Hiburan

VIDE0 : Iqbal Anggap Vida Tak MaIu, Dedh DSV Reka Cerita Iqbal Kena Santav

MODAL terbaharu Datuk Seri Vida untuk mendekati Ahmad Iqbal Zulkefli dengan cerita kononnya pemuda itu terkena buatan orang s1hir dilihat seperti memakan diri.

Ujar Iqbal, 27, jutawan kosmetik berkenaan sengaja mereka-reka cerita yang dianggap karut dan tidak benar kerana dia berada dalam keadaan sihat.

“Sebenarnya dah lama dia beritahu kononnya saya kena santau, kena s1hir.

“Jadi saya tak terkejut pun kali ni dia buat cerita sama sebab setiap kali ada masalah dia mesti kaitkan dengan s1hir dan buatan orang.

“Saya tahu diri saya, saya sedar diri saya masih waras dan boleh berfikir dengan normal,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

iqball

Perkongsian Iqbal di Instastory miliknya.

Iqbal berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Vida atau Hasmiza Othman, 50, kononnya Iqbal terkena buatan orang berdasarkan ciri-ciri fizikal yang dilihatnya pada Iqbal.

Justeru, Vida mencetuskan kontr0versi terbaharu apabila menerjah ke kediaman Iqbal di Kajang, Selangor pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu bagi memberitahu usahawan berkenaan tentang hal berkenaan.

Vida turut memberikan Iqbal sebentuk cincin permata biru dalam kunjungannya itu.

Mengulas lanjut tentang hal berkenaan, Iqbal berkata dia berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa Vida.

Saya rasa makin rim4s dengan sikap Datuk Seri Vida sekarang ni… ann0ying

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

“Saya penat dengan kerja dan pulang lewat. Saya dah tidur tiba-tiba pukul tiga pagi ada orang datang.

“Mereka g4nggu ketuk pintu belakang rumah saya, saya tak tahu macam mana mereka boleh masuk kawasan rumah saya sebab ada guard.

“Kalau saya kena sih1r jangan la bawa cincin, bawa air penawar ke… buat solat hajat ke,” katanya.

IQBAL66

Iqbal men4fikan dirinya kena s1hir dan buatan orang

Selain itu Iqbal berkata dia tidak selesa dengan sikap Vida yang dikatakan sering menghantui hidupnya selepas mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan pernikahan mereka.

“Saya rasa makin rim4s dengan sikap Datuk Seri Vida sekarang ni… annoying.

“Datang rumah tanya saya rindu dia ke, sayang dia ke, dia cantik ke…. dia tak malu ke? Benda ni sangat menjengkelkan.

“Saya dah pernah minta dia jangan g4nggu saya. Saya tak pakai pun cincin yang dia bagi tu saya simpan dan akan pulangkan,” ujarnya.

Video

‘Saya terj4h sebab nak sel4matkan Iqbal yang telah dis1h1r’

PETALING JAYA – “Saya terjah sebab ingin selamatkan Iqbal yang sudah dis.ihir dan dia tidak sedar mengenai hal tersebut.”

Demikian respons usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida menjelaskan sebab dia menerjah rumah bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli pada pukul tiga pagi semalam.

Vida dalam satu pendedahan menerusi Instagramnya berkata, dia nekad melakukan hal tersebut selepas meminta petunjuk Allah SWT bagi menyelamatkan kekasih hatinya daripada terus menjadi mangsa ilmu hitam pihak tidak bertanggungjawab yang iri terhadap kebahagiaan dan kejayaannya dalam perniagaan.

“Saya melakukan solat tahajjud untuk meminta petunjuk daripada Tuhan, selepas saya buat, saya nekad pergi. Realitinya Iqbal sudah dis.ihir dan dia tidak rasa dia sedang s4kit.

“Saya sudah kenal dia selama tujuh tahun, kulit dia putih pun sudah jadi warna kelabu asap. Bawah mata juga sudah gelap dan saya perlu selamatkan dia,” katanya.

Meskipun dihentam teruk, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman tidak menghiraukan apa sahaja yang skeptikal dan kecaman netizen demi menyelamatkan hidup bakal suaminya itu.

Bahkan, dia juga sanggup mengenepikan soal maruah semata-mata untuk hal tersebut.

“Nak cakap drama terpulang kepada semua. Sikit lagi kami akan dihalalkan.

“Orang keji saya. Orang kata saya tak move on. Tak apa. Untuk hal ini juga, saya sanggup merendahkan maruah pada pukul 3 pagi demi mencari lelaki muda yang menjadi kegilaan saya

“S.ihir tersebut ditujukan kepada saya tetapi Iqbal yang kena. Ilmu hitam tersebut untuk buat saya tidak bahagia dan tidak kaya kerana dengki dengan kehidupan serta perniagaan saya,” ujarnya.

Bercakap tenang cincin yang diberikan kepada Iqbal, kata Vida, cincin berkenaan juga sudah laa tersimpan di dalam begnya namun tidak berkesempatan untuk diserahkan kepada lelaki muda itu.

“Cincin tersebut memang sentiasa dalam beg dan dia juga sudah lama menginginkannya. Bila jumpa dia, saya beri terus. Tiada isu pun,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Vida juga turut menunjukkan fotonya bersama Iqbal yang kelihatan sugul berbanding sebelum ini.

Vida juga turut melahirkan rasa kecewa dengan individu yang ingin menjatuhkan dirinya serta meminta agar berhenti daripada melakukan perkara terkutut tersebut.

“Saya maafkan orang itu tetapi tolonglah jangan buat lagi,” ujarnya lagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan Iqbal terkejut selepas diterjah masuk usahawan berkenaan di kediamannya sekitar pukul 3 pagi semalam.

Iqbal menerusi beberapa hantaran dalam InstaStory memberitahu, dia tidak menyangka Vida sanggup datang ke rumahnya hanya kerana ingin menyerahkan sebentuk cincin yang dibelinya.

Terdahulu, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember depan tetapi hubungan mereka kini dilanda badai seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan sebagainya.

Tidak setakat itu, Iqbal turut memberitahu hatinya sudah tawar dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida

“Hampir pit4m” Selepas ‘disentuh’ Iqbal, Vida dedah apa yg berlaku kepada dia

PETALING JAYA – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) hampir pitam ketika sesi siaran langsung Instagram bersama peminatnya kerana didakwa terkena ‘g4ngguan’ miste.ri semalam.

Menerusi sesi live DSV di media sosial Instagram miliknya, dia secara tiba-tiba kelihatan sangat lemah, badannya terasa panas dan hampir muntah-muntah tanpa diketahui penyebabnya.

Berdasarkan sesi live Instagram semalam, kelihatan di penghujung sesi tersebut DSV kelihatan mengipas dirinya sendiri kerana beliau berasa panas sedangkan individu di sebelahnya berasa sejuk.

“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ini, tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?.

“Saya terkena apa-apa ke? gangguan ke? nak muntah rasanya tapi tak lepas, saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya semalam.

Selepas kejadian itu, DSV dilihat mengadakan sesi solat hajat beramai-ramai di rumahnya bagi mengelakkan diganggu perkara yang tidak diingini dan beliau telah mencetak beberapa ayat al-Quran termasuk ayat Kursi sebagai ‘pendinding diri’.

DSV hampir pit4m ketika sesi siaran langsung Instagram kerana didakwa terkena g4ngguan misteri.

“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam, jadi hari ini siapa nak ‘kenakan’, saya dah letak ayat Kursi sebagai pelindung,” katanya lagi.

Susulan perkongsian kisah itu, rata-rata pengguna media sosial menasihatkan DSV supaya segera berubat dengan individu yang lebih pakar dan orang ramai juga mendoakan kesihatan beliau.

“Minta maaf Datuk, kena pergi berubat juga itu kerana asyik panas sahaja tiap kali maghrib, itu merupakan salah satu tanda terkena gangguan,” jelas @Pastelsey_ranger.

“Datuk Seri nampak tak sihat dalam live tadi, tolong jaga kesihatan dan jangan stress perlu banyakkan berehat. Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan,” ujar @Cikguidaa.

“DSV, sentisa kekal sihat banyak orang di luar sana, tidak bernasib baik seperti awak. Saya harap Datuk tak putus asa supaya boleh tolong mereka yang dalam kesusahan,” kata @judysato16.

Terdahulu Kosmo! melaporkan isu hubungan percintaannya dengan jejaka Ahmad Iqbal Zulkefli yang terputus di tengah jalan susulan mendapat tentangan daripada anak-anak DSV

Sumber:K! ONLINE / m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *