Connect with us

Hiburan

Walaupun sebak saya lepaskan dengan rela hati. Liza Abdullah dapat menantu pertama, terkilan tak dapat jemput ramai tetamu

Published

on

PELAKON Liza Abdullah menarik nafas lega apabila majlis pernikahan dan perkahwinan anak perempuannya, Nurwafiez Syahiddah, 27, berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Meskipun gembira menerima menantu pertama, Liza atau nama sebenar Norliza Abdullah, 57, berkata dia turut terkilan dan kecewa kerana tidak dapat mengundang ramai kenalan ke majlis berkenaan.

“Alhamdulillah, majlis perkahwinan satu-satunya anak perempuan saya berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan… ini pertama kali saya menerima menantu semestinya perasaan sangat teruja dan gembira.

“Selepas bernikah di masjid, kita adakan kenduri di rumah sepupu saya yang berlangsung dalam suasana penuh sederhana memandangkan kita masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Cumanya saya sedikit terkilan sebab tak dapat nak jemput ramai kenalan ke majlis ini… minta maaf sangat-sangat! Kita pun tak sangka situasi jadi begini kerana ikutkan perancangan awal sudah tempah dewan nak jemput ramai tetamu,” katanya kepada mStar.

Nurwafiez sebak ketika menyampaikan ucapan untuk ibunya.

Nurwafiez yang pernah menceburi bidang pengacaraan dan lakonan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya berasal dari Kota Bharu, Kelantan dikenali Shahidan, 30, pada Jumaat.

Menerusi Instagram, Liza ada berkongsi kemeriahan majlis pernikahan dan perkahwinan anaknya yang diadakan di Alam Impian, Shah Alam, Selangor.

Saya mohon orang ramai mendoakan kebahagiaan anak saya dan kami sekeluarga… pertama kali terima menantu walaupun sebak tapi saya lepaskan anak dengan rela hati.

LIZA ABDULLAH

PELAKON

Sementara itu, pelakon yang memegang watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini turut mengucapkan rasa syukur kerana segala persiapan majlis tersebut dilakukan dengan bantuan keluarga bekas suami.

“Walaupun buat kecil-kecil sahaja tapi keluarga bekas suami antaranya adik ipar banyak membantu merealisasikan majlis ini.

“InsyaAllah, kalau ada rezeki kami rancang nak buat majlis resepsi pada bulan Februari tahun depan dan semasa itu saya akan jemput semua kenalan untuk hadir.

Majlis diadakan mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Saya mohon orang ramai mendoakan kebahagiaan anak saya dan kami sekeluarga… pertama kali terima menantu walaupun sebak tapi saya lepaskan anak dengan rela hati,” ujarnya.

Liza pernah berkahwin dengan Zolkifli Abdul Rahman dan bercerai pada 24 Februari 2014.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata termasuk Zulhaffiz Zarriq, 31, Zulsyahmi Naqib, 19, dan Zulsyahmi Afif, 16.

Sumber : M star

Antaranya lagi

‘Pernah kena banned setahun’-Tiada tawaran berlakon, Iqram Dinzly jana pendapatan beraksi di ‘Bigo Live’.

MESKIPUN tiada tawaran lakonan diterima sejak beberapa tahun ini, pelakon sensasi Iqram Dinzly memberitahu dia menggunakan platform media sosial bagi menjana pendapatan.

Menurut Iqram atau nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 38, dia aktif menggunakan aplikasi sembang Bigo Live sejak dua tahun lalu dan menerima bayaran ribuan ringgit sebulan.

“Selama empat tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan… tapi ramai juga yang tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo.

“Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat RM5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan Bigo.

“Alhamdulillah rezeki itu ada. Kalau tanya fasal lakonan, sejujurnya saya masih mahu berlakon tapi rasanya sekarang ini saya lebih berminat berlakon menerusi platform media sosial seperti YouTube,” katanya kepada mStar.

Iqram jana pendapatan melalui aplikasi Bigo.

Dalam pada itu, Iqram yang mahu dikenali sebagai IQ Dinzly turut meluahkan rasa syukur dipertemukan sahabat lama iaitu penyanyi kembar Syazara Aishah dan Hanim Fariza atau lebih dikenali sebagai AishaHanim yang sentiasa memberikan sokongan termasuklah dari segi kewangan.

Gara-gara sering dilihat bersama, ada tanggapan negatif kononnya dia ditaja oleh penyanyi duo itu.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Iqram berkata dia sudah menganggap kedua-dua wanita itu sebagai sahabat tempatnya berkongsi luahan hati.

Saya anggap AishaHanim seperti bidadari yang berhati mulia.

IQRAM DINZLY

PELAKON

“Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya.

“Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya… mereka jadi tempat saya luahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan,” ujarnya.

Duo kembar, Hanim (kiri) dan Aisha (kanan) beri sokongan moral kepada Iqram (tengah).

Sementara itu, penyanyi duo ini menafikan dakwaan menaja kehidupan pelakon drama Dunia Baru ini, sebaliknya lebih kepada menyokong dan membantu Iqram untuk kembali ke pangkal jalan.

