Selepas tular isu rakaman program Trending yang menampilkan ‘Kak Long 7E‘ atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tetamu, pihak TV Al-Hijrah membuat keputusan untuk menangguhkan sementara tayangan episod tersebut.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Ia agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.” katanya.
Ajuk Tingkah Laku 0KU
Menerusi sebuah video yang tular di laman Facebook, Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura dilihat telah mengajuk tingkah laku orang kelainan upaya yang dimuatnaik nya sebelum ini.
“Kak Long, sebenarnya Kak Long bukan nak viral pun. Kak Long tak tahu video itu boleh viral..
“Kak Long, minta maaflah..Jangan marah-marah” katanya sambil ketawa
Video yang berdurasi 30 saat itu bukan sahaja telah ditonton oleh ribuan penonton malah turut dihujani dengan pelbagai komen yang mengecam tindakannya.
Malah, ada yang berpendapat bahawa Baizura masih belum insaf dengan kejadian sebelum ini berikutan memuatnaik video seperti itu.
Paguam Luah Rasa Kecewa
Peguam terkenal tanahair, Noor Zabetha juga tidak ketinggalan dalam mengulas isu yang sedang hangat ini.
“Kalau jenis manusia yang melawak atau mempersendakan orang kurang upaya ini, memang jenis yang tidak ada belas kasihan, tiada simpati dan tiada empati.
Tidak kelakar kalau diajuk-ajuk atau dilakukan, apa entah lagi ditambah dengan ketawa berdekah-dekah.
Kuatnya dan hebatnya kita itu hanya pinjaman sahaja. Tidak juga ia kekal. Jadi janganlah terlalu mendabik dada.
Saya teringat dahulu, waktu di universiti. Saya maksud dalam program kelab pembimbing rakan sebaya.
Ada seorang pelajar lelaki, dia pun turut sertai. Matanya tidak boleh melihat dengan jelas dan hampir buta.
Diberikan kertas kepadanya, dia ambil kertas dan letak dimukanya dan matanya membaca helaian kertas yang dirapatkan menyentuh kulit mukanya.
Tugas minggu itu, kami perlu berbincang tentang apa yang kita syukuri dalam kehidupan ini. Tiba gilirannya.
“Saya bersyukur dapat sambung belajar sehingga peringkat Universiti walaupun saya pun dalam keadaan begini.
Tetapi kadangkala timbul rasa marah dan tidak puas hati, kenapa rakan-rakan saya yang sempurna dan boleh melihat, mereka selalu ponteng kelas.
Mereka tidak hargai apa yang mereka ada. Sayangnya”
Seperti terkena tamparan juga sewaktu itu, apabila kadangkala saya sendiri juga ada sikap yang sama seperti yang dia katakan.
Haih! Sempurna tetapi tidak menghargai segala peluang. Sayang sekali, peluang yang disia-siakan.
Sudahlah kadangkala kita gagal menghargai, jangan jadi lebih teruk dengan mengejek dan mempersendakan orang lain yang kurang upaya.
Sehingga hari ini lagu ‘Namun ku punya hati’, sentiasa akan buat saya tersentuh dan sayu.
“…Namun ku punya hati. Juga gayaku perasaan. Hidupku yang begini…”.
Fahami bahawa bukanlah diminta dilahirkan dengan kekurangan.
Kalau orang kata kita, menangis, sedih, tertekan, sakit dan segala perasaan kita rasakan.
Kemudian, kita salahkan orang, mereka pembuli, mereka jenis tidak pemaaf. Semua salah orang!
Tetapi kita itu? Kalau hendak orang kasihani kita, maka kita jadi pengasih. Kalau kita hendak hormat kita, jadi kita hormat orang.
Kalau kita hendak orang kecam media sosial kita setelah kita yang asyik provokasi semua, kita tutup media sosial! Hah!
Senang kak long, tak ada video lepas ini, yang buat kami warganet kerut-kerut kening memikirkan, datang dari mana sikap yang begini!
Saya memang tidak setuju, mempersendakan orang begini. Hendak orang layan kita baik, kita berubah!
“Be the change you wish to see in the world.”- Mahatma Gandhi.
Sumber : belumbangun
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.