PROGRAM Sepahtu Reunion yang berlangsung pada malam Jumaat bertukar kecoh apabila pengarah Datuk Yusof Haslam membuat kejutan dengan tampil sebagai cameo dalam program berkenaan.
Apa yang membuatkan peminat bersorak, bekas menantunya iaitu Puteri Sarah turut diundang sebagai artis jemputan dalam program sehingga pelakon it sendiri terkejut dengan kemunculan Yusof di atas pentas.
Lebih menghiburkan apabila Yusof, 69, secara berseloroh memberitahu kepada Jep dan Rahim bahawa Puteri Sarah kini berstatus janda. Yusof berkata, sejak Puteri Sarah bercerai dengan anaknya iaitu Syamsul Yusof, ramai individu mencuba nasib menawan hatinya.
“Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap. Dia menantu aku. “Aku sedar sejak menantu aku menjanda, ramai nak try, katanya.
Potongan babak daripada persembahan komedi itu juga banyak dimuat naik di laman sosial dan mendapat reaksi positif penonton yang memberitahu terhibur dengan aksi Yusof yang sudah lama tidak berlakon.
Selain itu, Yusof sekali lagi berseloroh dengan mengangkat tongkatnya kepada Rahim dan Jep seperti ingin memukul mereka. “Kau nampak ni (tongkat), haa aku belangkong (pukul) karang.
“Kau tak layak jadi menantu aku. Jangan cuba.Dia baru lagi, tidak manis. Awak (Jep) ada bini kan? Sedar diri” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengagumi tindakan Yusof yang mempertahankan bekas menantunya itu semasa siaran langsung tersebut.
Sebelum ini, Sarah mendedahkan identiti pemilik gambar tangan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini ialah pelakon Indonesia dikenali, Andi Arsyil Rahman, 36.
Puteri Sarah berkata, lelaki berkenaan juga adalah rakan kongsi perniagaannya yang kini dijalankan di negara jiran itu dan secara tidak langsung membuatkan mereka rapat dan saling mengenali antara satu sama lain.
“Namanya, Andi Arsyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi, sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung kerana dia berhasrat meluaskan bisnes itu di Malaysia.
“Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaannya.
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.