Usahawan kontroversi, Nur Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantlnanya kepada wanita secara sah di AustraIia.
Menerusi sesi Live di lnstagram miliknya, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata dia berasa seperti dilahirkan semula.
Malah, dia sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantlna di negara itu mudah untuk dilakukan.
Saya tukar ge.nder saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai sebab negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.
Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, usahawan itu memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.
Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya.
Menurutnya lagi, dia bangga dengan nama ‘Nur Sajat’ kerana nama itu telah dikenali oleh satu dunia dan merupakan satu dalam sejuta.
Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Sumber : beautifuInara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.