SUSULAN tiada tawaran berlakon sejak awal tahun ini, pelakon Raja Afiq memberitahu dia kini sudah mempunyai pekerjaan sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan.
Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29, berkata, dia tidak malu dengan pekerjaannya itu dan sanggup mengenepikan statusnya sebagai pelakon demi mencari nafkah buat keluarganya.
“Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat.
“Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank.
“Hidup ini perlu diteruskan sebab kalau tidak ada pendapatan pun susah juga sebenarnya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Afiq berka
ta, dia turunkan ego demi mencari rezeki buat keluarga walaupun pada awalnya ada perasaan segan untuk bekerja tetap.
Antara komen netizen :
“Kerja apa pun yg penting halal. Takde apa yg nak dimalukan – Maliq My
“Industri seni pun dah tenat.. cari jer kerja lain.. untuk teruskan hidup.. rezeki ada di mana2.. – Nur Ainna
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.