Connect with us

Hiburan

Video: Mira Filzah tiba2 menangis di majlis resepsi yang ke dua dan lihat reaksi spontan dari Emir

Published

on

Tanpa perlu berselirat dengan crown, bunga dan juga perhiasan mewah yang berlebihan,

Mira Filzah tetap anggun dengan gaun berwarna emas di samping suami tercinta pada malam resepsi perkahwinannya.

Gambar berlegar2 di media sosial
Menerus #EmirAmirah di Instagram, gambar serta video dari IG story milik sahabat handai dan ahli keluarga telah

berkongsi suasana cukup romantis di persandingan pengacara Nona itu dan suaminya, Wan Emir Astar.

Momen romantis

Dalam pada itu, momen-momen romantis yang terlihat dari sisi Wan Emir juga berjaya dirakam apabila bertungkus-lumus membantu isteri

tersayang turut daripada tangga pelaminan dengan mengankat gaun Mira yang tersangkut di tangga ketika menuruni pelamin

Sweet betul Emir

Posted by Media2020.net on Friday, September 4, 2020

Mira Menangis

Mira juga kelihatan beberapa kali mengalir air mata selepas mendengar beberapa ucapan dari keluarga dan sahabt handai

Emir di lihat cuba mengusap air mata Mira dan momen tersebut sempat di rakam oleh tetamu yang hadir

Mira2 tiba2 menangis

Posted by Media2020.net on Friday, September 4, 2020

Pelamin persandingan merpati dua sejoli ini telah direka khas oleh rekateemor dan bertemakan The Midnite Sky.

Majlis resepsi ini merupakan majlis kedua selepas pernikahan yang diadakan semalam di Convention Centre Sime Darby.

Resepsi kali ini diadakan di Hotel Le Meridien, Putrajaya merupakan majlis resepsi bagi pihak perempuan

Wan Emir Kena Reject Banyak Kali

Suami kepada Mira Filzah, Wan Emir Astar mendedahkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh pelakon itu pada mulanya.

Menurut Emir meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati Mira , namun dia tidak pernah berputus asa.

“Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram ,namun tidak pernah berbalas.

“Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas.

“Saya sanggup kena ‘rejected’ dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba.

“Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan,” katanya.

Emir dan Mira itu ditemui selepas majlis akad nikah mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Mira memberitahu dia menerima Emir kerasa kesungguhannya.

“Saya boleh kata effort dia sangat tinggi dan melihat kesungguhan dia saya terpikat,” katanya.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30,

menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi.

Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.

Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Kenali Wan Emir Astar, jejaka hitam manis berkumis nipis

Nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

Ini 10 fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah!

1. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun.

Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di wanemirastar.

3. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Emir (kanan) mempunyai tiga orang adik lelaki.

4. Arwah bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

5. Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

6. Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

7. Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu.

8. Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

9. Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu.

10. Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

‘Minta Maaf Andai Ada Yang Tak Suka, Tidak Senang Pada Mira’ – Mira Filzah

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati, Wan Emir Astar malam ini. Kata Mira, dia perlu mempercepatkan majlis perkahwinan berikutan kakaknya yang menetap di New York tidak dapat berada lama di Malaysia.

Artikel berkaitan : ‘Saya Beritahu Emak Mahu Berkahwin Dengan Emir, Namun Dia Masih Belum Melamar Saya’ – Mira Filzah

Terbaru, Mira memuat naik ucapan terakhir sebelum sah bergelar isteri malam ini. Mira turut memohon maaf dan memaklumkan majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Mohon maaf

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka,

terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight,

Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Tambah Mira lagi, malam ini bermulalah fasa baharu di dalam hidupnya jadi dia mahu meminta maaf seandainya ada pihak yang terluka atau berasa tidak senang dengannya.

Mira turut memohon doa orang ramai agar majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir

Majlis dibuat kecil-kecilan

Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 – 250 tetamu sahaja yang dijemput.

Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya.

Kepada miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua.

Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you.

Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya,

seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik.

#emiramirah

Jelas Mira lagi, majlis akad nikah malam ini dilakukan secara kecil-kecilan dan jemputan sekitar 200-250 orang sahaja. Jika keadaan sudah baik,

dia akan menganjurkan satu lagi majlis khas untuk meraikan hari bersejarah ini bersama para peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Hiburan

Rumahtangga dalam masalah! Akhirnya Lisdawati tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumah tangganya

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lisdawati mengaku dirinya sekarang lebih tenang menghadapi musibah.

Lisda atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin, berkata dia sering mengingatkan diri soal pemergian,

lantas menjadikan dia lebih p0sitif melalui hari mendatang.

“Tambah lagi, apabila saya selalu membaca berita pemergian secara mengejut.

Disebabkan itu, hari-hari saya berpesan kepada anak-anak agar bersedia kerana bila-bila masa Mama akan pergi.

“Hari-hari yang berlalu adalah hari-hari untuk saya mencari jalan pulang. Pada masa sama,

saya mahu bawa anak-anak ke jalan sama dengan memberi didikan agama yang betul

“Alhamdulillah, anak-anak terima dengan baik. Sama juga dengan anak-anak tiri mereka sedang belajar.

Saya sangat bersyukur biarpun anak-anak tiri saya ada kerenah masing-masing, namun, mereka anak yang baik,” katanya kepada BH Online.

Ibu kepada lapan cahaya mata termasuk empat anak tiri ini mengaku banyak belajar daripada setiap dugaan ditempuhi.

Lantas, Lisdawati tenang menjawab segala persoalan terutama membabitkan suami dan keluarga.

Isteri kepada Fauzi Nawawi ini mengulas mengenai entri dimuat naik di laman sosial baru-baru ini yang menyentuh soal masalah komunikasi dalam keluarga.

Lisdawati berkata, hubungannya bersama suami sangat baik, apatah lagi selepas melahirkan anak keempat yang berusia dua tahun.

“Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis.

Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya.

“Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami.

Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi.

“Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja,” katanya. Tambah Lisdawati,

sejak melahirkan anak keempat, dirinya sangat bahagia. “Ketika mengandung anak keempat,

saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang,” katanya.

Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH online

Paling Sakit Dugaan Yang Melibatkan Hati Dan Perasaan Ni.

Lisdawati Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Orang Ramai Tertanya Tanya. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Pelakon Lisdawati ada berkongsi cerita perihal dirinya bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 41 tahun ini ada memberi perkongsian mengenai hidup.

Malah, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini ada bertanyakan pendapat mengenai perkara tersebut bersama pengikutnya.

“Setiap hari kita akan diuji. Adakah kita mampu utk menghadapinya. Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan.

“Ramai org ada masalah komunikasi dlm keluarga…Persoalannya… “Adakah perlu kita diam,

makan hati atau bersemuka utk leraikan kekusutan?

“Apakah satu kesalahan itu kita diam, tak perlu tegur utk jaga hati atau kita tegur juga dgn cara terbaik supaya dia perbetulkan kesilapan?

#hatilukadankecewa#akutaksempurna#mencarijalanpulang,” tulisnya. Lalu, rata-rata peminat ada memberi pandangan sendiri terhadap status yang dikongsikan pelakon terbabit.

Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Lisdawati

Continue Reading

Hiburan

Bekas Suami Datuk Seri Vida Selamat Bernikah. Mengejvtkan Rupa²nya Ini Wanita Yang Jadi Istri Barunya

Published

on

By

BEKAS suami Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin, 42, telah selamat bernikah semula semalam dengan gadis pilihannya.

Fairuz orang Ipoh memilih seorang usahawan dari Kuala Terengganu, Suhaila Adnan, 43, sebagai suri hatinya.

“Kami jumpa dua kali dan terus saya ajak nikah. Alhamdulilah dia terima. Kiranya kami akan bercinta selepas bernikah.

Doakan kami kekal sehingga ke jannah,” ujar Fairuz kepada SinarPlus. Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri,

Datuk Seri Vida, Fairuz mengatakan mereka tidak lagi berhubungan selepas berpisah.

Fairuz kini menceburi bisnes takaful. Semoga Fairuz dan isterinya yang telah lapan tahun berstatus ibu tunggal dengan tiga anak itu kekal bahagia hingga akhirnya.

Sebelum ini, Fairuz pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Vida pada Januari 2014, namun berpisah pada 7 April 2017 lalu.

Datuk Seri Vida sah berpisah dengan suami..

Datuk Seri Vida sah berpisah dengan suami.. Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin.

 “Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk terlalu rapuh.” Sudah tentu terkesan juga.

Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi tapi kita hanya merancang Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

“Setakat ini saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula” katanya.

Pada masa sama usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.

“Tidak… sakit ini biar saya yang tanggung” katanya.

Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.

Bagaimanapun sumber rapat dengan Vida memberitahu pasangan itu dalam proses perpisahan secara rasmi. 

“Kalau ikut agama tu memang dah berpisah lah” kata sumber.

Sumber : Sinarplus

Tular Tentang Seorang Remaja Perempuan Yang Bawa Kereta Tanpa Lesen Sama Macam Cik B.

Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Dato Seri Vida Tampil Bagi Respon Pada Buat Warganet Terkedu.

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini. Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV,

video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018.  “Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu. “Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendkwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta,

namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEM PAK

Continue Reading

Hiburan

‘Pelakon dan pembaca berita popular RTM Wan Chik Daud Meningg4l Dunia’. Ini Pendedahan Punca Sebenar S4kit Yang Dihidapi Beliau

Published

on

By

Industri hiburan tempatan sekali lagi kehilangan seorang seniwati hebat selepas pemergian pembaca berita popular RTM dan pelakon Wan Chik Daud, 80, meninggI dnia tengahari, hari ini.

Disahkan sendiri oleh anak lelakinya dikenali sebagai Shaizar atau Jat, Allahyrham Wan Chik telah lama menderiita kerana menghidap kans3r payvdara tahap empat.

Pemergian Wan Chik Daud hari ini genap 10 tahun selepas pemergian Allahyrham suaminya, M. Rajoli yang meninggI dnia pada 17 September 2010.

Wan Chik adalah isteri kedua kepada Allahyrham M. Rajoli, sementara isteri pertama bernama Hashimah Md Din.

INI BUKAN MILAH….INI MILO!

Wan Chik Daud atau nama sebenar Wan Chik Othman dilahirkan pada tahun 1940 di Alor Merah, Alor Setar, Kedah.

Pernah menjadi Ratu Kebaya semasa di Penang dulu sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Nama Wan Chik Daud, digabungkan dengan nama bekas suami, Daud Hamzah.

Filem Do Re Mi keluaran Studio Merdeka ini merupakan filem pertama bagi Wan Chik Daud.

Beliau adalah selebriti kedua dari RTM yang diperkenalkan oleh P. Ramlee ke layar perak selepas Sharifah Hanim di dalam Masam-Masam Manis.

Filem ini juga adalah filem pertama yang menggandingkan kembali P.Ramlee dan A.R Tompel selepas kali terakhir bergandingan di dalam filem Aloha pada tahun 1950.

Filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi telah melonjakkan nama Wan Chik Daud antara pelakon wanita terawal berlakon dalam filem arahan P .Ramlee di Kuala Lumpur selepas Seniwati Mahyon Ismail sebagai heroin dan Seniwati Fazlyaton didalam Si Tora Harimau Jadian.

 

Rupanya skrip tak siap, P. Ramlee minta pelakon buat dialog spontan

Dalam filem Do Re Mi, Wan Chik memegang watak sebagai Milah, sementara filem Nasib Do Re Mi pula beliau membawa watak sebagai jururawat.

Antara diolog yang paling diingati dalam filem Nasib Do Re Mi yang membabitkan Wan Chik sendiri adalah apabila Allahyrham Ibrahim Din yang memegang watak sebagai Mi memanggil jururawat dengan nama Milah.

Kemudian Milah menjawab, “Ini bukan Milah, ini Milo..”

Itu antara dialog ikonik yang masih mampu membuatkan kita terhibur bila terkenangkan semula.

Fakta yang menarik mengenai filem Do Re Mi ini adalah skrip yang digunakan tidak siap sepenuhnya, P.Ramlee telah meminta para pelakonnya membuat dialog secara spontan.

Filem ini merupakan 2 filem pertama dan terakhir beliau berlakon dibawah arahan P.Ramlee.

Wan Chik Daud kemudian meneruskan kerjaya sebagai penyampai berita RTM.

Pernah muncul dalam drama bersama Karim Latiff, dalam Telemovie Menebus Maruah (1988) dimana Omara Hashim dan Yusof Hashim menjadi Penerbit serta pementasan Malam haram (1999) bersama Pelakon Khalid Salleh , arahan Rosminah Tahir.

Pernah berkahwin dengan pelakon terkenal, M. Rajoli pada tahun 1986 sehingga M. Rajoli menghmbuskan nfas terakhir pada 17 September 2010.

Pihak admin mendoakan semoga roh Allahyrham Wan Chik Daud ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Aamiin..

Sumber: FB Repair Gambar Lama

Continue Reading

Trending