Will Smith dilaporkan menitiskan air mata semasa memberikan ucapan ketika menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di majlis Anugerah Akademi (Oscar) yang Ke-94 sejurus selepas ins1den men4mpar ChrisRock berlaku.
Memetik laporan Independent, Smith telah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem ‘King Richard’.
Pelakon itu menyampaikan ucapan yang panjang semasa menerima anugerah tersebut serta meminta maaf di atas tindakannya.
Sebelum itu, Smith memuji Richard Williams (peranannya dalam King Richard), yang juga bapa kepada Venus dan Serena Williams.
Dia menggambarkan lelaki itu sebagai ‘pembela keluarga yang garang’.
“Saya tahu, untuk melakukan apa yang patut kita lakukan, kita pasti akan menerima kec4man.
“Orang akan bercakap macam-macam mengenai anda. Dalam bidang ini, anda tidak boleh lari daripada sesetengah orang yang tidak menghormati anda.
“Anda hanya perlu senyum dan berpura-pura bahawa ianya tidak mengapa tetapi pada saat-saat kegemilangan anda, ketika itulah ‘sya1tan’ akan datang kepada anda,” katanya.
Dalam ucapan itu, Smith juga turut memohon maaf mengenai tindakannya men4mpar ChrisRock.
“Saya ingin meminta maaf kepada Akademi dan kepada semua rakan finalis.
“Ini adalah saat yang indah dan saya tidak menangis kerana memenangi anugerah ini.
“Ia bukan mengenai kemenangan ini tetapi ia mengenai bagaimana saya mampu menyinari semua orang.
“Seni ini umpama kehidupan, saya kelihatan seperti bapa yang g1la, seperti yang mereka katakan.
“Saya kelihatan seperti Richard Williams tetapi cinta akan membuatkan anda melakukan perkara yang gila,” katanya.
Tambahnya, dia turut berterima kasih bagi pihak keluarga Williams.
“Terima kasih atas penghormatan ini, terima kasih untuk saat ini, terima kasih bagi pihak Richard, Oracene, dan seluruh keluarga Williams.
“Semoga Akademi menjemput saya lagi selepas ini,” katanya sambil ketawa.
Terdahulu, Smith telah menggemparkan dunia apabila bertindak men4mpar ChrisRock secara langsung di atas pentas selepas pengacara itu dipercayai membuat jenaka tentang penyak1t yang dihadapi isterinya, JadaPinkettSmith.
Smith ber4ng kerana Chris menyind1r Jada mengenai kepalanya yang botak.
Bagaimanapun, Jada dipercayai mencukur rambutnya selepas bergelut dengan penyak1t Alopecia yang dihidapinya.
Sumber : Siakapkeli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.