Nama usahawan wanita, Watie Hanifiah mula menjadi bualan ramai apabila dikaitkan menjalin hubungan percintaan dengan pelawak, Shuib dan mereka berdua kini sedang menghitung hari untuk disatukan sebagai suami isteri.
Meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum diijabkabulkan, mereka telah mengadakan beberapa majlis sehingga tular di media sosial dan kembali menjadi bualan ramai.
Antaranya adalah majlis khatam Al-Quran dan malam berinai yang diraikan dengan meriah dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan kru produksi terlibat yang menjalankan penggambaran majlis.
Watie mendedahkan dirinya mendapat tunjuk ajar daripada seorang ustazah selama seminggu dan majlis khatam al-Quran itu diadakan bagi mendapat keberkatan sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Jun ini.
“Alhamdulillah, saya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini sebelum bergelar isteri tidak lama lagi.
“Saya pun berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada seorang ustazah selama seminggu. Saya juga bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang saya idamkan selama ini,”ujarnya.
Dalam pada itu, majlis malam berinai Watie dan Shuib turut menjadi bualan apabila kelihatan beberapa penari sedang ‘bergelek’ bersempena dengan tema Arabian Night di mana wanita itu ceria memakai busana berwarna shocking pink.
@akakpelamin Meriah nyaaa???????? Merpati dua sejoli … #WeddingDay #WatiForShuib ♬ شكد حلو – اصيل هميم
Seperti dijangka, perkongsian video dimuat naik semula pengguna TikTok @akakpelamin mendapat pelbagai reaksi dan boleh dikatakan ada yang tidak menyukai dengan cara majlis tersebut diadakan.
Malah, mereka juga mempertikaikan ‘wujudnya’ majlis malam berinai bertemakan Arabian Nigt yang dihadiri penari sedang sakan bergelek.
Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet berpendapat bahawa pasangan tersebut layak untuk melakukan majlis dengan meriah memandangkan ia adalah pengalaman kali pertama Watie mendirikan rumah tangga.
Bahkan, Shuib juga layak untuk mencari kebahagiaan hidup di samping seorang wanita selain kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak.
Sumber : ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.