“Suami orang bersentuhan dengan istri orang. Walaupun dengan suntikan IsIamik, tetap haram ya

SEJAK akhir-akhir ini ramai selebriti tanah air suka beri teguran pedas dalam media sosial, salah seorang daripadanya adalah Abby Abadi.

Luah Abby dalam InstaStory, dia kecewa melihat drama-drama yang ditayangkan pada hari Maulidur Rasul baru-baru ini tidak menjaga batas antara pelakon wanita dan lelaki.

TANGKAP layar hantaran InstaStory luahan rasa kecewa Abby terhadap paparan dalam drama yang ditayang pada hari Maulidur Rasul baru-baru ini.

“Drama-drama dalam televisyen tetap tidak berubah. Katanya disiarkan sempena Maulidur Rasul tetapi masih dengan kemaksiatan berleluasa.

“Suami orang bersentuhan dengan isteri orang. Walaupun dengan suntikan Islamik, tetap haram ya. 

“Sedih sebagai umat Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Fuh! Boleh tahan pedas komen bekas isteri Norman Hakim itu tetapi masuk akallah apa yang hendak disampaikan.

Biarlah drama ditayangkan bersesuian mengikut sambutan yang hendak diraikan. Janganlah menggunakan agama tetapi kandungannya penuh dengan perkara dilarang Tuhan.

Eh! Diva pula sudah seperti ustazah ya, tetapi hanya nasihat semata-mata.

Sumber : hibglam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *