Hiburan

Tuntut cerai! Rumah tangga bermasalah… Siti Saleha, suami muncul di mahkamah

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba berita kurang enak mula menyapa. Ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada aktres Siti Saleha apabila rumah tangganya berhadapan masalah.

Terbaharu Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

lutfi saleha_2

Perkongsian Siti Saleha di Instagram pada 24 Mac lalu.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha Mohd Baharum, 31, ini agak mengejutkan apabila aktres itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan mStar di Instagram mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh berkenaan Siti Saleha memuat naik foto di dua posting berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

saleha1

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

It’s your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak),” tulis Siti Saleha pada posting berkenaan.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Siti Saleha tak mahu balik lewat malam, hadkan ambil tawaran drama cinta – “Bukan sebab suami yang letak syarat”

TIDAK mahu pulang ke rumah pada lewat malam antara salah satu punca pelakon terkenal Siti Saleha menolak tawaran untuk berlakon dalam drama banyak episod.

Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 30, mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon yang kadang-kala terpaksa bekerja lebih dari 12 jam.

Kata Siti Saleha, keputusan itu bukan disebabkan permintaan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar namun dia sendiri yang meletakkan syarat tersebut.

“Penat… jadi pelakon ini bukan mudah dan ia sememangnya sukar. Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sehingga menyebabkan kita rasa penat. Tengok dalam TV macam senang tapi kena kerja keras.

Suami tidak meletakkan syarat untuk Siti Saleha berlakon.

“Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat dan saya memang tak suka balik lewat. Bukan sebab suami yang minta macam itu tapi saya sendiri yang tahu benda ini.

“Saya tahu yang saya tak nak balik lewat dan saya pun akan hadkan untuk ambil drama berkisahkan cinta,” kata Siti Saleha kepada mStar.

Siti Saleha ditemui ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2‘ yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat.

Siti SALEHA

PELAKON

Pada majlis tersebut, turut diumumkan bahawa drama karya novelis Siti Rosmizah Semail itu bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Siti Saleha memberitahu dia terkejut dengan pengumuman novelis Siti Rosmizah yang mengatakan drama fenomena itu bakal disambungkan ke siri ketiga.

Biarpun untuk siri kedua lakonannya memberi kesan kepada penonton namun Siti Saleha belum membuat keputusan apa-apa berhubung dengan tawaran untuk sambungan tersebut.

Barisan pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 bersama novelis, Siti Rosmizah.

“Saya memang terkejut dengan pengumuman itu sebab tak tahu apa-apa. Memang sebelum ini ada dengar-dengar saja tapi saya pun tak boleh komen apa-apa sebab tak tahu lagi macam mana tawaran itu.

“Untuk siri kedua itu, saya agak terkejut dan takut pun ada sebab ada penonton mesej kata menyampah dan benci kepada watak Mia. Tapi saya ambil secara positif, bermakna lakonan saya berkesan.

“Siri pertama dan kedua macam lebih kurang. Jadi, untuk ketiga, , , tak tahu macam mana tapi saya suka dengan penulisan Siti Rosmizah sebab ada jalan cerita tersendiri,” ujarnya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *