Sedih itu memang sedihlah tapi saya pun tak tahu nak cakap.
Itu kata-kata penyanyi Ashira selepas usahanya mengumpul dana berjumlah RM30,000 untuk menyertai Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat pada Julai nanti mendapat kec4man hebat ntizen.
Menurut Ashira, 37, atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Aziz pada Ahad lalu, dia memerlukan wang sebanyak itu untuk persiapan dan perbelanjaan menyertai pertandingan itu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Bgaimanapun ia menjadi perdebatan dalam kalangan ntizen yang menyifatkannya sebagai membuang masa dan sebaiknya memikirkan untuk kelangsungan hidupnya.
” Kenapa dan apa yang marah sangat pada saya ini?”
” Biarlah orang nak kec4m apa yang saya buat. Mulut manusia mana boleh tutup. Itu bukan simpati namanya kerana kalau simpati tak perlulah cakap begitu.
” Banyak lagi cara seperti mesej terus di Instagram dan tanya saya apa cerita sebenarnya. Ini, tanpa tahu usul periksa terus kec4m dengan benda yang tak betul.
” Ada pula yang kata saya nak duit itu untuk pergi shopping (membeli-belah). Astagfirullahalazim.
” Takkanlah saya nak guna duit orang untuk ‘shopping’. Untuk apa?” katanya kepada HarianMetro.
Ashira sebaliknya meminta netizen bertanya secara elok menerusi mesej dan bukannya terus mengeluarkan kec4man di media sosial.
” Boleh kalau nak berkata-kata tapi kenalah tahu perkara dahulu. Ini tak, tahu-tahu terus h3ntam saya. Ada yang kata saya minta duit orang ramai.
” Bila masa saya buat begitu? Ceritanya, saya sering minta duit orang. Tak pernah lagi dalam hidup, saya minta duit dengan orang walaupun dalam akaun saya hanya ada RM10,” katanya.
Ashira berkata, jika betul dkwaan itu, setiap kali ditemubual dia pasti meminta media memasukkan sekali nombor akaunnya dalam artikel.
” Tiada pula saya buat begitu. Mereka sebenarnya tak faham jalan untuk saya cari dana ialah menerusi persatuan, pertubuhan, badan korporat ataupun individu yang memang khusus menaja untuk situasi ini.
” Saya tahu mereka tak faham tapi janganlah terus nak h3ntam begitu. Kan dah jadi perkara tak elok.
” Jadi tiba-tiba saya macam orang j.ahat pula, selalu minta duit orang dan tak fikir perasaan orang lain. Siapa yang tak fikir perasaan siapa sekarang?” katanya.
Menurutnya, masyarakat tidak tahu apa yang dilalui setiap hari dan susah payahnya melalui bidang seni.
” Ini impian saya dan minat saya. Bila kita minat sesuatu mestilah kita nak gapai. Ada yang kata, carilah duit sendiri. Memang saya cari sendirilah sekarang.
” Saya akui mental terganggu sekarang. Apa yang berlaku tak menghalang saya untuk cari dana walaupun saya tervk kena begini.
” Saya memang akan terus berusaha dan tak perlu putus asa kerana benda-benda begini,” katanya.
Isteri kepada penyanyi Bad Indigo ini berkata, dia akan terus berusaha namun reda sekiranya tiada rezeki ke Amerika Syarikat.
” Tapi dalam hati, saya tak nak putus asa kerana ini harapan orang yang pilih saya dan percaya bakat saya. Saya akan cuba sedaya upaya cari dana.
” Ada beberapa pihak yang mesej saya beritahu cara untuk itu. Ada peluang untuk saya ke sana.
” Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya yang mengakui sudah empat hari mengalami migrain akibat perkara ini.
Selain dirinya yang bertanding bagi kategori Vocal Senior, WCOPA turut disertai Pija Mentor, Thalia Rasul dan Erul Samah.
Antara penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di pertandingan WCOPA adalah Allahyarham Siti Sarah yang menyumbang tiga pingat emas untuk Malaysia.
Selain itu, penyanyi lain yang turut mencipta nama adalah Bob Yusof (lima emas), Asmidar (tiga emas, tiga perak dan dua gangsa) dan Aina Abdul (Vocalist of the World).
Sumber : hmetr0 / muzikjaIanan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.