Tindakan seorang pensyarah Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melampiaskan amarahnya kepada pelajar kelasnya kini menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Pensyarah marah pelajar masuk kelas ‘online’ pakai telefon. Dalam sorotan yang dikongsi oleh pengguna Twltter, memaparkan video tangkap layar pensyarah wanita berkenaan memarahi pelajarnya setelah mendapati dia menghadiri kelas ‘online’ menggunakan telefon.
Martabat golongan B40 direndahkan. Tidak dengan itu, pensyarah yang juga berpangkat Doktor itu juga akui tidak gemar bersekedudukan dengan golongan B40 kerana beranggapan mereka Iebih suka menghabiskan wang untuk kepentingan sendiri daripada pelajaran.
“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas… pergi jual gelang emas tu pergi bell komputer…”
“Kejap lagi aku nak ajar excel, sebab tu komputer tu sangat-sangat penting—Hanya RM800 sahaja bell komputer apa masalah kau?”
“Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran…”
“Pernah masuk kelas dia…” Bukan ingin menyelar, namun rata-rata netlzen kurang berkenaan dengan sikapnya berbuat demikian terhadap pelajar.
langkawi:ak la hlna B40. BaranPulak aku. Mentang-rnentang pangkat prof terus takde empati dgn student yg susah ye.
B40 bukan taknak fikir pasal pelajaran. T ada nak makan pun takde duit. inikan pula nak bell alat belajar.
bxshrimuhaiedin: as much as I hate this prof attitude. But still dah semester 5 takda laptop? Aku sendiri ada kawan yg fam susah. 1st sem je pinjam laptop member. pastu part time boleh bell laptop second. Ni dah 3rd year?
Melihat diruang twltter ada memuat naik surat dari pihat uitm berkenaan lsu ini yang dikongsikan nama akaun :smffbmawesome.
Tindakan seorang pensyarah berpangkat Profesor Doktor TS. (Teknologis Profesional) dari universiti awam yang dikatakan merendahkan martabat seorang pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tular di media sosial dan menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya.
Harus dikenakan tindakan tatatertib
Menerusi video yang tular tersebut, pensyarah tersebut dilihat kurang senang dengan tindakan seorang pelajar yang dikatakan tidak mempunyai komputer ketika mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Pada mulanya pelajar ini menjawab soalan sebelum dia (pelajar) diajukan dengan satu soalan yang lain.
Bagaimanapun, pelajar ini menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai komputer riba dan ibunya sudah meninggal dunia serta ayahnya tidak mempunyai kerja.
Kau pakai apa? Pakai phone eh? Mana kau punya komputer. Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas pergi jual dan pergi beli komputer.
Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, ia lebih memikirkan benda lain.
Susulan daripada video tular itu, Mahasiswa Keadilan Malaysia menerusi satu kenyataan menyeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjalankan siasatan tindakan tatatertib terhadap pensyarah berkenaan.
Hal ini bagi memberi pengajaran kepada ahli akademik mahupun sesiapa sahaja dalam menghayati erti kemanusiaan.
Sungguhpun kami merasakan bahawa pensyarah itu mengherdik kerana keperluan kursus untuk memiliki komputer riba, tetapi merendahkan-rendahkan pelajar tersebut setelah dia mengatakan keadaan keluarganya yang tidak berkemampuan adalah tidak boleh diterima dan jelas bersikap angkuh.
Sumber: Mahasiswa Keadilan Malaysia
Reaksi netizan
Kalau aku cakap aku sokong Prof tu boleh ? Aku setuju dgn kiasan-kiasan dia betapa pentingnya ilmu melebihi segala2-galanya. Point utama sebab dia sebut semester kelima masih belum memiliki laptop. Cuma ayat2 lain yg dituturkan bukan semua org boleh terima. Macam aku insyaAllah boleh hadap. Aku anggap tu antara pembakar semangat seorang cikgu pada anak muridnya. Cuma kalau yg jenis sensitif bahkan betul2 anak orang susah, bnda tu agak susah diorang nak terima.
Akhi Firdaus Juga Memberi Pandangan Tentang Isu Ini
Prof : Cakap dengan tunggul. Berapa jawapan dia? Negatif? (Rujuk nota di hujung posting pasal perlian)
Pelajar : 0.07. (bunyi bising)
Prof : Kau pakai apa? Kau pakai phone ek?
Pelajar : Ya prof.
Prof : Mana kau punya komputer?
Pelajar : Aaaa.. Saya tak ada komputer prof.
Prof : Engkau tinggal kat mana?
Pelajar : Seremban.
Prof : Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?
Pelajar : Tak kerja prof.
Prof : Mak kau kerja apa?
Pelajar : Tak ada dah Prof.
Prof : Mak kau dah tak ada, bapak kau dah tak kerja.
Pelajar : Ya prof.
Prof : Kau tak ada adik beradik?
Pelajar : Ada prof.
Prof : Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual kat gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu, kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer.
Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana kau tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell. Pasal tu kau akan menjadi drop out student.
Semester 5 kau tak ada komputer. Aku aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 je pakaian, the most important is the computer is very very important for me.
Hanya 800 sahaja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya! Dia lebih memikirkan pasal lain dari pembelajaran.
Ok kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku taknak tengok lagi dah.
**********
? Sepatutnya..
Prof : Aku faham situasi yang kau alami. Tapi sekarang kau dah semester 5. Aku akan ajar kau Excell nanti. Kalau drop out semester ni susahlah.
Macam ni, mari aku bagi cadangan. Kau kata tadi ada adik beradik kan. Cuba tanya abang ke, kakak kau ke, boleh tak pinjam duit nak beli komputer. Komputer harga 800 dah boleh dapat dah. Nanti dah kerja, dah senang, ganti semula duit mereka.
Tapi kalau adik beradik kau tak mampu juga, mesej aku secara personal ok. Aku ikhtiarkan untuk bantu kau dapatkan laptop. Bukan untuk kau sahaja, tapi pelajar yang lain juga.
Aku taknak lagi wujud stigma dalam masyarakat judge sekian-sekian golongan sebagai malas belajar, atau asyik fikir masalah yang lain je. Tak kisahlah kau B40 ke apa, yang penting kau orang ada keinginan nak belajar dan majukan diri.
Nak berjaya ni bukan senang. Macam-macam kesusahan yang akan kau lalui. Tapi inshaallah berkat usaha dan doa, Allah akan mudahkan urusan kau orang. Bila berjaya nanti, dah ada PHD, jadi Prof ke apa, jangan jadi sombong dan menongkat langit. Kenang semula waktu kau susah dulu.
Aku ni dah tua. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa ni. Jadi, waktu hidup ni at least aku dapat bantu student aku sendiri. Moga jadi amal jariah di akhirat kelak.
***************
Nota kaki :
Petikan dari artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berkaitan sukhriyyah (sarcasm) :
“Kita hidup dalam budaya penuh kecelaan lisan. Dalam kebaikan pun, kita bersulam āfāt al-lisān (kecelaan lisan).
Hingga hendak mengajak kepada kebaikan pun kita menyindir.
Sarcasm.
Kita sudah tidak percaya kepada ajakan secara direct. Kita anggap direct itu tidak berkesan kepada ‘orang bawahan’, atau terlalu sukar lagi melukakan untuk ‘orang yang lebih atas’. Kita gerun dengan jari yang luka di tangan, tetapi kita tidak gerun dengan kanser yang membunuh dari dalam. Teguran direct mungkin agak melukakan seperti lukanya jari. Tetapi al-sukhriyyah (sindiran) membenihkan dendam yang membunuh dari dalam.
Menggunakan pendekatan menyindir tidak mendorong anak murid untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mereka bengang, panas telinga, berdendam, bukan sebab sindiran kita tidak cukup ‘power’ untuk ‘sentap’ dan ‘makan dalam’, tetapi sebab formula itu DILARANG TUHAN. Ia bukan bahasa yang Allah restu, tidak kiralah sedalam mana pun budaya itu sudah berakar umbi di dalam budaya kita.”
Sumber : Redaksl / layanduIu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.