Keluarga

Suami sudah tua, tiba2 nak kahwin dgn pucuk muda. Aku izinkan tapi Bila tiba giliran aku untuk bersama, ini reaksi suami

Foto sekadar hiasan

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Sepertimana kita semua sedia maklum, alam rumah tangga semestinya tidak lari daripada menerima ujian. Baik di awal perkahwinan mahupun selepas berpuluh tahun mendirikan rumahtangga.

Isu suami ingin kahwin dengan wanita muda bukanlah perkara baru yang kita dengar dalam masyarakat kitan. Menerusi laman KRT seorang wanita yang sudah berkahwin hampir 30 tahun berkongsi kisah suaminya yang berkahwin dengan wanita muda.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah mendapat 15k tanda like dan 1.3k share. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum. Saya sudah berkawin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan.

Dari mula perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi biasa, ditelan dan dilalui dengan sabar. Hidup susah, serba tidak cukup itu berjaya di lalui dengan beribu ribu kecekalan hati.

Sebab tiada satu pun alam rumahtangga itu yang tidak di uji. Bertahan demi anak2. Hati jadi kuat kerana anak anak.

Sehingga lah hidup mulia berubah selesa. Senang dari hidup yang dahulu, muncul orang ketiga yang lebih muda dan manja.

Pada awalnye memang berasa sangat sedih kecewa dan putus asa. Tapi bila segala usaha untuk menghalang hubungan mereka tidak berjaya, hati ni jadi semakin rase redha, semakin tawar dan hanya fokus pada anak2.

Pernah juge menasihati suami,

“Anak2 dah besar, semue melangkah kaki ke universiti, alhamdulillah semue anak2 baik sikap dan bahasa. Ape awak nak lagi?”.

Dia just menjawap, perempuan yang baru ni buat die merasa muda dan ceria. Dan suami pula memang menginginkan anak perempuan, memandangkan anak dengan saya semua lelaki.

Isteri mana lah yang tak sedih, tapi sebab malas nak memanjangkan masalah, dan dengan usia menghampiri 50 ni, bukan masa lagi untuk berduka lara.

Saya izinkan, anak2 semue dah besar, suami pulak dah ade perempuan lain yang jaga. Ahamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang.

Banyak perkara berfaedah saya bole buat, dari join kelas agama, kelas zumba dan bole buat rawatan kulit dan muka.

Dah hampir 3 tahun suami beristeri baru, hidup huru hara melayan kerenah isteri baru, bergaduh, anak2 meragam, berjaga tengah malam.

Dengan usia se tua itu sepatut nye dapat berehat, sekarang masih mengendong anak kecil. Melayan rajuk si muda.

Bila tiba giliran balik kerumah saya, suami mengadu. Sakit sane sini. Dalam hati saya bercakap, ‘PADAN MUKA’.

Orang yang tak tau bersyukur memang patut dapat balasan.😁👍

Reaksi warganet

Tinjaun di ruangan komen, kebanyakkan pembaca kagum dengan kecekalan si isteri dan menentang tindakan si suami yang sudah berusia tapi masih mahu menikahi wanita muda. Lihat apa kata mereka.

Filz Filzah –Tu lah. Patutnya dah umur umur begitu dah boleh honeymoon berdua dengan isteri, pegi masjid bersama, jalan2, happy2 berdua, sebab anak2 dah besar, banyak masa untuk di luangkan bersama.

Masa muda dulu sibuk keje, dan anak2 kecik kan. Sekarang, back to masa anak dia kecik balik. Yang bahagia dan happy, makcik.

Well done makcik..👍 Just focus on ur self, ignore them.

To pakcik, PADAN MUKA. Sendiri carik penyakit. Tanggung lah sendiri..😂😂

De Mie –Alahamdullilah, bangga saya dengan cerita puan. Cekal tabah redha semua demi anak2. Betul la tu, “PADAN MUKA”.

Si suami tu telajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan, tanggungla sendiri🤭🤭

Dampa Alai –Kemaruk sangat nak khawin orang muda, tak sdar diri dah separuh abad, padan muka, orang dah umur tu goyang kaki jer enjoy sana sini ha ha ha, dia masih mengendung anak kecik. Semoga sis bahagia bersama anak2.

Nor Hatizah –Ye, patut dalam usia tu dah berlapang masa untuk diri ke masjid or melancong atau buat hobi masa muda yang dulu2 mungkin tak dapat buat atau jalan makan2 bersama anak yang dewasa dan seskali bermain dengan cucu.

Bukan malam tido di ganggu anak nak susu dan
kamar tidur wangi tapi berbau macam2 aneka bau minyak angin or dari buangan si anak.

Diqq Rezally Said –Puan saya 💛🧡❤💕💕 sangat dengan semangat puan. Tiada satu pun rumahtngga yang tidak diuji cuma nye bentuk ujian itu mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah puan berjaya melalui nye dengan tabah semoga puan terus dianugerahkan kesabaran dn kekuatan yang luar biasa dari Allah SWT aamiin

Ahmad Thani –Sekiranya kita bercakap dalam skop yang kecil, YA penuh dengan emosi, hanya pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Boleh dilihat kepada komen2 yang dilontarkan.

Pertama, saya mahu jelaskan bahawa fitrah seorang lelaki sangat berlainan dengan perempuan, sangat2 berbeza. Allah maha mengetahui dan disebabkan hal itu Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih ramai.

Kedua, perempuan bersifat “dilindungi” dan sekiranya dia sukakan seorang lelaki, tiada apa yang boleh menghalangnya sekali pun perlu menjadi madu, dan perkara itu boleh dilihat dengan kesetiannya.

Ketiga, sunnah berkawin ramai ini bukan melihat kepada bilangannya tetapi perlu merujuk kepada keadilannya.

Alahamdulillah, saya kekal dengan seorang isteri, saya sering berdoa agar kekal bahagia, saya tidak mencari yang lain dn diharap tidak akan jumpa jodoh lain. Maaf diatas perbezaan pendapat.

Sumber : Kisah Rumah Tangga.

Kami doakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan. Buat para suami diluar sana, fikir fikir kan lah.

Yang baik itu kita jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Apa pula kata anda, kongsikan. Moga bermanfaat buat kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: Keluargabahagia

 

Lepas Dah Halal Masa Mlm Pertama Isteri Tido Dlm Bilik Air. Rupanya Isteri Tak Boleh Nk Tahan Dgn Apa Yg Suami Buat Kt Dia. Akhirnya Terbongkar Ini Yg Suami Dia Buat Sampai Dia Nekad Mlm Pertama Dlm Bilek Air.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Bini kedua ni selalunya perampas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dapat title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun.

So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorang dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja satu company yang sama.

Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari.

Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku ?

Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku.

Rasa skit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm.

Baik hati macam mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu.

Tapi tak sangka la tangkap cintan jugak diaorang berdua ni. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak.

Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(sekarang baru rasa kebongokkan dia) okay je bila madu aku buat macam tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada.

Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gaduh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan.

Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bongok sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni.

Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku.

Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak.

Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan.

Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2.

Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku. Aku tahu aku dah jadi isteri yang derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je.

Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu.

Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerlukan duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So incase diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?) Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku.

Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku.

Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni.

Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia.

Thankyou Ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak dilepaskan atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2.

Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya.

Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik.

Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi.

Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia.

Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya.

Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu.

Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt.

Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan.

Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan se-ksa perempuan macam bin-atang. Kalau kau yakin kau nak.

Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

P/S: Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan.

Jadidalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai.

Bahkan, ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara pasangan,”

Sumber : ceritaohsem / apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *