Connect with us

Keluarga

Tergamaknya suami kata anak2 kami anak luar nikah. Mlm tu, aku acu pisau, minta suami cerraikan

Published

on

Part 1 ade didlm blog

Saya text perempuan tu. Saya cakap, dia nak saya buat apa dengan barang barang dia. Kalau nak saya boleh postkan ke negara dia. Dia cakap tak perlu, dia nak lupakan suami saya. Jadi barang barang dia saya sedekahkan pada part time maid yang kemas bilik tu.

Saya kemas barang barang suami saya dengan penuh air mata. Sampai maid tu pun confuse. Apa masalah saya. Tapi dia tak tanya.. Saya cuma nampak dia pun menangis…

6 bulan berlalu. Saya masih tak boleh lupakan. Tapi saya layan suami macam biasa. 1 hari saya rasa pedih urination. Saya pergi jumpa doctor pakar. Dia cakap saya ade urinary tract infection. Ada sejenis bcteria yang biasanya boleh dapat melalui hubungan kelamin. Saya tak fikir jauh. Saya fikir perempuan tu je dan suami. Saya kena tahan wad seminggu. Saya sembuh..

Penutupan cerita, saya mohon Allah bagi saya petunjuk, kekuatan. Saya macam d3pression. Dengan duit collection kedai ghaib tah kemana. Saya kena keluarkan lagi duit ASB nak cover business dia bulan tu.

1 hari perempuan tu call. Dia cakap nak minta maaf. Dan dia nak berterus terang. Apa yang saya dapat dari dia?

1. 1 gambar intim mereka berlatar belakangnya cermin dalam bilik tidur rumah pertama kami.

2. 1 video intim mereka atas katil rumah pertama kami.

3. Suami saya ‘buas’. Sehari sampai 10 kali dia kena belasah.

4. Bila kena belasah, bukan biasa biasa ye. Kejap kena pakai uniform nurse, kejam army, kejap uniform wondercat. U all faham kan maksud I? Selama kahwin saya tak pernah tahu nfsu dia begitu. Dan dia tak pernah minta saya buat begitu.

5. Ratusan gambar selfie mereka. Tengok movie, KLCC, I-city macam macam tempat la dia ni kononnya boyfriend cum tour guide sepanjang 3 minggu saya dikampung.

6. Suami kenal dia di chat room khas negera dia.

7. Suami mengaku bujang.

8. Suami mengaku pilot (Ingat gambar mula mula saya nampak tu?). Bukan itu sahaja, Perempuan tu siap bagi gambar license penerbangan, batch, topi dan uniform suami saya yang dalam simpanan dia. Lucu kan? Tah macamana dia edit.

9. Malam saya telefon dia pertama kali, dia cakap die terkejut. Dia putus dengan suami. Tapi 1 hari je. Suami pujuk dia datang Malaysia untuk terangkan keadaan sebenar. Dia terlalu sayangkan suami saya.

10. Dia datang Malaysia. Confront suami. Dia cakap dia dah jumpa IG saya. Dia dah tengok semua gambar kami dari kami bercinta, bertunang sampai dua anak.

11. Semua counter back dengan alasan;

– Dia ada kembar nama Daniel.

– Kembar dia yang tak wujud tu, dah mengandungkan saya. Anak luar nikah.

– Nak tutup malu, Daniel kena kahwin dengan saya. 1 hari sebelum majlis, Daniel hilang

– Dia kena ganti tempat Daniel. Tapi dia cakap dia tak pernah bersama saya sepanjang 4 tahun.

– Itu alasan untuk anak pertama kami. Anak kedua? Bila perempuan tu tanya, dia jawab anak kedua dia taktahu. Tah dengan siapa saya bersama.

– Dia cakap saya ada masalah mental.

– Dia ajak perempuan tu kahwin

– Dan selepas saya sampai KL dari kampung, saya ikut dia merata selama seminggu kan? Nak tahu apa alasan dia bagi kat perempuan tu? Alasan dia takleh jumpa perempuan tu sebab, mak dia meninggal! Kena berkabung 7 hari. Dia suruh perempuan tu diam diam duduk studio condo tu, habis berkabung, dia datang.

– Malam dia nak pukul mak dengan kayu sebab mak padlock rumah? Dia pergi studio condo tu, ambil perempuan tu dan pergi KLIA cari tiket untuk perempuan tu balik. Tiket pagi esok baru available. Jadi diorang check in hotel KLIA malam tu. Lepas perempuan tu selamat naik flight, baru dia balik rumah minta maaf dengan saya.

Semua bullets kat atas ni bukan cakap kosong ye. Memamg perempuan tu hantar screenshot perbualan di LINE Apps. Hati saya yang dah sedia remuk, disiat siat. Memang pedih sampai hulu hati.

Perlu ke babitkan anak anak? Saya belah belah perut nak keluarkan anak-anak penyambung keturunan dia, ber-bin kan nama dia. Selama ni kita selalu dengar suami mengaku bujang. Tapi suami saya, mengaku anak anak kami, anak luar nikah!

Kami sah suami isteri, dua tahun baru dapat anak pertama. Saya tahu tu perkara lama. Buat apa nak diungkit. Tapi siapa yang berada kat tempat saya je yang boleh faham macamana hancur hati saya! Saya maafkan dia atas dasar saya ingat dia kena siihir. Tapi dia yang cari penyakit!

Saya tanya dia. Dia mengaku. Tapi dia marah saya kenapa saya masih berhubung dengan perempuan tu dan dia cakap saya yang bdoh sebab pergi sakitkan hati sendiri.

Lepas tu hubungan kami dah teruk. Siang malam bergaduh. Kami tak boleh bersama. Macam mti nfsu. Asal jumpa je gaduh. Bila jauh rindu. Saya sentiasa bandingkan cara layanan dia pada perempuan tu dan cara layanan dia pada saya.

Saya memang major d3pression. Saya macam orang giila. Kejap saya manja, kejap saya ketawa, kejap saya menangis, kejap saya menjerit. Memang huru hara hidup dia saya buat.

Sampai 1 malam, kami bergaduh, sampai saya pergi dapur ambil pisau. Saya acu pada dia, saya cakap, “Cerraikan aku, cerraikan aku!”.
Demi Allah min.. Saya tak sedar. Saya sedar apa saya cakap, saya nampak pisau tu. Tapi saya tak dapat kawal mulut dan badan sya. Sayup sayup saya dengar, dia cakap, “I cerraikan u”. Saya nampak dia menangis.. Lepas tu dia keluar rumah. Tinggalkan saya.

Saya pengsan.. Tak ingat apa dah..

Saya bangun, saya nampak staff saya. Staff saya cakap suami saya yang suruh dia datang tengokkan saya. Saya cakap pada staff saya, tolong call Ustaz E. Ustaz E datang rumah. Saya berubat 3 hari. Ada siihir rumah tangga.

Dah 6 bulan dengan saya. Memang ditujukan untuk saya.. Saya sedih. Saya menyesal. Saya sayang suami saya. Tapi mana dia waktu saya sakit? Sedangkan waktu dia sakit, saya usaha sembuhkan dia.

Siapa yang cakap tak percaya menda menda ni, syabas! Anda sama macam saya dulu. Tak percaya. Sampai saya sendiri kena, baru saya tahu. Menda ni betul dan wujud.

2 minggu berlalu.. Dia tak balik balik. Dia tidur rumah pertama kami dengan mak dan ayah dia. 1 malam dia message saya, dia cakap esok dia balik. Dia rindu saya dan anakanak. Saya happy..

Pagi esoknya, saya terdetik nak balik kampung. Nak minta pendapat mak ayah. Pagi tu lepas solat subuh, saya call mak dia. Mintak tolong jaga anak sampai jam 8pm. Saya nak balik kampung. Tapi saya balik hari.. Mak cakap datanglah rumah. Hantar anak.

Jam 6.45am saya sampai rumah tu. Saya drop anak, saya dah ready nak keluar. Tiba tiba saya teringat nak ambil barang dalam bilik saya. Saya ketuk pintu bilik kami. Dia tak bukak. Lock.. 1 minit dia buka. Tapi buka kecil je. Dia tanya nak apa.

Saya cakap saya nak ambil barang sikit. Dia tutup pintu, lepas 2 minit dia bukak balik. Saya masuk bilik. Bilik tu gelap. Tapi ada samar cahaya dari hall rumah. Saya terdetik nak pandang belakang. Saya nampak langsir tu kembung.

Saya terdetik nak selak. Ada seorang perempuan tengah duduk menyorok. Saya yakin bukan perempuan yang sama. Saya gelarkan dia Perempuan B. Sebab perempuan kali ni sangat gemuk dan pendek. Tapi muka dia macam saya pernah nampak..

Tahun 2016 waktu dia kantoi Perempuan A, saya ada nampak macam IG Perempuan B ni dekat blocked list setting IG account kedai saya. Saya pernah tanya dia dulu,

“Kenapa eh u block perempuan ni?”. Dia cakap, dia tak tahu. Staff mungkin yang tertekan block. Jadi saya abaikan..

Saya tak tahu hantu apa masuk badan saya, saya terajang muka perempuan tu, badan dia. 3, 4 das juga dia kena. Saya terajang suami saya juga. Berdosanya saya. Taktahu mana kekuatan tu datang.. Sampai ayah mak dia datang pegang saya kuat kuat.

Diorang cakap, “mengucap nak.. nanti polis tangkap kesian anak anak”. Saya terus teringat anak anak saya. Saya lari pergi kat diorang, saya peluk anak saya. Saya cakap,

“Allahuakbar, Astaghfirullah” Itu je yang saya ingat. Saya meraung sekuat kuatnya.. Anak anak saya pun menangis. Tapi diorang tak faham apa apa.

Allah maha kaya. Malam tu dia message nak rujuk. Pagi tu saya tangkap dia. Apa lagi saya nak tunggu?. Waktu tu hati saya tertutup. Selama ini saya bertahan demi anak anak. Sekarang saya tekad nak cerrai demi anak anak juga. Sampai bila anak anak kena witness semua kejadian?

Mana dia waktu tu? Dia lari kejar perempuan tu. Perempuan tu lari keluar. Tapi saya sempat nampak ayah dia lempang dia.

Abah dia peluk saya, “Abah mintak maaf.. Abah memang taktahu ada perempuan dalam tu”

Mak? Mak terduduk. Termenung. Mak Abah usia dah lebih 70an.

Saya cakap dengan maid dan mak, tolong jaga anak. Saya nak tenangkan fikiran. Mak setuju.

2017. Balik dari PD, saya failkan pencerraian. Saya tak faham kenapa mak bermusuh dengan saya sebab saya tekad nak cerrai. Katanya anak dia nak berubah. Nak pujuk saya. Saya cakap takda apa nak dipujuk lagi. Waktu tu saya cuma fikir, mungkin mak cuma takut kehilangan cucu cucu dan menantu tunggal. Abah? Abah tak cakap apa apa.

Tak sangka, sepanjang proses pencerraian, mak sanggup ambil kereta saya, barang kemas saya, handbag branded saya (hadiah dari mak pada saya).

Semua diambil sebab hadiah kecuali kereta. Kereta tu memang saya yang bayar tiap bulan RM1800 loan 5 tahun lagi 3 bulan nak habis loan, dia minta kereta tu balik. Alasan, sebab kereta tu nama dia. Saya terkejut. Saya tak tahu. Saya terpaksa pulangkan.

2018. Hari hari saya ulang alik hantar ambil anak dari sekolah naik uber. Sampai hampir 5 bulan, saya kebetulan ada business dengan seorang brand owner. Untuk reviewkan product dia. Saya buat review product di FB dan IG. Perkenalan tu menjadi sahabat.

