Proses melahirkan melibatkan hidup dan mati seorang wanita bergelar ibu. Biarpun nyawa mungkin tergadai, saat getir tetap dilalui demi melahirkan seorang buah hati yang dicintai.
Risau keselamatan isterinya, seorang lelaki tak berhenti berdoa serta bernazar supaya si isteri selamat melahirkan bayi secara normal dan sihat kedua-duanya.
Menerusi perkongsian yusifadila, rakannya yang menanti kehadiran anak ketiga telah bernazar untuk membiayai 100 persalinan ibu yang kurang berkemampuan.
Risau Keadaan Isteri Nak Bersalin, Lelaki Bernazar Nak ‘Biayai’ 100 Ibu Hamil Lain Jika Isteri & Anak Selamat pic.twitter.com/8jaHF1qtFF
— Adriana Qisya (@AdrianaQisya1) June 18, 2021
“Sememangnya benar, wanita itu akan menjadi ratu jika menemukan lelaki yang tepat.
“Ini sahabatku, mahu menyambut kelahiran anak ketiga. Suaminya tak berhenti berdoa hingga bernazar jika isteri dan anaknya selamat, dia akan membiayai 100 persalinan ibu yang tidak berkemampuan”.
Berdasarkan perkongsian di laman Instagram lelaki tersebut, Putra Siregar, dia berniat untuk membantu ibu hamil bagi meringankan beban mereka di saat pandemik.
“Dalam keadaan tersebut, kekuatan doa memang luar biasa dan dahsyat. Saya bernazar apabila anak dan isteri saya selamat dalam keadaan sihat,
saya nak membantu biaya 100 ibu-ibu yang sedang mengandung untuk biaya persalinan.
“Sebabnya, saya rasa biaya persalinan ketika COVID-19 ini mahal. Selain susah cari duit, ada pula belanja PCR. Alhamdulillah isteri dan bayi lahir dengan selamat.
Saya akan mula tunaikan nazar, mohon bantuan dan maklumat orang (yang memerlukan) untuk program nazar ini,” katanya.
Video tersebut telah membuatkan warga maya tersentuh dengan layanan serta nazar lelaki berkenaan. Tak kurang juga ada yang mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.
Sumber : kakicincau