Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, nampaknya terus menjadi sasaran segelintir netizen yang kurang senang dengan hubungan baik dan rapat di antaranya dengan bekas bapa mentua, Datuk Yusof Haslam.
Apatah lagi, dengan video kejutan kemunculan Yusof sebagai ‘cameo’ dalam program Sepahtu Reunion Live yang turut membabitkan Puteri Sarah minggu lalu mengundang tular di media sosial apabila rata-rata warga maya sebak menontonnya.
Bagaimanapun, Puteri Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TkTok baru-baru ini mendapat komen daripada netizen yang meminta dia menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan isteri Syamsul, Ira Kazar.
“Kau sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah,” tulis individu itu di ruangan komen.
Tidak berdiam diri, Puteri Sarah yang juga ibu tunggal dua anak membalas komen individu terbabit dengan memintanya membuang sedikit perasaan busuk hati yang ada dalam diri.
“Haha adoi…buang sikit busuk hati tu dik,” balas Puteri Sarah sambil ketawa.
Bukan itu saja, pelakon drama Hijrah Jannah itu juga mendapat komen yang mendakwa dirinya tidak memasak di rumah berbanding Ira yang kini sering berkongsi menu masakannya di media sosial.
Menjawab mengenai dakwaan itu, Puteri Sarah berkata sebagai ibu yang mempuyai anak sudah pasti dia kena memasak juga di rumah setiap hari.
“Kalau ada anak, memang hari-hari kena masak. Takkan nak bagi anak lapar,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof, 39, pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Namun, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.
Syamsul bagaimanapun sudah berkahwin kali kedua dengan Ira yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi pada 6 Januari lalu di Thailand.
Sumber : Harianmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.