Tiga kontrak duta dibatalkan, imej Siti Nordiana tercalar disebabkan perkara ini berlaku

TINDAKAN lima sekawan memburukkan Siti Nordiana dalam siaran langsung di Instagram pada tahun 2021 telah menjejaskan imej dan karier penyanyi itu.

Kontroversi itu telah menyebabkan beberapa kontrak iklan komersial sebelum ini membabitkan Siti Nordiana atau Nana,39, telah dibatalkan dan tidak lagi disambung.

Saksi kedua yang juga merupakan pengurus Nana iaitu Mohammad Al Anas Osman, 39, memaklumkan mengenai perkara itu di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee selepas ditanya peguam defendan pertama, kedua dan ketiga, Azlan Abdul Razak.

anas 2

Nana dan Anas bersama peguam untuk kes tersebut.

“Terdapat satu syarikat telah membatalkan kontrak Nana manakala dua lagi tidak sambung kontrak.

“Surat pembatalan kontrak diberikan selepas kita teruskan saman berkenaan kes tersebut,” katanya.

Anas memaklumkan perkara itu semasa dipanggil memberikan keterangan sebagai saksi perbicaraan kes tuntutan saman oleh Nana kepada lima individu termasuk penyanyi, Lan Solo dan Syura di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

WhatsApp Image 2023-10-05 at 5.26.39 PM

Penyanyi Syura dan Lan Solo antara yang disaman Nana.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar hakim Mahkamah Tinggi.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *