“Suami pun salah jugekkkk sebab curang” jangan terus s3rang orang ke 3 Nur Fazura Bersuara pasal penyondol

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil menyuarakan pendapat mengenai isu hangat membabitkan orang ketiga dalam sesebuah perkahwinan.

Dia yang kini sedang berjinak semula dalam dunia lakonan memilih untuk membawa watak yang memperkasakan golongan wanita di luar sana yang mengalami masalah.

Ramai mesej DM kongsi masalah pada saya dan tanya macam mana nak berhadapan masalah dengan suami dan sebagainya yang mendorong saya untuk bantu nak naikkan semangat wanita-wanita ini.

Sekarang banyak isu penyondol, tapi macam mana wanita terbabit nak melaluinya. Jadi mungkin saya boleh mendidik dan bimbing mereka di luar sana agar kita kena bermaruah walaupun saya akui tidak tahu bagaimana isteri-isteri ini rasa dan pengalaman mereka.

Fazura juga dalam pada itu berdoa agar rumah tangganya tidak diuji dengan dugaan seperti itu dan yang paling penting, tidak hanya wanita yang perlu dipersalahkan.

Saya fikir seorang wanita kalau suami buat hal (curang), mudahan Fattah tak selingkuh, namun yang paling penting kita tidak boleh salahkan wanita saja.

Jika pasangan kita pun melayan, ia akan jadi juga. Oleh itu, wanita di luar sana kalau menghadapi masalah suami curang, jangan lantang sangat bersuara, buka aib orang, buka aib sendiri, awak mesti bermaruah.

Kalau suami layan, takkan nak terus pergi serang wanita terbabit saja, kita kena salahkan suami juga. Bagi saya, kena ada sifat bermaruah untuk diri sendiri itu yang penting.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *