Semasa

Vide0 : Gara2 Jiran Bertumb0k Berebut Tanaman Dan Parking Kenderaan, Akhlrnya ini yg Berlaku Kpd Mereka

Gara-gara isu tanaman dan masalah meletakkan kenderaan menyebabkan sekumpulan jiran ʙᴇʀɢᴀᴅᴜʜ dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Seksyen 24 di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular dalam video berdurasi 4 minit 4 saat menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan isu tersebut daripada kedua-dua belah pihak.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran.

Ini sehingga mencetuskan insiden pertengkaran dan pergaduhan.

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

    

Takde tindakan ke? siap ada terbang-terbang tu.

    

Pasal tanaman apa yang sampai ɢᴀᴅᴜʜ tu?

     

Nak tanam pokok janganlah sampai masuk ke kawasan jiran sebelah

  

Beliau menambah, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.

Kes disiasat dijalankan mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 269, ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 148 dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ) 2021.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ undang undang,” jelasnya.

Tonton Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

Sumber : budaksitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *