VIDEO : Aliff Syukri tampilkan Ira Kazar dalam video Save PaIestin, sekali netzen pesan jangan ambil kesempatan

Satu perkongsian video oleh Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram telah mencuri perhatian netizen sekali lagi apabila dia ada menampilkan isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar dalam kempen tudung terbarunya hari ini.

Dalam video tersebut, kelihatan Aliff Syukri, influencer Soraya, Ira Kazar dan juga beberapa lelaki yang lain sedang membawa bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada penduduk yang terkesan dengan konflik peperangan pada ketika ini.

Ira Kazar turut menggayakan beberapa koleksi tudung dan di akhir video, Aliff Syukri melaungkan ayat Free Palestin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan Aliff Syukri yang didakwa seolah-olah mengambil kesempatan menjual tudung koleksi miliknya atas nama ‘penderitaan’ rakyat Palestin.

Tolong jangan jadikan Palestin marketing untuk orang beli jujurlah dari segala benda.

Kalau isteri dia xjoin maksudnya plek laa keja si alip ni, kalau meniaga isteri dia join means benda tu waras

Namun, ada juga yang merasakan kemunculan Ira Kazar dalam video tersebut agak kelakar dan mencuit hati netizen.

Mula-mula saya rasa sedih dengar lagu ini, tapi keluar muka Ira Kazar saya tergelak wak. maafkan saya wak, boleh tak dato buat video lain.

Tadi macam like, tapi tula kita unlike balik. Sebab model dato tu guna cara israel. Menumpang pastu terus jajah suami orang.

Terdahulu, usahawan kosmetik yang terkenal dengan ‘trademark’ Terlajak Laris itu dilaporkan telah memperkenalkan Ira Kazar sebagai model terbaru untuk jenama tudungnya.

Sumber : beautifunara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *