Tular di media sosial sejak semalam video memaparkan seorang influencer terkenal TikTok solat subuh berjemaah bersama isteri sambil diiringi air mata.
Difahamkan, video dirakam beberapa jam sebelum dia bernikah dengan isteri kedua. Lelaki itu menjelaskan perkahwinan kedua tersebut mendapat restu daripada isteri pertama.
Namun begitu, orang ramai meluahkan rasa kurang selesa apabila momen peribadi seperti itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial.
Apatah lagi apabila isteri pertama dilihat menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. Antara selebriti yang bersuara adalah pelakon Nabila Huda dan Shila Amzah
Menurut Shila, jika benar suami menyayangi isteri pertama dia tak akan tergamak untuk berkahwin lain. Malah, video kononnya untuk menunjukkan penghargaan terhadap pengorbanan isteri tak sepatutnya wujud apabila si suami mengambil keputusan menduakan kesetiaan isterinya.
Haih, panas betul isu ini kan?
Sumber : transformasi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.