Ada pula khabar angin yang mengatakan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebenarnya sudah bernikah yang majlis tersebut telah berlangsung malam tadi. Pulak dah, biar betul ni?
Menurut laporan Harian Metro, pengurus kepada Mimi Lana iaitu Iman Tang tampil menafikan dakwaan itu dan perjelas bahawa pembatalan majlis pernikahan itu disebabkan kekangan kerja Mimi yang kini terikat dengan satu penggambaran drama.
Bukan malam ini. Tak percaya pergilah di Puncak Rimba, Bentong, Pahang (lokasi pernikahan) sekarang. Apa yang boleh saya kongsi satu tarikh baharu akan dimaklumkan nanti.
Menurut Iman Tang lagi, dakwaan yang mengatakan bahawa pasangan itu menghadapi krisis peribadi juga bukanlah penyebab majlis yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini dibatalkan.
Saya ingin tegaskan hubungan mereka baik-baik saja. Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.
Apapun doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.