“Tak kan nak susukan dalam tandas?” Kak KM tak rasa bersalah susukan ank di tempat awam, sporting menari dengan adik beradik

GARA-GARA menyusukan anak di tempat awam, usahawan kosmetik kontroversi Liana Rosli atau Kak KM dikecam dan dianggap tidak menjaga adab sebagai wanita Muslim.
Menjelaskan perkara yang berlaku, Kak KM berkata, dia menyusukan anak bukan di hadapan orang ramai, malah menerusi video yang dikongsi itu tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.

“Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas?

“Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab,” katanya ketika dihubungi mStar.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.
Kak KM bersama suami dan anak-anak
Kak KM dan suami, Razman Ramli turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, dan Rania Razman, 12.

Belum reda isu menyusukan anak, Kak KM sekali lagi mencuri perhatian netizen kerana dilihat menari di hadapan sekumpulan lelaki yang dipercayai kawan-kawan suaminya.
Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab

Menjawab tentang perkara tersebut, Kak KM berkata, kesemua lelaki itu terdiri dalam kalangan ahli keluarga.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial.

“Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” jelasnya.
Sering menerima kecaman atas setiap tindakannya, Kak KM bagaimanapun tidak ambil peduli kerana baginya itu adalah salah satu strategi pemasaran dalam perniagaan.
Kak KM marah jika ada yang bercakap buruk tentang ibunya, Normah Damanhuri

Bagaimanapun, Kak KM juga meminta netizen tidak bercakap buruk tentang ibu dan ahli keluarganya yang lain.

“Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kecaman.
“Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan ‘sentuh’ ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya marah,” katanya.

Semalam, Kak KM telah membuka peluang kepada pengikutnya untuk bertanyakan soalan dan antara soalan ditanya adalah berkenaan dirinya menyusukan Cinta Carissa ketika majlis akikah anak keempatnya itu.

Dalam pada itu, ada juga netizen bertanyakan soal seorang rakan selebriti yang menegurnya tentang isu yang sama.

Biasalah kalau dah tak glamour, bila kau nak tumpang populariti Kak KM.. kesian, sedih!

Akibat dari posting Kak KM menyusukan di public itu, ramai netizen menegurnya dan tidak lupa juga penyanyi Liza Hanim yang merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku, sebaliknya wanita terbabit perlu menjaga kehormatan sebagai seorang wanita serta ibu.

Terdahulu,Usahawan kontroversi selamba susukan anak tempat awam, Liza Hanim tegur suruh jaga adab

TINDAKAN seorang usahawan kontroversi menyusukan anak di tempat awam secara terbuka mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ini termasuklah penyanyi Liza Hanim yang turut tertarik berkongsi pandangannya mengenai video tular yang dimuat naik oleh usahawan berkenaan di media sosial, baru-baru ini.

Kata Liza, 42, dia menyokong tindakan usahawan berkenaan memberikan susu badan, namun dalam masa sama haruslah menjaga kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat, baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak di khalayak dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya, namun sebagai seorang saudara di dalam Islam saya memohon tolonglah jaga adab ketika breastfeeding di tempat awam.

liza 1

Liza kongsi pandangannya di Instagram

“Saya sendiri menyusukan anak di mana-mana sahaja, malah pernah di tepi jalan di Kota Seoul (Korea Selatan) dan ya saya merakamkan gambar juga tetapi kita harus menjaga adab, aurat harus dijaga,” katanya tanpa menyebut nama usahawan berkenaan.

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini menulis pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair (tidak bertudung), either way jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu

Sebelum ini, tular rakaman video usahawan kontroversi Liana Rosli atau Kak KM menyusukan bayinya yang baru berusia dua bulan di sebuah restoran mewah.

Aksi bersahaja anak pelakon veteran Normah Damanhuri ini memberikan susu badan di tempat awam mengundang pelbagai kritikan daripada netizen kerana menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

liza 2

Liza tegur tindakan usahawan kontroversi susukan anak tempat awam.

Dalam pada itu, Liza berkata luahannya ini hanyalah sekadar pandangan sebagai seorang wanita dan bersuara mengenai isu ini sebagai ingatan dirinya sendiri.

sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *