Connect with us

Hiburan

Suami Nak Kahwin Lain Ini Sebabnya Buat ramai Terkejut. Nia Ramadhani

Published

on

Pasangan selebriti Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah mendirikan rumah tangga selama sepuluh tahun.

Namun baru-baru ini, agak mengejutkan apabila Ardi memberi bayangan untuk mencari isteri kedua.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan Nia marah, malah aktres jelita itu dengan selamba bertanya suaminya tentang ciri-ciri idaman pada wanita lain yang diinginkan.

Bagi Nia, seseorang wanita hanya perlu percaya dan yakin dengan diri sendiri dalam melayari rumah tangga.

“Sebagai wanita, kita hanya perlu percaya pada diri sendiri terutamanya apabila bergelar seorang isteri, kita harus yakin dengan diri sendiri tanpa perlu memikirkan tentang wanita lain,” katanya.

Sekadar info, Nia dan Ardi mendirikan rumah tangga pada 1 April 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Nia dan Ardi juga dilihat sebagai pasangan romantis yang sering berkongsi momen manis di media sosial.

APA sahaja yang dilakukan pelakon cantik dari Indonesia, Nia Ramadhani pastinya menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Nia menerusi sebuah temubual bersama program Ngopi D@ra mendedahkan sudah hampir berbelas tahun dia tidak pernah melakukan kerja rumah mahupun tugasan harian termasuk mencuci pinggan mangkuk.

Menurut Nia, dia sudah hampir 17 tahun tidak pernah ke dapur untuk mencuci pinggan kerana semua itu dilakukan pembantu rumahnya.

“Saya teringin nak tengok Nia Ramadhani mencuci piring.

“Oh ya, alang-alang dah bercakap soal ini, bila kali terakhir kamu mencuci pinggan ya?” soal Jessica.

Kerja rumah sebelum ini diuruskan pembantu Nia Ramadhani.

“Saya kahwin pun dah hampir 10 tahun… Sewaktu saya berusia 12 tahun.

“Eh tidak… semasa baru lahirkan anak sebelum ini saya pernah ajar pembantu untuk cuci pinggan,” jawab Nia.

Nia menjelaskan perkara itu gara-gara pengacara program berkenaan dikenali sebagai Jessica Iskandar yang mencabar Nia untuk membasuh pinggan mangkuk di set penggambaran berkenaan.

Dalam pada itu, Nia tanpa berfikir panjang menyahut cabaran mencuci pinggan yang diberikan kepadanya.

Malah, aksi dia mencuci pinggan di studio itu turut mencuit hati penonton apabila selamba mencuci pinggan tanpa mengenakan sarung tangan yang diberikan padanya.

Sumber : Liputan6

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Hiburan

Kini gigih jual apam dirumah sebab tiada tawaran berlakon, ini jawapan Izreen Azminda

Published

on

By

Pelakon yang pernah dihimpit kontroversi panas suatu ketika dahulu, Izreen Azminda akui kini gigih menjual apam yang dihasilkan sendiri di rumah sebagai salah satu punca pendapatannya.

Menurutnya lagi, dia sudah lama mengusahakan perniagaan apam itu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu.

Namun, Izreen menyangkal spekulasi bahawa usaha yang dilakukan itu kini bukanlah disebabkan dia berada dalam situasi terdesak kerana tiada tawaran untuk berlakon.

“Saya memang dah kaya (bergurau). Bukan begitu. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya reti buat apam, jadi saya teruskan sahajalah. Kalau saya jual apam pun,

saya tak kacau duit orang. Saya dah tak takut dengan apa orang nak kata saya ni jual apam sebab tak ada job, bila duit hari-hari masuk, jadi seronok pula,”

Ujarnya lagi, dia kini menerima tempahan membuat apam sehingga 400 biji sehari. Malah, Izreen kini sudah ada pekerja untuk membantu dirinya menguruskan perniagaan dari rumah itu.

Menceritakan bagaimana terhasilnya idea untuk mengusahakan perniagaan menjual apam, dia menjelaskan semuanya bermula setelah menerima respon positif daripada ahli keluarganya.

 

“Asalnya, bila saya buat apam, suami kata sedap, mak mentua kata sedap, jadi saya teruskan. Belajar buat sendiri saja, ambil idea daripada kawan-kawan, lepas tu saya praktik sendiri.

Jadi setiap hari rutin saya bangun pagi buat apa. Walaupun penat tapi seronok sebab kerja di rumah boleh tengok anak-anak depan mata,”

Pelakon berbakat ini turut mendedahkan dia boleh memperoleh untung jualan hampir RM1,000 sehari hasil perniagaannya itu.

Dia turut mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana terikat dengan komitmen sebagai ibu dan isteri di rumah dan kini, sebagai pengusaha apam berjaya.

Sumber : Beautlfulnara

Continue Reading

Hiburan

D0akan M0mmy Dan B4by Sihat. Lara Nk Dapat Adik, Scha Alyahya Kini Hamil Empat Bulan

Published

on

By

Pelakon Awal Ashaari mendedahkan isterinya, aktres Scha Alyahya kini hamil.

Berita gembira itu dikongsi Awal menerusi vide0 yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Awal, Scha kini hamil empat bulan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan.

“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. SchAwaLara,” kongsinya.

 

P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang dia benci jugak hahahaha

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada selebriti dan juga peminat.

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 6.

Sumber : gem pak

Continue Reading

Hiburan

Sah Kena Crai TaIak Tiga Dengan Pelakon Amar Asyraf, Ini Luahan Dan Permintaan Vivy Jeffry

Published

on

By

Terkini, pengesahan lafaz crai taIak tiga terhadap isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry masih berlangsung di Mhkamah Syariah Kuala Lumpur.

Vivy ketika dihubungi berkata, pelakon itu memberikan kerjasama yang baik dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

” Sejak dicraikan dengan taIak tiga pada 4 November tahun lalu, proses pengesahan di mhkamah masih berlangsung sehingga hari ini.

” Saya berterima kasih kepada Amar kerana dia memberikan kerjasama yang baik untuk selesaikan masalah ini.

” Sebenarnya, ada beberapa dokumen yang tidak lengkap dan menyebabkan mhkamah tidak dapat memberikan keputusan rasmi berhubung percraian kami,” katanya.

Menurut Vivy, dia berharap proses percraian mereka dapat dilesaikan secepat mungkin supaya dia boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

Harap Amar datang jenguk anak

” Tiada apa yang saya harapkan sekarang ini, selain berdoa supaya proses percraian dapat diselesaikan dengan cepat supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

” Namun, saya harap Amar sesekali datanglah jenguk anak atau bertanya khabar pun sudah memadai.

” Insha-Allah saya akan besarkan anak dengan sebaik mungkin dan berikan kasih sayang sepenuhnya,” katanya..

Terdahulu, Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Gambar- Amar bersama isteri pertama Arna Salleh.

Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Susulan daripada pendedahan Ellika itu, Vivi Jeffry akhirnya tampil membuka mulut pada Oktober tahun lalu,dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu.

Vivi berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua.

” Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.

” Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah.

” Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aiib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya.

Tambah Vivy, isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan mereka tapi masing-masing tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon sahaja

Sumber : asiakini

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!