SEMAKIN mendapat perhatian, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Watie memberitahu dia juga pernah mendapat tawaran untuk berlakon dari syarikat Zeel Productions baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, hasrat tersebut terpaksa dilupakan atas permintaan suami sendiri.
“Shuib kata kalau buat review atau iklan boleh, tetapi tidak untuk sebarang program televisyen,” katanya kepada mStar.
Tambah Watie, anak tirinya iaitu Zhaira Talita Zahra, 9, juga memasang impian untuk beraksi di hadapan kamera. Meskipun pihak produksi bersetuju mengikut jadual namun Shuib menasihati supaya tidak menerima kerana tahu akan beban masa serta tenaga di lokasi.
“Talita memang nak sangat berlakon. Tetapi suami tak mahu biasa anak dengan dunia berlakon.
“Dia tahu bagaimana sibukya menjadi seorang pelakon dengan jadual di lokasi. Walau produksi setuju ikut jadual Talita, ayahnya tetap berkata tidak,” ujarnya.
Sementara itu Watie juga memberitahu dia kini
semakin membiasakan diri menjadi perhatian
ramai selepas bernikah dengan Shuib atau
Shahmira Muhamad, 39, pada 24 Jun lalu.
Biarpun ada segelintir yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka, Watie percaya apa yang lebih penting baginya adalah kegembiraan suami dan anak-anak.
“Tak kisahlah jika ada yang kurang suka dengan saya. Apa yang penting suami dan anak-anak suka. Saya tak boleh nak buat semua orang suka dengan saya.
“Saya pun malas nak fikir masalah lain. Lebih baik fokus kepada keluarga,” ujarnya. Untuk rekod Shuib juga memiliki tiga cahaya mata lain bersama Allahyaram Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.