“Kebetulan kami tinggal satu kampung di Ipoh dan kami lebih rapat dengan arwah kakaknya. Jadi daripada situlah hubungan kami kembali rapat.

“Tak ada istilah kami taja hidup dia seperti yang disangka… sebagai kawan kami terpanggil untuk membantu Iqram daripada terus leka dengan dunianya dan beri semangat untuk dia teruskan hidup.

“Mungkin apabila di media sosial dia berkelakuan pelik tapi kalau jumpa depan-depan dia normal sahaja macam orang lain. Sepanjang perkenalan ini dia tak pernah beri masalah kepada kami,” kata Aisha.

Sumber : M star

Hiburan

Kini gigih jual apam dirumah sebab tiada tawaran berlakon, ini jawapan Izreen Azminda

Published

on

By

Pelakon yang pernah dihimpit kontroversi panas suatu ketika dahulu, Izreen Azminda akui kini gigih menjual apam yang dihasilkan sendiri di rumah sebagai salah satu punca pendapatannya.

Menurutnya lagi, dia sudah lama mengusahakan perniagaan apam itu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu.

Namun, Izreen menyangkal spekulasi bahawa usaha yang dilakukan itu kini bukanlah disebabkan dia berada dalam situasi terdesak kerana tiada tawaran untuk berlakon.

“Saya memang dah kaya (bergurau). Bukan begitu. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya reti buat apam, jadi saya teruskan sahajalah. Kalau saya jual apam pun,

saya tak kacau duit orang. Saya dah tak takut dengan apa orang nak kata saya ni jual apam sebab tak ada job, bila duit hari-hari masuk, jadi seronok pula,”

Ujarnya lagi, dia kini menerima tempahan membuat apam sehingga 400 biji sehari. Malah, Izreen kini sudah ada pekerja untuk membantu dirinya menguruskan perniagaan dari rumah itu.

Menceritakan bagaimana terhasilnya idea untuk mengusahakan perniagaan menjual apam, dia menjelaskan semuanya bermula setelah menerima respon positif daripada ahli keluarganya.

 

“Asalnya, bila saya buat apam, suami kata sedap, mak mentua kata sedap, jadi saya teruskan. Belajar buat sendiri saja, ambil idea daripada kawan-kawan, lepas tu saya praktik sendiri.

Jadi setiap hari rutin saya bangun pagi buat apa. Walaupun penat tapi seronok sebab kerja di rumah boleh tengok anak-anak depan mata,”

Pelakon berbakat ini turut mendedahkan dia boleh memperoleh untung jualan hampir RM1,000 sehari hasil perniagaannya itu.

Dia turut mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana terikat dengan komitmen sebagai ibu dan isteri di rumah dan kini, sebagai pengusaha apam berjaya.

Sumber : Beautlfulnara

Continue Reading

Hiburan

D0akan M0mmy Dan B4by Sihat. Lara Nk Dapat Adik, Scha Alyahya Kini Hamil Empat Bulan

Published

on

By

Pelakon Awal Ashaari mendedahkan isterinya, aktres Scha Alyahya kini hamil.

Berita gembira itu dikongsi Awal menerusi vide0 yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Awal, Scha kini hamil empat bulan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan.

“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. SchAwaLara,” kongsinya.

 

P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang dia benci jugak hahahaha

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada selebriti dan juga peminat.

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 6.

Sumber : gem pak

Continue Reading

Hiburan

Sah Kena Crai TaIak Tiga Dengan Pelakon Amar Asyraf, Ini Luahan Dan Permintaan Vivy Jeffry

Published

on

By

Terkini, pengesahan lafaz crai taIak tiga terhadap isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry masih berlangsung di Mhkamah Syariah Kuala Lumpur.

Vivy ketika dihubungi berkata, pelakon itu memberikan kerjasama yang baik dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

” Sejak dicraikan dengan taIak tiga pada 4 November tahun lalu, proses pengesahan di mhkamah masih berlangsung sehingga hari ini.

” Saya berterima kasih kepada Amar kerana dia memberikan kerjasama yang baik untuk selesaikan masalah ini.

” Sebenarnya, ada beberapa dokumen yang tidak lengkap dan menyebabkan mhkamah tidak dapat memberikan keputusan rasmi berhubung percraian kami,” katanya.

Menurut Vivy, dia berharap proses percraian mereka dapat dilesaikan secepat mungkin supaya dia boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

Harap Amar datang jenguk anak

” Tiada apa yang saya harapkan sekarang ini, selain berdoa supaya proses percraian dapat diselesaikan dengan cepat supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

” Namun, saya harap Amar sesekali datanglah jenguk anak atau bertanya khabar pun sudah memadai.

” Insha-Allah saya akan besarkan anak dengan sebaik mungkin dan berikan kasih sayang sepenuhnya,” katanya..

Terdahulu, Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Gambar- Amar bersama isteri pertama Arna Salleh.

Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Susulan daripada pendedahan Ellika itu, Vivi Jeffry akhirnya tampil membuka mulut pada Oktober tahun lalu,dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu.

Vivi berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua.

” Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.

” Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah.

” Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aiib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya.

Tambah Vivy, isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan mereka tapi masing-masing tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon sahaja

Sumber : asiakini

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!