Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil memberi respon mengenai satu kenyataan permintaan daripada selebriti Neelofa yang memintanya untuk membuka ruang ‘persahabatan’ dan berbaik semula setelah lebih 10 tahun terlibat dalam ‘perang dingin’.
Fazura menerusi satu hantaran di Instagram ada menulis panjang lebar tentang keputusannya untuk tidak memberi fokus kepada perkara-perkara melibatkan peminat fanatik yang sering melaga-lagakan dirinya dan Neelofa
Tulis Fazura, meskipun dia menjadi mangsa cacian fitnah para peminat tegar itu sehingga tergamak menarik anaknya, Fatima ke dalam perbalahan peminat tegar ini, dia dan suami, Fattah Amin terus fokus terhadap kehidupan dan kerjaya mereka
Lihat siaran ini di Instagram
Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam Faz sibuk menguruskan kehidupan sendiri dan keluarga, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.
Manakala naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan juga tidak benar dan dia tidak pasti ia dinaikkan atas sebab dan niat apa.
@ohbulanofficial Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 34, berkata dia ingin meletakkan noktah kemelut bersama Fazura yang sudah masuk tahun ke-13 ???? #ohbulan #sembangentertaiment #fyp ♬ original sound – OHBULAN!
Sama juga seperti orang lain, Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.
Fazura juga mendoakan agar semua orang dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah S.W.T.
Terdahulu, Neelofa menerusi satu wawancara sebuah media hiburan berkata dia ada berniat untuk bersemuka dengan Fazura bagi menyelesaikan ‘perang dingin’ yang berlaku semenjak 13 tahun lalu.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.