah menyimpan

keing1nan untuk menjadi saurada baru dalam keluarga Islam dan kini sedang mend4lami ilmu Islam.

Uj4rnya, jika diberi peluang selepas mend4lami dan faham tentang agama Islam,

dia akan perl4han-perl4han memelvk Islam.

Mal4h, Lynn berkata dia mula belajar mem4kai tudung sejak tahun 2018 lagi.

Memand4ngkan ramai diantara rakannya yang beragama Islam.

Katanya lagi, dia sudah ada ni4t dari dulu lagi untuk mem3luk agama Islam,

jadi tidak sal4h untuknya belajar lebih untuk menjadi seorang muslimah yang sejati suatu hari nanti.

“Sebab semua kawan i muslim so i dah ter1kut cara d0rang, and if ada rezeki i nak c0nvert to Islam seb4b i memang ada ni4t dari dulu lagi.

Now, pun i slow-slow learn more about Islam,” katanya.

Dalam pada itu, perk0ngsiannya di Twitter turut menjadi bu4lan apabila gadis itu memuat naik gamb4rnya berh1jab.

R4ta-r4ta net1zen memuji gadis itu t4mpil manis cantik berh1jab serta mend0akan agar diberi hid4yah dan sentiasa istiq0mah di dunia dan akh1rat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya / medianews

Continue Reading

Dunia

Al Fatihah, Detik Detik Terakhir Lelaki Mengadap Ilahi Ketika Sedang Mengaji

Published

on

By

Boleh dikatakan semua orang ingin mengadap ilahi dengan pengakhiran yang amat baik atau husnul khatimah.

Dari Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah mengadap ilahi didalam keadaan melahirkann anak,

pergi pada hari atau malam Jumaat, jnazahh berpeluh dahi dan memgadap ilahi ketika sedang melakukan amal soleh.

Terdahulu, tular satu klip video menunjukkan seorang lelaki dipercayai

daripada Palestin yang menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dia sedang membaca al-Quran.

Belajar mengaji pada usia yang lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang.

Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama.

Sementelah, menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.

Dalam klip video yang dikongsikan oleh Abdul Lateef Khaled,

kelihatan seorang lelaki yang agak berusia mencium kitab dipercayai Al-Quran sebelum mula membacanya.

Dikenali sebagai Hajj Khamis Yahya, daripada Khalil, Palestin, beliau dilihat terkumat-kamit membaca kitab

berkenaan sebelum terhenti dan tumbang dalam keadaan masih terduduk di atas kerusi.

“Berapa ramai orang yang tidak dikenali di dunia dicintai Allah.”

“Beliau mungkin tidak alim atau popular, tapi lihatlah bagaimana Allah berikan dia pengakhiran yang amat baik.”

ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran,

tetapi masih berusaha mempelajarinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH.

Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut,

maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya usia itu bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar dan berjaya.

Begitu juga apabila kita belajar mengaji.

Tidak kiralah berapa pun usia kita, jangan sesekali menyerah kalah tanpa berusaha untuk belajar mengaji dan memperbaiki bacaan kalamullah sebelum menutup mata.

Beliau mungkin tidak alim atau popular, tapi lihatlah bagaimana Allah berikan dia pengakhiran yang baik.”

ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran,

tetapi masih berusaha mempelajarinya.

Semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah.

Sumber : Abdul Lateef Khaled/Mufti Wilayah Persekutuan/SK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Dunia

Al Fatihah, Detik2 Terakhir Imam Mengadap Ilahi Ketika Sedang Beri Ceramah Agama

Published

on

By

Sesungguhnya, kehidupan kita di muka bumi Allah SWT ini adalah satu persinggahan dan bekalan kepada kita untuk pergi berhijrah ke alam akhiirat kelak.

Dan nyaawa setiap anak Adam itu terletak pada Penciptanya, yakni Allah SWT. Itulah yang membuatkan kita yang berada di muka bumi-Nya ini benar-benar kerdil di sisi-Nya.

Dan Allah SWT jugalah yang berhak menghidup dan memaatikan setiap manusia yang diutuskan sebagai khalifah di bumi ini.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan dijemput mengadap Ilahi.

Begitulah yang disaksikan apabila seorang penceramah pergi mengadap ilahi ketika memberi ceramah setelah melafazkan ‘Lailahailallah’.

Ulama tersebut dikenali sebagai Buya Malin Putiah yang sedang memberikan ceramah di masjid Kecamatan Harau, daerah Limapuluh Kota, Sumatera Barat.

Buya Malin telah terjatuh setelah mengucapkan kalimat ‘Lailahailallah’. Buya malin ketika itu menyampaikan ceramahnya dengan menggunakan bahasa Minang.

Ketika itu dia sedang menyampaikan ceramahnya tentang kebesaran agama Islam.

“Allah S.W.T mengetahui tentang apa yang kita semua lakukan, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Kata-kata dihati kita, Allah juga mengetahuinya”, kata Buya Malin yang cukup bersemangat.

Jatuh Ke Belakang
Setelah mengucapkan kalimat ‘Lailahailallah’, Buya tiba-tiba telah jatuh ke belakang. Tidak lama kemudian, Buya Malin disahkan telah mengadap ilahi. Sebelum permergiannya, Buya dalam keadaan sangat sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda.

Detik -Detik Meninggal Nya Buya Malin Putiah Setelah Mengucapkan Laillaha Ilallah Saat Dakwah

Detik -Detik Meninggal Nya Buya Malin Putiah Setelah Mengucapkan Laillaha Ilallah Saat Dakwah

Posted by Al Quds on Monday, September 21, 2020

Sumber : onlinemalaya

Continue Reading

Trending