Perkongsian terbaru di Instagram allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah membuatkan ramai netizen tersenyum dan hadir pelbagai spekulasi baru setelah pelakon, Wan Sharmilla dilihat makan bersama-sama anak arwah, Dzahira Talita Zahra.
Tak kekok keluar makan sama
Kemesraan yang ditunjukan telah mengundang usikan nakal dari mereka yang inginkan Shuib kembali berumah tangga dan menjadikan pelakon cantik itu ibu kepada anak-anaknya.
Walaupun pelawak tersebut tidak berada bersama-sama anak perempuannya, namun Talita atau Dekta tidak kekok berbual dengan Wan Sharmilla.
Terima kasih luangkan masa dengan aunty
Wan Sharmilla juga memuat naik gambar bersama Dekta serta ibu tiri allahyarham Siti Sarah dengan mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa seharian serta menghadiahkan serta menaja tudung jenama LOVETA buatnya.
Dalam kapyen yang disertakan juga pelakon drama Tujuh Hari Mencintaimu itu turut menyatakan yang dia sama seperti Dekta yang sudah tidak mempunyai ibu juga.
Bakal mummy baru ke tu?
Menjengah keruangan komen di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dengan mengatakan tekaan mereka benar selepas beberapa hari lepas tular video Dekta bersama seorang wanita misteri.
Ada juga yang mendoakan agar Wan Sharmilla untuk menjadi ibu kepada Dekta namun ia sekadar usikan nakal buat Shuib sahaja.
Sebelum ini, video Dekta memeluk seorang wanita dengan kapsyen ‘aunty kesayangan’ telah membuat pelbagai spekulasi berkaitan individu yang dikatakan sedang dekat dengan Shuib.
Alhamdulilah
.
.
Walau bagaimanapun, kapsyen yang berlegar di Instagram itu cuma sekadar konten berkaitan kerja dan hanya peminat sahaja yang menulis pelbagai andaian kerana mahu melihat pelawak tersebut mencari pengganti.
Sumber : kakiviraI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.