Tanpa mengira negara, kini terdapat ribuan content creator yang beralih kepada profesion sebagai Mukbanger kerana kandungan berkaitan makanan amat mudah untuk menarik perhatian netizen.
Asalnya, mukbang adalah trend yang bermula di Korea Selatan menyaksikan seseorang akan merakam video saat menelan makanan tertentu dengan menonjolkan reaksi wajah mereka.
Masing-masingnya tampil dengan konsep berbeza termasuklah bagi wanita bergelar Hamzy Mukbang ini.
Lihat siaran ini di Instagram
Selalu masak lauk sendiri dalam dapur yang fancy dengan banyak perkakas masak unik
Kalau Mukbanger lain mungkin lebih banyak membeli makanan di luar, namun Hamzy pula boleh dikatakan sering memasak sendiri lauknya. Bahkan dalam kebanyakan video, jelas terlihat ruangan dapur bersaiz sederhana miliknya penuh dengan stok makanan serta perkakas masakan unik yang tersusun sempurna.
Paling melucukan, anjingnya yang berwarna hitam juga gemar mengikutnya ke mana sahaja saat dia berjalan di dalam rumah.

Telan makanan mendidih yang masih panas
Selain itu juga, Hamzy juga dilihat kerap menelan makanan ketika ia masih berasap atau mendidih di dalam mangkuk.
Banyak menjamu makanan tradisi popular Korea, pastinya ada yang terfikir sejenak bagaimanakah lidahnya mampu menahan sensasi panas tersebut, kan?
Di sebalik popularitinya, pernahkah anda tertanya-tanya tentang jumlah pendapatan atau hasil yang diraihnya apabila membuat video mukbang sedemikian rupa?
Anggaran kasar pendapatan Hamzy mencapai RM1 juta sebulan
Melalui data anggaran yang dikongsikan oleh portal startat serta Koreaboo, siapa mendvga Hamzy mampu meraih pendapatan sekitar 261.5 juta won iaitu bersamaan dengan RM930,307 sebulan mengikut tontonan yang diraih.
Pun begitu, ia hanyalah jangkaan kasar yang dibuat malahan melalui laporan networthspot sendiri, keuntungan Mukbanger ini sebenarnya mencapai nilai lebih RM15 juta setahun.
Antara komen dari netizen
“aq teringin nak mcm dapur dia..buka almari je..penuh mkana kering..peti sejuk penuh mkanan basah segala pekakas dapur lengkap..huiiiiii
“Suka tengok dia ni..x payah gedik2 pun boleh buat duit..masak lepastu makan..stok makanan dia banyak..
“Yang penting dia mkan xbrcakap lgsung pun….pndai jgk dia jga adab2 dia….org melayu kita byk je buat live smbil mkn malah rancak bersembang dengan nasi penuh dalam mulut,..
“Zaman dulu makan sampai berbunyi org cakap x elok, x ada adab. Tpi zaman sekarang, boleh buat duit. Siap letak microphone nak bagi dengar bunyi tu.
“Sy suka tgk dia mkn.. wlau die telan pnas2.. tp xde bunyi yg annoying mcm mukbang lain ad bunyi cup cap..cup..cap tu.1 lg die msak pn bersih dan teratur..
Sumber : dnq / koIeksiviraI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.