Dia yang ambil tanggungjawab hantar ambil anak sekolah. Hantar anak pergi hospital. Bawa anak keluar weekend. Saya tak jatuh cinta pada dia. Cinta saya dah mati.. Saya jatuh cinta dengan layanan dia pada anak anak saya. Sampai kalau dia takda, anak akan tanya “Mama, wheres uncle?” Remuk hati saya admin..

Setahun, dia ajak saya bertunang. Dia jumpa mak ayah saya. Dia bawa saya jumpa mak ayah dia. Dengan anak anak sekali. Kalau keluar, anak pop pop, dia yang basuhkan. Tanpa disuruh. Saya jadi segan. Sedangkan seumur hidup diorang, boleh kira dengan jari berapa kali bapa kandung diorang mandikan dia, basuh pop pop dia.. Saya jadi sebak.

Kenapa Allah hantar lelaki macamni dalam hidup saya? Sedangkan hati saya dah mati? Yang paling kelakar, DIA SEORANG PILOT. Tapi buat side income ada product sendiri.

Umur 33 tahun. Masih bujang, Saya rasa rendah diri, kenapa dia ni nakkan saya? Saya huru hara lepas cerrai. Apa yang saya usahakan dirampas oleh bekas suami dan mak mertua. Saya kena halau dari business yang saya sendiri bangunkan dengan titik peluh dan modal saya.

Sebab nak build hidup balik. Sebab takda kereta. Sebab mak dah pergi preschool anak fitnah saya bercerrai sebab saya kena tangkap khalwat. (Kadang kadang saya rasa. Bukan bekas suami je giila. Mak mertua saya pun dah semacam sasau. Cakap tak betul. Cikgu sekolah sendiri bagitahu saya..)

Saya terpaksa serahkan anak anak pada keluarga mertua. Saya bekalkan maid seorang. Itupun sebab abah minta. Ayah mertua saya sangat baik. Memang baik sangat macam malaikat. Cuma dia takut dengan mak mertua. Selalu dia kena tengking. Tapi sikit dia tak tengking balik..

Saya bagi anak pada April 2018. Saya cuma jumpa anak weekend, Jumaat saya akan ambil anak dari Nilai ke KL. Ahad saya hantar balik ke Nilai. Tapi sampai sekarang, saya tak jumpa mak mertua. Sebab fetch and drop off anak bukan kat rumah dia. Tapi kat mamak depan taman rumah. Abah yang akan hantar.. Tiap minggu kat situ.

Saya terdetik nak menulis, sebab 22/12 ni saya ambil anak for good. Gembiranya hati. Ya Allah.. Tahun depan diorang sekolah di KL. Diorang tinggal dengan saya. Yang No 1 dah 6 tahun No 2 dan 4 tahun, tahun depan…

Ingat tak yang Ustaz C (2016) cakap janda anak 1? Ye, Perempuan B yang saya tangkap menyorok bawah langsir adalah janda anak 1 (bukan bangsa melayu tapi warganegara kita). Badannya gempal. Sama macam description Ustaz C.

Padahal waktu jumpa ustaz C tahun 2016, saya cuma tahu kewujudan Perempuan A. Apakah misteri disitu?. Sebenarnya Perempuan A (2016) atau Perempuan B (2017) yang siihirkan dia dan saya? Kalau perempuan A, kenapa dia lepaskan suami saya? Saya pun tak tahu..

Kalau Perempuan B, lama mana hubungan mereka? Saya yakin waktu dia putus dengan Perempuan A, dia putus juga dengan Perempuan B. Tapi mungkin keinginan Perempuan B terlalu kuat, dia hantar sihir rumah tangga. Selepas kami berbaik.. Dan saya yakin dia tahu suami saya dah beristeri. Sebab die kelihatan tenang je waktu kena belasah dengan saya. Korang rasa?

Baru baru ni bekas suami ada pujuk nak rujuk. Dia cakap dia tak sayangkan Perempuan B. Dia cuma nak dapatkan tender projek government. Sebab perempuan tu PA kepada seorang dato kaya. Bekas suami dah jual semua kereta kami.

Sekarang dia pakai range rover. Haha, dan dengar cerita dah beli pangkat Dato. Alhamudlillah, tercapai hajat dia tinggal anak bini demi kekayaan dari Perempuan B. Dan mereka masih girlfriend boyfriend sampai sekarang….

Saya pernah sayangkan seorang lelaki lebih dari nyawa saya sendiri. Saya ikut setiap apa Islam ajar. Taat, jaga diri, setia. Saya hambakan hidup saya pada dia. Saya cuma nak dia bahagia. Walau saya sakit, penat, takpe. Asalkan dia happy. Dalam setiap solat saya, saya doakan kesejahteraan dia. Rezeki dia.. Saya tulang belakang business dia.

Dan saya tulang belakang keluarga, anak anak. Sebab saya terpaksa jadi semua watak, bila bersuamikan anak tunggal ni, Nauzubillah siksa dia. Apa benda pun dia tak tahu nak buat. Tapi pengorbanan saya tak cukup untuk buat dia kaya. Doa saya tak cukup untuk buat dia kaya.. Saya tak dapat bawa kekayaan macam apa yang Perempuan B mampu..

Tahun depan saya insyAllah akan bernikah lagi. Saya takut. Sumpah saya serik. Tapi bila pandang muka anak anak, saya tahu mereka masih perlukan seorang father figure in the family.

Saya masih nak mati sebagai seorang isteri. Isteri yang diredhai suami, boleh masuk mana mana dari pintu syurga. Saya masih nak ada imam dalam setiap solat saya.

Tahun depan juga saya kan selesaikan semua tuntutan harta mutaah, edah, sepencarian. Selama ni saya sangat sibuk. Saya kerja pagi ke pagi untuk sara diri. Lagipun ekonomi tak baik untuk bayar lawyer.

Kalian semua, doakan saya, doakan anak anak saya jadi anak soleh mengenal Al-quran. Doakan perkahwinan ini perkahwinan terakhir.. Saya sangat takut. Saya tawakal..

Suami diluar sana, tolong hargai wanita yang bersusah payah dengan anda. Tolong tutup pintu pintu nafsu anda. Nikmat mana yang anda dustakan? Nikmat dari yang haram, memang indah sebab dikaburi hasutan syitan, sampai yang halal tu nampak buruk.

Yang haram nampak indah. Sebuah pengkhianatan sangat mudah untuk bermula, tapi sangat payah untuk sembuh. Luka saya, mungkin tak akan sembuh sampai akhir hayat saya…

Sampai sekarang saya tak mampu maafkan dia. Saya cuba. Saya tak mampu. Kalau dia terbaca ni, ketahui lah. Saya lah wanita yang awak dah hancurkan segala cinta, hati, jiwa dan hidup saya. Dalam keadaan yang sangat sadis. Saya tak mampu maafkan awak, Mungkin waktu akan membantu, Tapi bila? Saya tak tahu..

Saya tak doakan kehancuran hidup awak.. Cukuplah balasan yang setimpal yang buat awak sedar kebaikan dan pengorbanan saya selama ini. Cukup untuk awak rasa walaupun 10% pun dari apa yang saya dah rasa.

Sebab sekarang yang awak nampak cuma keburukan. Tapi satu hari nanti, bila dah tersedar, mungkin waktu tu dah terlambat. Terima kasih sebab tak pernah lupakan nafkah anak. Walaupun segala harta saya awak aniaya cukup cukup.

Kepada ibu mertuaku.. Saya sayang mak. Saya rindu mak. Tapi kenapa hati saya susah nak maafkan fitnah fitnah mak pada keluarga mak mengenai saya? Kenapa mak kena tutup aib anak sendiri sampai fitnah saya mak? Kenapa sampai macamni?

Sampai akhir hayat saya, saya tak mampu maafkan mak. Sebab mak pun tak pernah sedar dan minta maaf. Saya tak minta maaf mak, saya cuma minta mak bersihkan nama saya. Saya malu mak. Demi Allah saya tak pernah ditangkap khalwat sepanjang saya bergelar menantu mak. Kenapa fitnah saya? Mak je yang ada jawapan.

Kepada bakal suami baru, bimbinglah saya dan anak anak penuh dengan agama. Saya dah tak sanggup bersuamikan, berumah tangga tanpa pasakan agama. Jadikan saya isteri terbaik untuk awak, yang mampu cukupkan semua kehendak awak. Saya tak ada keyakinan pada awak. Saya berhenti yakin pada makhluk. Saya letak sepenuh tawakal saya pada Allah.

Kepada wanita diluar sana, saya tahu bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu perkahwinan atau sesorang yang pernah bersama kita hampair separuh usia kita. Tahun depan saya 30 tahun. All my 20s dihabiskan bersama sama manusia yang tak akan lagi bersama sama saya harungi my 30s? Sedih? Sangat sedih.. Kesal? Lebih separuh nyawa.

Tapi, bersangka baiklah dengan takdir Allah. Memang perit. Memang sakit, tapi teruslah harungi dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Menangis puas puas, meraung bila perlu, tapi bila berhadapan dengan semua, senyumlah. Kerana anda wanita hebat!

Jangan ulangi kesilapan saya. Korbankan karier, korbankan wang ringgit semua pada suami. Tanpa sikitpun fikirkan diri sendiri. Jangan terlalu cinta. Sebab sakit dia bila kecewa, lebih sakit dari mana mana kesakitan. Pastikan segala harta, ada nama anda.

Pastikan segala duit anda adalah untuk anda. Hanya bantu 10% dari segi kewangan dan nafkah. Bukan semua. Jangan ulang silap saya. Sebab bila jatuh, jatuh tu bukan terduduk. Tertiarap terus tak tahu bila mampu bangun.

La tahzan buat semua yang sedang melalui atau sudah melalui. Allah tak uji seusuatu yang kita tak mampu tanggung.

Kesimpulan cerita saya, 2016 dia yang mula mula cari penyakit. Bila Perempuan A dah sayang, dia minyakkan tanpa sedar itu suami orang. Itu sebab suami separuh gila. Dalam masa yang sama sebab kami kerap bergaduh, dia berhubung dengan Perempuan B, saya syak mereka dari college yang sama dulu, sebab saya nampak Facebook perempuan tu, ada college yang sama.

Tapi bila dia sembuh in 2016, dia tinggalkan keduanya. Tapi sihir yang sampai pada 2017, dari Perempuan B. Dan dia berjaya hingga sekarang.. Perempuan B pun ada drah negera seberang. Sebab saya nampak yang comment Facebook dia pakai Bahasa sana dan dia reply Bahasa sana. Kisah ni masih kekal misteri pada saya. Tapi saya pilih untuk tidak ambil tahu lagi.

Assalamualaikum.

Sumber : NURUL BUKAN NAMA SEBENAR

Keluarga

Suami nak buat kejutan untuk istri Sanggup Naik Bas Ke Melaka,Tapi Berakhir Dengan Nasib Malang

Published

on

By

KETERUJAAN untuk memiliki kereta terpakai membuatkan seorang abang sanggup menaiki bas dari Perak ke Melaka untuk berurusan mengenai jual beli kenderaan tersebut.

Bagaimanapun seperti yang dikongsikan menerusi video aplikasi TikTok yang tular, ia berakhir dengan nasib malang apabila si abang menjadi mangsa penipuan atau scam oleh individu yang kononnya mengaku sebagai pemilik kereta.

Remaja yang mahu dikenali sebagai Alia berkata, kejadian berlaku pada 11 Januari lalu, hanya beberapa hari selepas abangnya berusia 25 tahun berkahwin pada 6 Januari.

Gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, abangnya tertarik dengan iklan menjual kereta terpakai di laman sosial Facebook yang menawarkan model Satria Neo berharga RM9,000.

“Abang selama ini hanya pakai motosikal selain sebuah kereta Kancil. Pernah juga ada kereta lain tetapi dijual semula kerana sering mengalami masalah.

“Kereta Kancil tu pula abang bercadang untuk bagi kat mak untuk kegunaan keluarga bila beli kereta second hand (terpakai) tu,” katanya kepada mStar.


Kereta yang dijual oleh individu kononnya sebagai pemilik pada harga RM9,000.

Lebih mesra disapa Alia, katanya, dia menemani abangnya bersama seorang rakan menaiki bas dari Teluk Intan dan tiba di Ayer Keroh di Melaka pada lewat petang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam.

“Setibanya di sana terdapat seorang lelaki yang dikatakan diupah oleh ‘penjual’ tu untuk menjemput kami di Melaka Sentral sebelum dibawa ke sebuah bengkel berdekatan.

“Di luar bengkel tersebut, kami ditunjukkan dengan kereta seperti yang diiklankan, malah dibenarkan untuk test drive (pandu uji) sebelum abang betul-betul berminat untuk membeli.

“Penjual tu minta kami untuk membayar separuh daripada harga jualan terlebih dahulu. Bagaimanapun, kemudian penjual tu bertukar fikiran dan mahu kami untuk menjelaskan bayaran penuh terlebih dahulu,” ujar pelajar Tingkatan Lima itu.


Abang Alia (kanan) sempat bergambar dengan individu yang didakwa menipu.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, mereka mula berasa curiga apabila mahu mendapatkan rekod dan butiran pendaftaran berkaitan kereta itu.

“Masa tu la dia kata kereta tu sudah diperiksa oleh pihak itu dan pihak ini. Malah, lelaki berusia 30an itu menganggap kami seolah-olah tidak mengetahui urusan jual beli kereta.

“Dalam rasa curiga tu juga, duit RM9,000 telah pun diserahkan. Entah bagaimana, kami seperti ikutkan saja apa yang disuruhnya, macam kena pukau,” tambahnya.


Laporan polis yang dibuat oleh abang Alia.

Alia berkata, mereka kemudian kembali ke bengkel dari bank untuk berjumpa lelaki berkenaan bagi mengambil kunci kereta namun kelibatnya tidak kelihatan.

“Bila kami masuk pejabat di bengkel, alangkah terkejutnya kami apabila lelaki di dalam pejabat itu adalah pemilik bengkel dan juga pemilik kereta Satria Neo yang sebenar tetapi mengakui mahu menjualnya pada harga kira-kira RM15,000.

“Pemilik Satria Neo tu beritahu dia didatangi seorang lelaki, iaitu orang yang sama berurusan dengan kami, dan memaklumkan bahawa rakannya iaitu kononnya kami dari Teluk Intan mahu membeli kereta tu. Sah! Abang kena tipu.

“Kami cuba hubungi lelaki yang kononnya pemilik kereta tu, tapi gagal. Mesej pun tak dapat. Abang hanya tergamam dan air matanya mengalir. Semuanya berlaku dengan sekelip mata,” ujarnya sambil menambah abangnya membuat laporan polis berhubung kejadian di Melaka, pada malam yang sama.


Alia bersama abangnya dan seorang lagi rakan pulang ke Teluk Intan dengan menaiki bas.

Memandangkan hari telah lewat untuk pulang ke Teluk Intan, katanya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermalam di sana sebelum pulang keesokan paginya.

Menurut Alia, duit untuk membeli kereta itu adalah simpanan hasil titik peluh abangnya bertahun-tahun kerja sebelum hilang kerja akibat pandemik Covid-19 dan baru saja mendapat tawaran kerja sebagai pekebun pada bulan ini.

“Esoknya kami pulang menaiki bas dengan sehelai sepinggang. Kasihan abang… baru je kahwin, nak beli kereta tu sebab mahu buat kejutan untuk isteri, bawa jalan-jalan

“Perkongsian saya ini untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dalam urusan jual beli bagi mengelakkan daripada ditipu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : transformasipw

Continue Reading

Keluarga

Suami sudah tua, tiba2 nak kahwin dgn pucuk muda. Aku izinkan tapi Bila tiba giliran aku untuk bersama, ini reaksi suami

Published

on

By

Foto sekadar hiasan

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Sepertimana kita semua sedia maklum, alam rumah tangga semestinya tidak lari daripada menerima ujian. Baik di awal perkahwinan mahupun selepas berpuluh tahun mendirikan rumahtangga.

Isu suami ingin kahwin dengan wanita muda bukanlah perkara baru yang kita dengar dalam masyarakat kitan. Menerusi laman KRT seorang wanita yang sudah berkahwin hampir 30 tahun berkongsi kisah suaminya yang berkahwin dengan wanita muda.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah mendapat 15k tanda like dan 1.3k share. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum. Saya sudah berkawin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan.

Dari mula perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi biasa, ditelan dan dilalui dengan sabar. Hidup susah, serba tidak cukup itu berjaya di lalui dengan beribu ribu kecekalan hati.

Sebab tiada satu pun alam rumahtangga itu yang tidak di uji. Bertahan demi anak2. Hati jadi kuat kerana anak anak.

Sehingga lah hidup mulia berubah selesa. Senang dari hidup yang dahulu, muncul orang ketiga yang lebih muda dan manja.

Pada awalnye memang berasa sangat sedih kecewa dan putus asa. Tapi bila segala usaha untuk menghalang hubungan mereka tidak berjaya, hati ni jadi semakin rase redha, semakin tawar dan hanya fokus pada anak2.

Pernah juge menasihati suami,

“Anak2 dah besar, semue melangkah kaki ke universiti, alhamdulillah semue anak2 baik sikap dan bahasa. Ape awak nak lagi?”.

Dia just menjawap, perempuan yang baru ni buat die merasa muda dan ceria. Dan suami pula memang menginginkan anak perempuan, memandangkan anak dengan saya semua lelaki.

Isteri mana lah yang tak sedih, tapi sebab malas nak memanjangkan masalah, dan dengan usia menghampiri 50 ni, bukan masa lagi untuk berduka lara.

Saya izinkan, anak2 semue dah besar, suami pulak dah ade perempuan lain yang jaga. Ahamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang.

Banyak perkara berfaedah saya bole buat, dari join kelas agama, kelas zumba dan bole buat rawatan kulit dan muka.

Dah hampir 3 tahun suami beristeri baru, hidup huru hara melayan kerenah isteri baru, bergaduh, anak2 meragam, berjaga tengah malam.

Dengan usia se tua itu sepatut nye dapat berehat, sekarang masih mengendong anak kecil. Melayan rajuk si muda.

Bila tiba giliran balik kerumah saya, suami mengadu. Sakit sane sini. Dalam hati saya bercakap, ‘PADAN MUKA’.

Orang yang tak tau bersyukur memang patut dapat balasan.😁👍

Reaksi warganet

Tinjaun di ruangan komen, kebanyakkan pembaca kagum dengan kecekalan si isteri dan menentang tindakan si suami yang sudah berusia tapi masih mahu menikahi wanita muda. Lihat apa kata mereka.

Filz Filzah –Tu lah. Patutnya dah umur umur begitu dah boleh honeymoon berdua dengan isteri, pegi masjid bersama, jalan2, happy2 berdua, sebab anak2 dah besar, banyak masa untuk di luangkan bersama.

Masa muda dulu sibuk keje, dan anak2 kecik kan. Sekarang, back to masa anak dia kecik balik. Yang bahagia dan happy, makcik.

Well done makcik..👍 Just focus on ur self, ignore them.

To pakcik, PADAN MUKA. Sendiri carik penyakit. Tanggung lah sendiri..😂😂

De Mie –Alahamdullilah, bangga saya dengan cerita puan. Cekal tabah redha semua demi anak2. Betul la tu, “PADAN MUKA”.

Si suami tu telajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan, tanggungla sendiri🤭🤭

Dampa Alai –Kemaruk sangat nak khawin orang muda, tak sdar diri dah separuh abad, padan muka, orang dah umur tu goyang kaki jer enjoy sana sini ha ha ha, dia masih mengendung anak kecik. Semoga sis bahagia bersama anak2.

Nor Hatizah –Ye, patut dalam usia tu dah berlapang masa untuk diri ke masjid or melancong atau buat hobi masa muda yang dulu2 mungkin tak dapat buat atau jalan makan2 bersama anak yang dewasa dan seskali bermain dengan cucu.

Bukan malam tido di ganggu anak nak susu dan
kamar tidur wangi tapi berbau macam2 aneka bau minyak angin or dari buangan si anak.

Diqq Rezally Said –Puan saya 💛🧡❤💕💕 sangat dengan semangat puan. Tiada satu pun rumahtngga yang tidak diuji cuma nye bentuk ujian itu mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah puan berjaya melalui nye dengan tabah semoga puan terus dianugerahkan kesabaran dn kekuatan yang luar biasa dari Allah SWT aamiin

Ahmad Thani –Sekiranya kita bercakap dalam skop yang kecil, YA penuh dengan emosi, hanya pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Boleh dilihat kepada komen2 yang dilontarkan.

Pertama, saya mahu jelaskan bahawa fitrah seorang lelaki sangat berlainan dengan perempuan, sangat2 berbeza. Allah maha mengetahui dan disebabkan hal itu Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih ramai.

Kedua, perempuan bersifat “dilindungi” dan sekiranya dia sukakan seorang lelaki, tiada apa yang boleh menghalangnya sekali pun perlu menjadi madu, dan perkara itu boleh dilihat dengan kesetiannya.

Ketiga, sunnah berkawin ramai ini bukan melihat kepada bilangannya tetapi perlu merujuk kepada keadilannya.

Alahamdulillah, saya kekal dengan seorang isteri, saya sering berdoa agar kekal bahagia, saya tidak mencari yang lain dn diharap tidak akan jumpa jodoh lain. Maaf diatas perbezaan pendapat.

Sumber : Kisah Rumah Tangga.

Kami doakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan. Buat para suami diluar sana, fikir fikir kan lah.

Yang baik itu kita jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Apa pula kata anda, kongsikan. Moga bermanfaat buat kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: Keluargabahagia

 

Lepas Dah Halal Masa Mlm Pertama Isteri Tido Dlm Bilik Air. Rupanya Isteri Tak Boleh Nk Tahan Dgn Apa Yg Suami Buat Kt Dia. Akhirnya Terbongkar Ini Yg Suami Dia Buat Sampai Dia Nekad Mlm Pertama Dlm Bilek Air.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Bini kedua ni selalunya perampas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dapat title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun.

So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorang dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja satu company yang sama.

Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari.

Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku ?

Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku.

Rasa skit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm.

Baik hati macam mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu.

Tapi tak sangka la tangkap cintan jugak diaorang berdua ni. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak.

Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(sekarang baru rasa kebongokkan dia) okay je bila madu aku buat macam tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada.

Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gaduh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan.

Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bongok sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni.

Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku.

Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak.

Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan.

Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2.

Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku. Aku tahu aku dah jadi isteri yang derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je.

Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu.

Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerlukan duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So incase diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?) Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku.

Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku.

Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni.

Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia.

Thankyou Ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak dilepaskan atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2.

Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya.

Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik.

Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi.

Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia.

Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya.

Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu.

Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt.

Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan.

Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan se-ksa perempuan macam bin-atang. Kalau kau yakin kau nak.

Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

P/S: Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan.

Jadidalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai.

Bahkan, ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara pasangan,”

Sumber : ceritaohsem / apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

“Isteri aku gemok, pakai kereta besar mcm badan dia. Satu hari dia bwk ‘hantu penanggal’ blk rumah,”

Published

on

By

Luahan ini telah dikongsikan di laman media sosial sebelum ini dan kini disiarkan untuk pengajaran buat semua.

Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan. Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga.

Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.

Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis nikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR.

Tapi kalau shopping, macam dirasuk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping. Kalau saya mti dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia.

Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.

Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa. Rumah tu dah macam gudang lipmatte.

Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam hantu. Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.

Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu. Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2.

Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2. Ya Allah semua dekat2. Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.

Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan. Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila.

Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia.

Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet. Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki.

Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2. Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je.

Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai. Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu. Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.

Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai. Ha kau, kotak besar Ikea.

Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa. Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..

Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut palsu. Setakat harini, dah 3 rambut palsu sampai dekat rumah.

Tadi gi dapur nampak rambut palsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantu penanggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak. Aku dan wife dah kahwin 12 tahun.

Mula-mula kawin,walaupun dua2 bekerja, hidup kami memang struggle. Lebih2 lagi masa tu dua2 tengah sambung belajar.

Dengan macam2 nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku takkan usik gaji wife aku.

Lebih2 lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas2, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri.

Rumah aku bayar full (takde kongsi2) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal2 lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada portion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit2 dan selebihnya dia simpan.

Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada ego, aku takkan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku rela naik motor pergi kerja.

Kalau motor pun takde minyak, aku lagi rela kayuh basikal. Bagi aku, as a gentleman, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih siket untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri.

Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarikat multinational. Gaji aku dah lima angka.

Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada continental. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama.

Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku. Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir.

Dan kalau nak beli benda yang besar2 atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi mngsa penipuan). Alhamdulillah dia faham kehendak aku.

Hari ini, bila aku imbas kembali saat2 susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas.

Jangan takut tiada duit, sebab rezki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha. Jangan bedal harta isteri.

Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku.

Bila senang tak semena2 ramai pula yang menggoda. Ada dara, dan ada yang janda. Masing2 sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut nafsu, memang tergoda. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak2 yang sihat dan comel2, dan aku sama sekali tidak akan berkompromi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah Gentleman. Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Sha Hana, Maaf ya..inilah confession yg paling win. Sangat2 kelakar. Encik memang berbakat menulis dan bertuah sebab wife pun berbakat dalam serba serbi. Saya doakan kebahagiaan dunia akhirat buat Encik & wife yg comey. Part wig tu memang menghiburkan.

Uyu Hadi, Happy baca luahan tt ni…. mungkin tt stress.. tp wife die x…. Abam tt… tu cara wife abam tt transfer perasaan excitement die bam…labur duit utk kepuasan hati sendiri… reward die pd diri sendiri.

Mungkin melampau pd abam tp emosi wanita ni subjektif bam.. untung abam.. wife abam x ‘ganggu’ abam dgn kehendak die. Syukur la bam… sbb bnyk wife kat luar ni yg bergantung dgn suami utk puaskan hati dan nafsu mata mereka.

yg mn rata2nya terperuk rasa sbb x dpt nk shopping kat kedai eco pun. Bagus wife abam hias deco rumah.. abam pun dok dlm rumah yg sama… mesti cantik selesa kan? Wife abam make up… bior ler bam… puas die conteng muka… diam la tu.

Puas die beli brg bnyk… lps ni slow la tu… setakat mn la sgt maksimum limit shopping die tu… mn la taw koleksi yg terlebih bnyk tu nnt blh buat die pikir beli banglo pulak utk space yg lebih luas ? Enjoy your life bam…. semoga bahagia hendaknya.

Indah Suhana, Weiii dlm bayk maslaah krt..yg ni paling win..saya suka..saya suka..weiii best laa baca ni. bini hang sama pesyeng dng perangai aku juga laa weii..jenis aku pun smaa..kku dan gila beli periuk beliii periuk smpai tak tau mna nk simpan..kku dan gila beli cadar ..beliiiiiiii sebuman tu smpi 15 set cadar tilam weiii…sebijiik smaa..

aku ingt aku ja pesyeng lagu ni..rupanyaaa ada juga lagu ni weiiu. tuan tanah weii biar pi kat dia laa dia nk beli apa pun..nnti.sampi.satu masa dia tak beli dah..lagi pun dia byk duit pakai duit sendiri ok laa tu..

untunglaa tuan tanah..beza aku lak pakai duit laki. sebb aku suri rumah..aku bagi cadahn kat tuan tanah..apa kata tuan tanah cucuk2 dia supaya dia gila beli baragkenas bagsawan pula..

mo klu dan dia gila beli emas nnti dia keja beli emas..bukan apa beli emas untung..tuan tanah cucuk2 dia supaya dia gila emas pula.

Tuan tanah oii..nak tau tak jenis gini kan mmg dia rasa bahagia tau .sbb aku oun camtu..bila dapt beli barg yg suka tu ya allah bahagianyaa hidup mmg ilamg stresss ..biar pi kat dia laa ..bahagia cara dia camtu.aku tau laa sbb aku jenis gini.sungguh pun

Sri Hana, Dia ada duit sdiri n dia mmpu biarlh dia happykn diri dia dgn cara dia.. akn sampai satu masa nnt yg dia akn bhnti.. shopping n perempuan berpisah tiada.. hobi yg setiap lelaki kna tahu.. as long as dia x susahkn tt dan bli pn guna duit sdiri biarkn aje.. yg pnting nafkah tt utk isteri tu yg tt perlu ambil berat.. jgn duk asyik kira duit bini je.

Mas Ibrahim, Seronok baca. Dapat bayangkan rumah anda mesti meriah ya… Walaupun lom ada anak.. In shaa Allah berkat doa dan nasihat tak henti2 tapi nasihat cara yg lembut tapi tegas…

In shaa Allah ada anak nanti dia akan berubah sikit2… Pada itu anda simpan la juga duit gaji anda sikit.. Utk masa depan anda dan keluarga… Suatu hari dia pasti berubah.. Caya la.

Liya Wana, Alamak sy paham perasaan wife tt ni huhuu aku setiap bulan ada budget tp setiap bulan jg laa budget tu blh buang tong sampah akibat tabiat hobi shopping ni. sekali shopping hrmone kegembiraan tu melonjak naik tau .

Biarkan dia sb duit dia, mesti isteri tt ada simpanan tu jgn risau psl tu. Tp tt jgn lupa bg nafkah yg sepatutnya dgn dia even gaji dia besar k. Till jannah

Suraya Azlin, Abg…kj bank ni stress dia bkn kaleng2 bang. Salah satu cara mmg soping…kalau x soping..bercuti kt hotel. Abg jgn bimbang kalau abg m4ti dia xd simpanan. Sbb pekerja2 bank ni tau mana nk campak2 duit dia ni.

Kalau x tau…bos2 dia akan paksa buat bang. Insha Allah. Busuk2 asb mmg kena ada. Wajib. Bhahahaha… biarlah bang. Bese org bank ni jarang kisahkan gaji pasngan masing2.

Jgnlah abg susah hati ckp gaji abg lg kecik dr dia. Banker ni…cuti pn kena hadap bos..hadap cust. So masing2 ada cara nak release stresss. Xpela..jgn risau ye.

Nisa Halim, Itu cara wife awak release stress. Lagipun guna duit dia kan? Saya pun ada perangai mcm ni jugak. Kita letih kerja. Rasa puas bila dpt beli apa kita nak.

Bukan dia membazir beli benda tak berfaedah pun. Org perempuan ni awak tak perlu risau la. Kitaorg ada bajet utk shopping dan ada wang simpan utk emergency dan masa depan.

Sakura Kimura, Biarlah dia tt tu tanda kebahagiaan dia.. tp kalau dh terlalu banyak kene ckp kat dia kene bersedekah tt cari kat youtube ceramah ustaz2 berkenaan nafsu perempuan nie ada banyak salah satunye nie la shopping brg2.

kalau brg banyak beli tp x gune khas utk simpan je.. nanti esk2 brg tu bley bawak masuk ke neraka.. so kene terangkan kat wife tt tu.. lainlah kalau isteri tt banyak sedekah tu saham akhirat.. try la.

Sha Zaza, Aduh seronok pulak aku baca kisah tt ni. Ok apa bini kau, takde la hidup menyusahkan ko. Cuma boros la. Tp dia guna duit dia. Semua ok kot.

Pndai serba serbi. Ingt senang ke nk jumpa perempuan macam tu. harap tt bersabar ye. Tunggu tema dia seterusnya yer. Aku doakan jodoh korang kekal bahagia hingga jannah . Amiin. Tapi yg bab rambut palsu tu. sumpah lawak beb.

Rahma Dania, Sy terhibur baca cite tt ni huhu, xtau nk bg pndapat cemane sbb dy beli seme tu guna duit dy…duit suami duit isteri,duit isteri tetap duit isteri…

suatu hukum dan hakikat yg seakan tidak dapat diterima pakai kebelakangan ni asbab trend isteri bekerjaya tp kene igat, hukum tetap hukum. Syarak tetap syarak yg tidak akan ditelan zaman.

Linda Lin, layankn ajerlah tt… as long as bini tu lyan elok.. masak, kemas n jaga tt tu elok… biaq lah bg dia happy … dah bini awk tu cara happy nya mcm tu… nk wat lagu mana… kang klu disekat … tt gak yg susah nti…

cuma bgtaulh lembut2… nk brbelanja tu boleh… tapi menyimpan utk masa depan itu perlu… mana tau kot2 ada masa2 kecemasan perlu duit… takdelh kelam kabut.

Miyu Hana, Awak kalau nak nasihat dia mungkin sukar sebab itu memang duit dia. Jalan yang terbaik ialah beri dia agama. Agama Islam larang pembaziran.. jadi kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri.

Bagi dia ilmu.. dengar kuliah agama sama2.. expecially bab beli barang yg tidak dipakai.. nanti ditanya Allah.. buat apa dengan duit yg dia dapat, berapa banyak yang disedekahkan, berapa banyak beli barang2 simpan..

dipersoal diakhirat kelak. Biar dia insaf dari ilmu yg dia dapat.. kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri. Kuatkan diri, hormaati diri sendiri insya Allah orang akan hormat awak. Niatkan kerana Allah.. pasti Allah akan tolong.

Riena Diana, Terhibur.. Kalau sy bekerjaya, sy rase sy pun mesti mcm ni.. Sy pun bsr jg..hahahahaha..Wife tt bahagia cara dia.. Itu cara dia release stress..Sementara xde komitmen anak..

Ni la masa Dia nk ‘enjoy’ slps penat lelah berhabis mase blaja dulu utk kejar cita² skng… Bersyukur jg tu, dia blanja guna duit sendiri, serba serbi pandai plk tu.. Lainla kalau dapur berulat, kain baju bergunung ganang..

Pengotor.. Tt x perlu stress.. Pasti ade ‘simpanan’ kira² yg wife tt dh rangka… Ikhlas sy doakan semoga tt dan wife berbahagia sehingga syurga dan dikurniakan anak soleh solehah.. Aamiin..

Intan Yahya, Sabar lah yer tt. Ni dulu perangai saya juga. Lama2 rumah dah jadi macam gudang. Terlalu banyak barang. Nak apa semua ada. Dari periuk, pinggan mangkuk, kain baju, kitchen organizer, electronic, tv setiap bilik,

kitchen gadget, alat2 membakar kuih, skin care, makeup, kalau sasa, sephora dan faceshop tu pantang jumpa, mesti beli berbakul2. Lama2 sekarang ni saya dah tak tau nak beli apa.

Kalau pi shopping pun hanya sekadar cuci mata. Dah hiilang nafsu nak membeli bila teringat kat rumah yg hanya ada 4 orang pun rasa sempit dgn barang.

Sumber : mediakl

Continue Reading

Trending