Semasa

VIDE0 : Suami isteri jadi ‘hero’ sambut kucing terjatuh dari tingkat atas stadium

SEPASANG suami isteri yang sedang menonton perlawanan bola sepak di Stadium Hard Rock Miami berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh daripada tingkat stadium berkenaan, pada Sabtu.

Craig Cromer dan isterinya Kimberly yang sedang menonton perlawanan antara Miami University dan Appalachian State, menggunakan kain bendera untuk ‘menyambut’ haiwan berkenaan.

Rakaman daripada telefon bimbit penonton lain memaparkan saat cemas apabila kucing berkenaan hilang cengkaman sebelum jatuh ke arah penonton.

“Penonton lain cuba menyelamatkannya dari tingkat atas namun tidak berhasil.

“Kucing itu tergantung dengan dua kaki depannya, dan akhirnya hilang cengkaman lalu terjatuh,” kata Cromer.

Difahamkan kucing tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kecederaan dan dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

Videonya..

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *