Semasa

Susulan PU Rahmat Komen Pasal Kamal & Uqasha,skali Pengarah Terkenal Micheal Ang Bersuara,Marah Betul Dia

Pengarah dan pelakon Michael Ang tampil mempertahankan tindakan pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung di Anugerah MeleTOP Era (AME2020) pada Ahad lalu.

Kata Michael, apa yang dilakukan Kamal adalah untuk menghalalkan hubungan cinta mereka.

Pemilik nama Michael Ang Hai Swee turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan Pencetus Ummah (PU) yang mengulas tentang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

“Bagi saya ‘sweet’. Sekurang-kurangnya Kamal ajak Uqasha bina masjid. Bukan ajak buat maksiat.

“Saya tak faham dengan PU ni. Cepat saja nak komen pasal artis. Sebab apa? Nak cepat popular.

“Tetapi kalau bab-bab seangkatan korang, senyap ja. Pasal ustaz ke PU tunjuk bebird tu.

“Pasal cerai isteri masa mengandung. Yang pasal kena dituduh kes rogol. Tak faham aku kenapa eh?

“Kalau nak popular, buat benda baik contoh Ustaz Ebit Lew. Bukan setakat dikenali, malah orang sanjung lagi,” katanya menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram (IG).

Dalam pada itu, Michael mendedahkan dia menerima komen carutan daripada segelintir netizen yang mendakwa apa yang terjadi akibat Kamal dan Uqasha berkawan dengannya.

“Yang netizen ini saya tak faham. Hantar direct message (DM) lepastu carut saya. Inilah jadi bila orang Melayu kawan dengan orang Cina.

“Eh ingat saya ajar semua benda ni? Tak kisah nak kata saya pertahankan Kamal dan Uqasha sebab mereka geng saya. Tetapi memang saya rasa PU suka tumpang populariti,” katanya lagi.

Terdahulu, PU Rahmat Ikhsan menegur trend masa kini iaitu melamar secara terang-terangan melibatkan ramai khalayak.

Menurut PU Rahmat ada beberapa sebab Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita di restoran atau pentas.- Gempak

Terdahulu..

“Romantiklah Dengan Syariat, Insya-Allah Berkat” – PU Rahmat Tegur Trend Melamar Secara Terang-Terangan


Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menegur trend masa kini iaitu melamar secara terang-terangan melibatkan ramai khalayak.

PU Rahmat menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya pada Isnin meminta pembaca memahami teguran dan nasihatnya.

Menurut PU Rahmat ada beberapa sebab Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita secara terang-terangan di restoran atau di pentas.

Antaranya menyebabkan rasa serba salah kepada wanita dilamar dan boleh mendatangkan aib kepada lelaki sekiranya lamaran ditolak.

“Hanya sedikit nasihat saya yang memahami sedikit hukum islam.

“Kenapa islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahupun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki.

Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran.

Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.

Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.

2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai “nilai dan jiwa” dua keluarga.

“Ya, saya tahu ada yan tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah,” tulisnya.

Dalam pada itu PU Rahmat turut berpesan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan trend barat yang penuh dengan kelompongan.

PU Rahmat juga menyatakan rasa gembira atas kejayaan Kamal Adli melamar Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagian mereka.

“Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

“Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

“Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.

“Romantiklah dengan syariat , InsyaAllah berkat.

“Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengeca . Saya menerangkan bukan menyerang,” katanya mengakhiri penulisan.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *