Connect with us

Semasa

Terklnl B S H Fasa Ke 3 Ni Syart Kemaskini Untuk Perm0honan Baru

Published

on

Umum mengetahui, pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir Julai ini. Buat penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

Buat mereka yang ingin mengemaskini permohonan baru, kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat seperti berikut:


Borang kemaskini maklumat boleh dimuat turun di sini.

MySalam & Peka B40

Penerima BSH juga layak menerima skim perlindungan kesihatan takaful percuma MySalam dan skim peduli kesihatan Peka B40.

Mereka yang berumur 40 tahun ke atas juga layak melakukan permohonan Peka B40.

Namun begitu, bantuan ini tidak terpakai buat penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Bantuan Sara Hidup Fasa ketiga bakal diumumkan sekitar akhir Julai. Umum mengetahui, BSH akan diberikan kepada 4 jenis penerima berpendapatan seisi rumah RM 4000 ke bawah.

Lazimnya, BSH dan beberapa bantuan kerajaan lain akan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Ramai yang masih keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

Untuk pengetahuan ramai, B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia.

Dalam satu laporan, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia telah bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.

Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000

penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

“Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya

Rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka

“Alhamdulillah dapat juga rakyat malaysia yang dlm kesusahan ringan sedikit sebanyak beban di hadapi

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di portal rasmi mereka di

pekab40. com. my

Antaranya lagi

Slumber Gelar Al Jazeera sbg Al Jahiliyah’. Ini Biodata Pengacara Bernama TV, Harleena Pahlavy. Bukan Calang2

Tindakan hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.

“Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”

Memetik laporan Malaysiakini, hos tersebut menggelarkan media antarabangsa dengan panggilan itu dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.
“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.

Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Saya buat menteri kesal…

I prefer the title to be Herleena Pahlavy calls Al Jazeera “Al Jahilliyah “

Dikenakan Tindakan Selepas GeIar AIjazeera Sebagai AI-JahiIIiah, lni ‘Jawapan’ Padu Pengacara Bernama

Pengacara Bernama TV, Harleena Pahlavy yang menggelar stesen penyiaran antarabangsa, AI Jazeera sebagai AI JahiIiah mengatakan beliau seorang individu patriotik.

” Tidak gentar dan patriotik di saluran TV Malaysia mempunyai akibatnya sendiri,” kata pengacara sambilan itu di Twitter lewat semalam.

Respon balas Harleena tersebut turut mendapat reaksi dari kalangan warganet yang rata-rata memberi komen membela beliau dan memuji keberaniannya.

Terdahulu, kenyataan itu dibuat selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap Harleena.

” Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.

” Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” kata Saifuddin pada hantaran di Twitter.

Saifuddin bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut tindakan yang telah diambil terhadap Harleena.

Ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu di saluran Bernama TV, Herleena Pahlavy berkata: “AI Jazeera, ‘you shut up’.”

Herleena juga dalam rancangan itu mendakwa laporan AI Jazeera tidak beretika dan tidak berasas.

Sementara itu semalam, ketika ditanya keadaannya di Twitter Harleena menjawab: “Saya pasti tidak sedih.”

Latar belakang kerjaya Harleena Pahlavy

Pernah Berkhidmat Sebagai Jurutera Perkhidmatan Teknikal Kanan yang berpengalaman  dalam bidang  industri minyak & tenaga.

Mahir dalam Geologi Petroleum, Geofizik, Petrofisika, Pengeboran Luar Pesisir, dan Seismologi.

Profesional kejuruteraan dengan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)  fokus dalam Pemasaran dari Universiti Putra Malaysia.

Mendapat pendedahan luas di media di Malaysia. Sekarang berkhidmat sebagai Pengacara Bernama TV

Sumber : Saifuddin Abdullah , FMT News , Malaysiakini , Herleena Pahlavy, OMM

Semasa

Selepas Tular Vide0 Abang Burger Semalam, Mengejutkan bila PDRM ‘hanya’ Jumpa Barang ni Sahaja Semasa Serbuan

Published

on

By

Kecoh dan tular apabila seorang pemilik gerai berger membuat video tentang operasi-operasi haram yang hari-hari berlaku di sungai buloh.

Malah menurut pemilik videi ini juga, laporan telah dibuat banyak kali di Bukit Aman, Bahagian Pencegahan Jvdi, dan SPRM.

Namun tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa amat meragukan.

Hanya selepas dua hari report dibuat, kedai-kedai haram ini beroperasi semula.

Tindakan Akan Diambil – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berhubung dakwaan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

“Judi menjahanamkan masyarakat kerana ia mengembangkan perlakuan lain-lain jenayah.

“Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

 

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan 22,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Polis Buat Serbuan, dan Hanya Jumpa ni Sahaja

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai polis susulan video tular pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan maklumat berkenaan sepasukan polis daerah Sungai Buloh membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.

“Dalam serbuan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114.

“Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan,” katanya.

Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, polis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

“Apa yang ditularkan itu adalah fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.

Diugut oleh Cina Kedai Jvdi

Menurut dia lagi, pekerja yang menjaga kedai berger telah didatangi oleh beberapa ‘penjaga’ kedai-kedai haram ini.

Malah di dalam video itu juga, dia dalam proses menyorokkan diri untuk sementara waktu, risau didatangi dan paling ditakuti, dia akan dibvnuh.

“Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bvnuh… jika saya m4ti dibvnuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara…

Mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh…”

Bismillah… MBSA cawangan Sungai Buloh angkut stall lagi … pilih bulu antara peniaga tempatan dan peniaga asing, peniaga asing jarak hanya 50 meter,dirikan khemah,jual rokok seludup,kedai mesin judi bersepah keliling pejabat MBSA Sungai Buloh langsung tidak diusik.. harap bahagian integriti mbsa , boleh buat siasatan terhadap ketua kawasan MBSA cawangan Sungai Buloh… saya akan ke Sprm minggu hadapan..Majlis Bandaraya Shah Alam

Posted by Hot Burger Malaysia on Saturday, August 8, 2020

MBSA Berdolak dalih – Netizen

Walaubagaimana pun, MBSA dalam satu kenyataan medianya, tidak menyatakan secara menyeluruh mengapa kedai² boleh beroperasi seperti biasa.

MBSA hanya menyatakan mengapa mereka menyita gerai berger tersebut, tetapi tidak menyatakan mengapa gerai² lain boleh beroperasi.

Malah, kedai² mesin kuda, kedai acheh boleh beroperasi secara bebas di tapak kereta, dan beroperasi melebihi had masa dibenarkan, tanpa diganggu gugat oleh sesiapa.

Selepas tular Sejam, Polis Peronda hanya datang melawat

Dalam video bawah ini pula, ternampak sebuah kereta peronda hanya datang menyinggah dan melawat gerai-gerai warga asing ini.

Namun tiada tindakan dan tangkapan dibuat.

Apa yg diperhatikan, pekerja-pekerja Acheh itu hanya mengemas barang-barang niaga seperti tiada apa yg berlaku.

“Bismillah.. 1 jam selepas live ke 2… saya nampak kereta polis berhenti dihadapan kedai rokok seludup…

nampak kedai rokok mula berkemas,ingat ada tangkapan, rupanya hanya lawatan mesra..

Ada juga kedai mesin judi dah mula tutup ada juga yg masih beroperasi, kita tengok malam ni pulak…

Saya amat berharap dengan video ini ketua polis negara ,menteri kdn,mbsa akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang menjadi tali barut serta pengkianat masyarakat…”

Bismillah.. 1 jam selepas live ke 2… saya nampak kereta polis berhenti dihadapan kedai rokok seludup… nampak kedai rokok mula berkemas,ingat ada tangkapan, rupanya hanya lawatan mesra..ada juga kedai mesin judi dah mula tutup ada juga yg masih beroperasi, kita tengok malam ni pulak… saya amat berharap dengan video ini ketua polis negara ,menteri kdn,mbsa akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang menjadi tali barut serta pengkianat masyarakat…

Posted by Hot Burger Malaysia on Saturday, August 8, 2020

Sumber : HM / PDRM

Continue Reading

Semasa

Guan Eng dakwa tidak adil, Sekali penyokong Bosku kata bosku pun kena macam tu

Published

on

By

MALAYSIA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memuat naik status tidak berpuashati kerana telah diperlakukan dengan ‘tidak adil’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Ketua Menteri Kewangan berkata dirinya cukup pilu dan pedih kerana isterinya juga telah ditahan oleh SPRM walaupun Betty Chew didakwanya tidak berkaitan dengan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang mahupun perkara berkaitan kerajaan.

“Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak SPRM walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan,” tulisnya dalam laman Facebook malam ini.

Beliau turut memuat naik gambar beliau dengan Betty berpelukan dalam keadaan penuh emosi.

Sambung Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu, dirinya cukup lega kerana Betty telah dilepaskan dan tidak perlu ‘mengharungi’ kesusahan dilalui olehnya dalam lokap ‘sempit’ SPRM malam tadi.

“Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.

“Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,” katanya.

Tambah Guan Eng lagi, dirinya sebenarnya telah menjadi mangsa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menekannya tanpa tuduhan berasas.

“Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.

“Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan,” tegasnya.

Bagaimanapun kenyataan Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya kerana sebentar tadi Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula mengatakan sebaliknya.

Bercakap dengan salah sebuah portal berita di sini, Azam berkata, Guan Eng bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap serta ditahan semalaman oleh agensi tersebut.

Sebaliknya kata Azam Baki, sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan beberapa lagi ditahan pihaknya sebelum dituduh di mahkamah keesokan harinya.

Kata beliau lagi, dalam kes Guan Eng, pihaknya telah memanggil beliau sekitar jam 3 petang namun kerana menghormati sidang Parlimen, pihaknya memberi kelonggaran kepada Ahli Parlimen Bagan.

“Beliau janji akan sampai selepas sesi Parlimen. Jika ada yang tidak puas hati, silalah tampil buat aduan atau bawa ianya ke mahkamah,” tegasnya.

Guan Eng yang ditahan sekitar 9.30 malam Khamis kemudian di bawa ke Mahkamah Seksyen di sini untuk didakwa atas kesalahan meminta suapan 10 peratus dari projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah dan memohon di bicarakan selain di perintahkan membayar wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selain menyerahkan pasportnya ke mahkamah. –MalaysiaGazette

Isham Jalil kata Najib pun bermalam di SPRM

Tadi selepas keluar lokap SPRM, untuk meraih simpati, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata:

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.

Lim Guan Eng kata Dato’ Seri Najib tidak pernah bermalam di lokap.

Ini adalah satu lagi penipuan Lim Guan Eng.

Najib pernah disumbat dan tidur lokap SPRM pada 19 September 2018. Zahid Hamidi juga pernah tidur lokap SPRM pada 18 Oktober 2018.

Saya sendiri dan rakan-rakan berada di luar bangunan SPRM pada kedua-dua malam tersebut menuntut pembebasan Najib dan Zahid. Bukti video pun ada.

Lim Guan Eng ini sudah masuk lokap pun lagi mahu tipu

Sumber : mysumber

Continue Reading

Semasa

Selepas Guan Eng, isteri pula kena sekali. Peguamnya beritahu sebab kenapa

Published

on

By

ISTERI kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng iaitu Betty Chew ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town, Pulau Pinang, pada Jumaat.

Chew yang dipanggil untuk disoal siasat, ditahan dan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000.

“SPRM menahan Chew selepas saya temankan dia untuk diambil keterangannya,” kata peguam Chew, Lee Khai.

Chew dilihat memasuki pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, ditemani keluarga Guan Eng dan setiausaha DAP negeri, Senator Lim Hui Ying pada pukul 10.45 pagi.

Lee Khai berkata, Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan beliau membuat jaminan setelah Chew ditahan.

Chew dijangka didakwa bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon di mahkamah SPRM di Butterworth, minggu depan.

Terdahulu pada Jumaat malam, Guan Eng ditahan SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut

Guan Eng mengaku tak bersalah, diikat jamin RM1 juta

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah berkaitan projek terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan, dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Zulkifli.

Zarul adalah pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC), firma yang memperoleh projek itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Guan Eng di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda hingga lima kali nilai suapan atau RM10,000, dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta agar jaminan ditetapkan pada jumlah RM2 juta, dengan mengatakan bahawa rasuah adalah barah bagi masyarakat.

Peguam yang mewakili Guan Eng, Gobind Singh Deo kemudian meminta jaminan yang lebih rendah, mengatakan anak guamnya akan bekerjasama dengan mahkamah dan akan menghadiri semua prosiding.

Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan pada RM1 juta dengan dua penjamin, dan mengarahkan Guan Eng menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Prosiding mahkamah selesai, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 September.

Guan Eng dijangka menghadapi lebih banyak pertuduhan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang minggu depan. – THE STAR

Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah projek terowong dasar laut

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi berdepan dengan tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion di negeri itu.

Guan Eng, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, tiba pada pukul 9.07 pagi dengan diiringi beberapa pegawai badan pencegahan rasuah itu,

Beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang yang juga bapanya, Tan Kok Wai, dan P Ramasamy tampil di kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain seperti Tony Pua, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Dr Xavier Jayakumar dan Chow Kon Yeow.

Guan Eng terdahulu meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8.30 pagi.

Guan Eng ditahan Khamis malam di ibu pejabat badan pencegah rasuah itu berhubung kontroversi kes projek terowong dasar laut.

Kontroversi projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion sekali lagi disiasat oleh SPRM berhubung petunjuk baharu.

SPRM telah menyoal siasat beberapa individu berhubung kes tersebut.

Ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan anggota exco, Jagdeep Singh Deo, Chong Eng, dan Phee Boon Poh.

SPRM juga difahamkan turut mengadakan serbuan ke pejabat Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy di Komtar, Pulau Pinang.

Guan Eng berkhidmat sebagai ketua menteri Pulau Pinang antara 2008 dan 2018. – THE STAR

Sumber : kisahbena

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!