“Sibuk je..kau tu confirm ke msuk Syurga..” Kak KM sound Ust Wadi!

Susulan isu pensohor media sosial yang juga anak pelakon senior, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaki hamun suaminya gara-gara meremukkan keretanya, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil menegur wanita itu.

Wadi menerusi satu muat naik video dalam media sosial, mengucap panjang seraya menitipkan pesanan buat ramai wanita di luar sana apabila mengetahui tentang situasi tersebut.

Mengulas kepada video viral itu, pendakwah Ustaz Wadi Annuar menjelaskan redha seorang isteri terletak di tangan seorang suami. Ianya sama seperti redha seorang anak adalah pada redha ibunya. Kalau tak sempat bertaubat dan tidak diampunkan oleh Allah SWT. Maka nerakalah tempat seseorang itu

Peringatan Ustaz Wadi Annuar yang dimuat naik di TkTok ini menerima lebih 1 juta tontonan dan 2,000 komen daripada orang ramai. Orang ramai mula sedar khilaf yang pernah dilakukan dan berharap Allah SWT merahmati rumah tangga masing-masing.

“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubillаh dengan dosa tersebut,” getusnya. Terdahulu, Kak KM yang merupakan anak kepada drama terkenal, Normah Damanhuri mencetuskan kontroversi dalam media sosial apabila memarahi dan memaki hamun suaminya, Razman Ramli dengan perkataan tidak senonoh.

Wanita itu meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta miliknya jenama Toyota Alphard mengalami remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah.

Terbaru dilihat pada ruang fb kak km ada muat naik ni, tujuan muat naik ni tidak pasti ditujukan kepada sesiapa tapi menjadi. Menjenggah ke ruang komen netizen turut menegur dan ada juga yang setuju dengan kenyataan kak km.

Sumber : r8v

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *