Semasa

Tular Vide0 Istri Ahli Parlimen Padang Rengas L4nggar S0P Kuarantin, Ini Jawapan Haflin

SETELAH dis4hkan p0sitif C0v1d-19, isteri, anak dan pembantu kepada Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Nazri dis4hkan p0sitif C0v1d-19 selepas menjadi k0ntak rapat kepada seorang pesakit ketika mengadakan sidang media untuk menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur minggu lalu.

Selepas Nazri, Isterinya yang dikenali sebagai Haflin Saiful dan anaknya yang berumur empat tahun turut disahkan dij4ngkiti w4bak tersebut.

Menurut SOP terbaru Kementerian Kesihatan, pesakit C0v1d-19 dalam kategori Tahap 1 (tiada gejala) dan Tahap 2 (gejala ringan) perlu menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

Maka mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menjalani tempoh kuarantin di sebuah Villa yang terletak di Kelantan.

Haflin juga turut membuat hantaran di Instagram menunjukkan dirinya berada dalam kuarantin di Villa Danialla Beach Resort yang terletak di Bachok, Kelantan.

Namun lain pula yang jadi apabila posting yang dikongsikan Haflin dengan caption “best home quarantine ever”

dengan latar belakang laut membuatkan warganet mendakwa mereka mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalani tempoh kuarantin.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan Haflin sedang gembira mandi laut sambil memakai gelang merah jambu yang dipercayai gelang kuarantin C0v1d-19.

Nanum, Haflin menafikan melanggar SOP C0v1d-19 selepas videonya di tepi pantai menggunakan gelang bewarna merah jambu tular dan menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Haflin berkata, video yang dimuat naiknya di akaun Instagram adalah di pantai persendirian.

“Ini adalah kawasan pantai persendirian, tempahan khas saya dan ia tidak terbuka untuk pengunjung luar,” katanya.

Tambahan pula Villa itu dah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi Haflin, dia tiada masalah untuk hidup aktif sepanjang kuarantin memandangkan tempatnya tinggalnya ada ruang luas dan kebetulan ia terletak di tepi pantai.

Maka kini terjawab sudah dakwaan warganet berkenaan isu gelang merah jambu Haflin.

Video yang berdurasi 20 saat itu menunjukkan aksi Haflin berada di tepi pantai dan berlari menuju ke dalam lautan sambil diperhatikan anak dan pembantu rumahnya.

Terdahulu, pada 12 Januari lalu, Nazri mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut disertai Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin.

Empat hari kemudian Zaharin mengesahkan dirinya dij4ngkiti C0v1d-19.

Sumber : SinarPlus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *