Hiburan

VIDE0 : Kucing dapat ‘pembalasan’ gara-gara suka cakar sofa, terselamat sebab pandai buat tuannya ‘cair’

GELAGAT seekor kucing gebu mengenyit mata seakan meminta pertolongan untuk melepaskan cengkaman kukunya yang melekat di sofa tuannya baru-baru ini ternyata menghiburkan hati warga maya.

Video yang dikongsikan pemiliknya, Norsyaleena Zulkifli, 20, itu setakat ini telah ditonton hampir satu juta kali di laman TikTok.

Bercakap kepada mStar, Norsyaleena yang berasal dari Klang, Selangor berkata walaupun dia ada menyediakan tempat mengasah kuku, si bulus peliharaannya yang diberi nama Guccies itu sememangnya gemar mencakar sofa serta karpet.

“Dia memang suka cakar sofa. Karpet pun sama juga walaupun saya dah beli tempat cakar.

“Masa tersangkut tu dia tak bising, nasib baik saya perasan dan sempatlah rekod sebelum selamatkannya.

“Tapi kejap je dia tersangkut di situ sebab saya tak sampai hati tengok dia struggle,” ceritanya.

Dua lagi kakak Guccies bernama Oshin, berwarna oren dan Pappies.

“Nama dia Guccies sebab mak saya tengok dia ni vogue sangat, rasa dia paling cantik dalam rumah,” seloroh Norsyaleena.

Norsyaleena menjaga Guccies dan kakak-kakaknya sejak detik mereka dilahirkan.

Menurut Norsyaleena, Guccies merupakan ‘anak bongsu’ daripada tiga beradik yang kesemuanya disambut oleh dia dan sepupunya sewaktu kelahiran mereka.

“Itu memang kali pertama, takut tapi kena gagahkan juga sambut dia dan ‘kakak-kakak’ yang lain sebab kakak dia yang nombor dua tu lahir susah sikit memandangkan dia songsang jadi kena tunggu hampir 30 minit.

“Guccies keluar beberapa minit kemudian,” ceritanya.

Guccies (warna kelabu) dan kakak-kakaknya sewaktu kecil.

Menurut Nursyaleena, Guccies yang kini sudah berusia dua tahun merupakan baka ‘domestic short hair’.

Selain mencakar sofa, Guccies juga, katanya terkenal dengan sifatnya yang sangat kuat makan.

“Antara tiga beradik dia paling kuat makan, letak je makanan dia habiskan semua.

“Satu hari lebih enam kali dia makan, pagi dah empat kali ulang makan.

“Saya bagi dia campuran makan kering Purina One Cat Mix dengan Reflex Chicken,” katanya sambil menambah, Guccies sememangya sangat manja dengannya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *